Santai Hadapan TV 4 Syawal Ini

Hari ini, 4 Syawal, sesi kunjung-mengunjung sanak saudara dan rakan taulan mungkin sudah mulai berkurangan. Ramai yang sudah mulai berehat di rumah.

Bagi yang mempunyai masa terluang dan mahu bersantai di hadapan kaca TV, apa kata ikuti susunan rancangan-rancangan menarik yang boleh dijadikan panduan untuk merancang waktu menonton anda.

Berikut adalah senarai program TV yang disusun mengikut waktu siaran:

Jam 12.00 tengah hari – 

'Sembang Teh Tarik'.

‘Sembang Teh Tarik’.

Astro Warna (saluran 132) serentak dengan Mustika HD (saluran 134), Bocey Beraya. Telefilem ini dilakonkan oleh kumpulan Bocey.

Jam 1.00 petang –

Astro Ria (saluran 104) serentak dengan Maya HD (saluran 135), Hlive Raya. Episod khas sempena Syawal ini menampilkan barisan artis seperti Datuk AC Mizal, Zizan Razak, Lisa Surihani, Scha Al Yahya dan Awal.

Jam 2.00 petang –

Astro Ria (saluran 104) serentak dengan Maya HD (saluran 135), filem berjudul Chikaro.

Astro Prima (saluran 105), Ada Apa Dengan Raya? Telemovie ini dilakonkan oleh Zul Ariffin, Sariyanti, Anzalna, Namron dan Norlia Ghani.

Jam 4.00 petang -

Astro Ria (saluran 104) serentak dengan Maya HD (saluran 135), Projek Raya Pak Nil & Lisa Surihani. Rancangan hiburan yang dihoskan oleh Datuk Aznil Nawawi dan Lisa Surihani ini akan beraya di rumah anak-anak yatim.

Astro Prima (saluran 105), Femina. Filem ini dibintangi oleh Eman Manan, Erma Fatima, Susan Lankester dan Maria Farida. 

'Karoot Koemdia X Raya'.

‘Karoot Koemdia X Raya’.

Jam 9.00 malam –

Astro Ria (saluran 104) serentak dengan Maya HD (saluran 135), filem BenCinta lakonan Nora Danish dan Farid Kamil.

Astro Oasis (saluran 106), Dunia Pencetus Ummah Raya membicarakan isu bertajuk Revolusi Syawal. Ia dihoskan oleh Dr. Ridhuan Tee Abdullah.

Jam 10.00 malam –

TV3 (saluran 103), filem Balistik. Filem ini dibintangi oleh Datuk Rosyam Nor, Adi Putra dan Rita Rudaini.

Astro Prima (saluran 105), filem Langgar. Lakonan Adi Putra, Nadia Heng, Namron, Zulhuzaimy, Hans Issac dan Bell Ngasri.

Astro Warna (saluran 132) serentak dengan Mustika HD (saluran 134), Karoot Komedia X Raya. Dibintangi oleh Sabri Yunus, Ebby Yus, Jep, Yus, Zizan, Rahim dan artis undangan, Datuk Siti Nurhaliza.

Jam 10.30 malam –

Astro Warna (saluran 132) serentak dengan Mustika HD (saluran 134), Sembang Teh Tarik. Datuk AC Mizal akan menemu bual Zizan Razak dan Johan.

Jam 11.00 malam –

Astro Ria (saluran 104) serentak dengan Maya HD (saluran 135), Nongkrong. Filem ini dilakonkan oleh Angah Raja Lawak, Shaheizy Sam dan Epy Raja Lawak.

Galeri:
PERINGATAN: Pihak Mangga Online tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang komen yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pendirian dari pihak kami. Segala risiko akibat komen yang disiarkan menjadi tanggungjawab pemilik akaun sendiri.

Komen Anda