| Saya Susun 10 Jari Mohon Ampun
|
|
Ditulis oleh Nonie
Jumaat, 12 Mac 2010 19:56 |
|
|

Akhirnya pelakon kontroversi ini membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada media hari ini. Mengambil berkat pada hari Jumaat mungkin. Berbaju Melayu hitam dilengkapi songkok, Ammar ditemani Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan ahli lain seperti Zed Zaidi dan Jehan Miskin.
'Saya menyusun 10 jari meminta maaf dengan wartawan yang tersinggung dengan kata-kata yang diluahkan. Saya fikir Facebook adalah laman peribadi saya untuk meluahkan perasaan dan tak sedar rakan-rakan di dalamnya juga terdiri daripada wartawan.
|
|
|
| Ammar akhirnya nak minta maaf
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Khamis, 11 Mac 2010 13:52 |
|
| Setelah menimbulkan masalah dan menghentam wartawan dalam laman sosial, akhirnya pelakon baru yang tak terkenal Ammar Alfian Aziz ingin membuat deklerasi memohon maaf.
Majlis akan diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur pada pukul 3.00 petang esok (Jumaat). Pihak Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) yang menghantar jemputan kepada pihak media.
|
|
| Meriah ke AF8?
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Rabu, 10 Mac 2010 18:24 |
|
| 
Seramai 12 finalis Akademi Fantasia 8 (AF8) sudah diumumkan. Berjayakan mereka memikat hati penonton setelah mengalami kesuraman beberapa musim lalu?
Apabila lapan musim pihak produksi mula membuat perubahan termasuk hari penyingkiran yang dibuat sehari selepas konsert. Ada yang mengatakan ia mengikut konsep rancangan realiti lain, namun pihak produksi mengatakan mereka melakukan perubahan untuk mencantikkan lagi program tersebut.
Tunggulah apabila AF8 mula bersiaran Sabtu (13 Mac) ini dengan konsert pembuka tirai. Konsert mingguan akan bermula 20 Mac.
|
|
| Inilah anak kembar Ziana Zain
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Selasa, 09 Mac 2010 13:07 |
|
| Inilah wajah anak kembar Ziana Zain yang ditunggu-unggu oleh peminat. Lama Ziana menanti masa sesuai untuk memperkenalkan sepasang bayi kembarnya kepada peminat.
Bukan sengaja mahu menyorok anak, tapi anaknya lahir tdak cukup bulan dan tidak sesuai untuk ditampilkan. Anak-anaknya Muhammad Ariel dan Siti Nur Kaseh lahir pada 24 Julai lalu.
|
|
| Umie Aida nikah 14 Mac ini
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Selasa, 09 Mac 2010 11:34 |
|
| Umie Aida mengumumkan 14 Mac sebagai tarikh bersejarah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Paduka Khairuddin Hassan. Majlisnya akan dilangsungkan di dalam Masjidil Haram, Mekah pada tarikh berkenaan.
Umie memberitahu media yang hadir dalam majlis berinai yang diadakan di rumah barunya di Mont Kiara, Kuala Lumpur malam Isnin lalu. Dia dan rombongan akan berangkat ke Mekah pada 11 Mac ini.
|
|
|
|
|
|
|
|
Muka 1 daripada 173 |