Saya Tak Gedik - Watie (Elite)
Ditulis oleh Nonie    Rabu, 02 Disember 2009 14:57   
share

Baru sahaja dikhabarkan Watie sedang bahagia menyulam cinta bersama kekasih hati yang dikenali setahun lalu, dan berhajat mengakhiri hubungan tersebut dengan ikatan pernikahan.

Namun langit tak selalunya cerah. Bekas anggota Elite ini kembali single selepas hubungan tersebut putus di tengah jalan.

"Kami lebih serasi berkawan dan tak sesuai untuk berpasangan. Saya anggap tak ada jodoh.

"Tak jadilah nak kahwin. Awal lagi kot," ujarnya berseloroh.

Bukan Perempuan Gedik

Sering mendapat watak gedik dalam setiap lakonannya sehinggakan ramai peminat beranggapan itulah Watie yang sebenarnya.

"Saya tak gediklah. Saya bukan macam tu dalam real life. Kadang-kadang bekas boyfriend saya dulu suruh saya jadi gedik macam dalam lakonan pun susah saya nak buat. Saya banyak belajar melalui cerita Confession Of A Shopaholic untuk jadi gedik.

"Saya banyak dapat watak antagonis dalam drama sebab maybe saya macam tu. Bukanlah jahat tapi saya cukup suka sakat orang," kata wanita peramah ini.


Bekerja di bawah terbitan produksi Rosyam Noor, Watie mengakui banyak cabaran yang harus dilalui untuk membuktikan bakat lakonannya. Ibu kepada seorang cahayamata ini tidak pernah mengalah dengan apa yang diperkatakan masyarakat sekeliling selama ini. Watie mengakui dirinya lebih banyak mendiamkan diri dan perkara tersebut akan berlalu begitu sahaja.

Menganggap lokasi penggambaran sebagai tempat mencari ilmu, Watie amat terhutang budi dengan Rosyam Noor atas berkat tunjuk ajarnya.

"Walaupun saya selalu kena marah tapi saya dah lali. Teguran Abang Rosyam buat saya berazam nak lakukan yang terbaik," akuinya yang masih aktif membuat persembahan nyanyian.

Watie kini aktif berlakon drama terbitan Suhan Movies diantaranya Sanggar Cinta Raudhah yang bakal disiarkan di RTM2. Sanggar Cinta Raudhah mengisahkan perkahwinan lelaki muda dengan wanita berusia yang meyaksikan gandingan Aida Radzwill dan Zizan Nin. Saksikan tayangan yang bakal ke udara setiap Khamis jam 8.30 malam.

 

Trackback(0)
Komen (12)add comment

zackaey569 said:

29438
...
eleh
ntah2 mmg gedik kat cik nonie...hhahahaha
ni masa kat finas tu ek
 
December 02, 2009
Undian: +3

GlamGucci said:

18455
...
Cool je mangga nih
 
December 02, 2009
Undian: +2

cutecda said:

December 02, 2009
Undian: +0

cutecda said:

15190
oooo
xjd kawen eh sian
 
December 02, 2009
Undian: +2

cutecda said:

15190
glam
baru tau ke mo ni coolsmilies/grin.gif
 
December 02, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

December 02, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

December 02, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

December 02, 2009
Undian: +1

cutecda said:

15190
glam
cute pun x gedik gaksmilies/grin.gif
 
December 02, 2009
Undian: -2

cutecda said:

December 02, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
ada pulak cute nih
dah cari tapi x jumpa
cute nyorok kat ne ek
 
December 02, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

18455
...
Jom cute Glam blanjer
Restoran paling mahal nih
 
December 02, 2009
Undian: +1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10852 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)