Flop Poppy di Australia
Ditulis oleh Norman Ismail    Selasa, 30 Jun 2009 10:24   
share

Sekumpulan pelajar-pelajar Malaysia yang kini menuntut di Australia akan  menganjurkan majlis amal ‘With Love, Down Under Charity Gig’ yang berkonsepkan pertandingan muzik berkumpulan di antara pelajar-pelajar Malaysia yang menuntut di Australia. Acara ini dianjurkan untuk mengutip dana kebajikan bagi Pertubuhan Penyayang Raudhah, sebuah pertubuhan yang memberi bantuan dan sokongan kepada anak-anak kurang bernasib baik termasuklah anak-anak yatim di seluruh pelusuk Selangor dan Kuala Lumpur.

Majlis amal ini akan berlangsung di University of New South Wales (UNSW) di Sydney, Australia pada 11 Julai 2009 dan akan direalisasikan dengan kerjasama  semua kelab-kelab UMNO di Australia serta UNSW Malaysian Students Organization (MSO).


“Walaupun kami berada jauh di perantauan, rasa cinta terhadap tanah air masih lagi tersemat di hati, dan dengan itu kami anak muda ingin sama-sama memupuk kesedaran dalam diri pelajar-pelajar Malaysia di luar negara untuk berbakti kepada tanah air melalui projek ini”, kata Cik Erina Zahara Ellias selaku pengarah projek.

Apa yang lebih menarik ialah Charity Gig ini akan menerima sambutan dan sokongan istimewa daripada Flop Poppy. Air Asia selaku penaja utama bersetuju menyokong projek ini dengan menerbangkan mereka ke Australia.  Flop Poppy selaku artis undangan majlis ini akan semestinya memeriahkan lagi suasana malam itu.

Dengan hanya membeli tiket yang berharga AUD15.00, para jemputan dapat berhibur dengan pelbagai aneka muzik, pameran dan ruang niaga fesyen dan kraftangan daripada Malaysia serta variasi juadah tempatan.

With Love, Down Under Charity Gig bergantung kepada sumbangan derma dan tajaan untuk merealisasikan projek ini. Dengan itu, mereka memerlukan derma ikhlas daripada pihak umum untuk menolong mencapai impian mereka.

Ini adalah projek WLDU yang kedua; projek pertama (With Love Down Under –Charity Dinner) berjaya mengutip RM 32,255.80 untuk Persatuan Kebajikan Anak Pesakit AIDS/HIV Nurul Iman Malaysia’ (PERNIM) dua tahun lepas.

Kejayaan projek pertama mereka telah berjaya memberi motivasi kepada anak- anak muda ini untuk meneruskan usaha murni sebegini.

Di kala ini, Pondok Penyayang Raudhah hanya mempunyai dua bilik tidur untuk sejumlah 90 orang anak-anak yang kurang bernasib baik. Keadaan anak-anak ini  perlu diberikan perhatian masyarakat dan diharap mereka akan mendapat tempat di mata rakyat Malaysia agar sumbangan berterusan dapat terus disalurkan.

 

Norman Ismail: Siapa kata walaupun kita di tempat orang kita tidak boleh berbakti untuk tanahair?

Trackback(0)
Komen (20)add comment

cun9929 said:

June 30, 2009
Undian: +0

cun9929 said:

19965
...
bestnyer kalau dpt
gi Australia smilies/wink.gif
 
June 30, 2009
Undian: +0

cun9929 said:

19965
...
tapi takut
H1N1 la pulaksmilies/grin.gif
 
June 30, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
caiyok ar cun dh dpt fes
 
June 30, 2009
Undian: +0

cecilia said:

June 30, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
selsema babi jer la cun senang skit nk nyebut
 
June 30, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
jgn dilupai pd y kurang bernasib baik
 
June 30, 2009
Undian: +0

NuRAnI said:

21642
Rani di Damansara...
hehehe
 
June 30, 2009
Undian: +0

maniqkayangan said:

June 30, 2009
Undian: +0

cutecda said:

15190
fuyoooo
best le g oberseasmilies/cool.gif
 
June 30, 2009
Undian: +0

cutecda said:

15190
bagus la
dorang ni kan
nak tabik toing² la kang korang ni...
 
June 30, 2009
Undian: +0

matabulat said:

14437
...
sesema babi dok melanda dunia ni..
dok diam2 lam negri lg baguih...ekekeke
 
June 30, 2009
Undian: +0

matabulat said:

14437
...
nti x pasal2 virus tu dok ikut blek sama.......
 
June 30, 2009
Undian: +0

matabulat said:

14437
...
pasti bosan mangsa yg kena kurantin ek!
 
June 30, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
11.24 pm
Bes la dpt gi Australia! Aku ni ntah bila baru dpt gi! huhuhu
 
June 30, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
...
tapi tak kisah pon! Ada rezeki lebih boleh pegi nanti! ehehehe
 
July 01, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
...
Cintaku!

Nyanyikan lagu penawar rindu!

(betul ke lirik ni?) akaka
 
July 01, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
...
Berhibur² jugak!

Jgn lupa solat!
 
July 01, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
...
Bagus la tu!

Harga teket amat berpatutan!

Mampu dibeli oleh pelajar. huhuhu
 
July 01, 2009
Undian: +0

okliz said:

10691
...
Smoga Flop Poppy sukses!

wat lagu bes² sket la!

Kalau tak bes camna nk dengar! ohohosmilies/shocked.gif
 
July 01, 2009
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16373 comments)
smai1812
(10845 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)