Bercerai Akhirnya
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 07 Disember 2009 11:50   
share

Dua kali berkahwin dan kedua-duanya menemui kegagalan, bagi Natasha Hudson apa yang berlaku sudah ditetapkan. Tidak mengambil kisah apa yang diperkatakan masyarakat kerana baginya mereka bebas berkata apa yang disukai.


"Takkanlah saya nak hidup atas apa yang orang katakan. Masyarakat memang suka bercakap dan biarkanlah. Itu buatkan saya lebih tabah.

"Tipulah kalau saya tak sakit hati tapi memang tak boleh elak semua itu. Saya hanya berharap tahun depan akan menjadi tahun yang lebih bagus untuk diri," kata bekas isteri kepada ahli politik, Datuk Shahrin Zahari.

Tidak mengiyakan atau menidakkan hubungan tersebut retak berpunca daripada latar belakang dunia yang berbeza. Namun ibu kepada Nessa Helena lebih senang untuk tidak membicarakan punca sebenar perceraian mereka.

"Kami berpisah based on mutual understanding dan tanpa pergaduhan. Yang pastinya ia tiada kaitan dengan pihak ketiga.

"Saya tak menolak kemungkinan untuk rujuk kembali jika ada jodoh. Namun masa yang tentukan," ujarnya yang diceraikan dengan talak satu.

Menyedari permasalahan yang timbul sejak sekian lama, namun segalanya berakhir setelah keduanya berbincang dan mengambil keputusan untuk mengakhiri ikatan tersebut dengan lafaz cerai.

"Saya buat pengakuan ini sebelum timbul lebih banyak fitnah. Bukan untuk publisiti, tapi saya tak mahu menyulitkan lagi keadaan yang sedia ada," tegas Natasha.

Natasha juga menafikan akan mencari teman hidup yang berstatus 'Datuk'. Menurutnya, dua perkahwinan sebelum ini bukan berdasarkan harta, jauh sekali status 'Datin' yang disandang ketika perkahwinan keduanya.

"Saya tak pernah gunakan status tersebut. Saya pun berasal daripada keluarga sederhana so tak kisah untuk hilang semua itu sekelip mata," ujarnya yang mengakui masih cintakan bekas suaminya.

Fokus Kepada Anak dan Keluarga

Membesarkan anak sendirian tanpa suami di sisi bukanlah perkara yang mudah. Ini diakui sendiri Natasha.

"Memang susah hidup tanpa suami. Namun dia seorang yang sangat bertanggungjawab. Kami masih berjumpa seperti biasa dan sangat rapat.

"Walaupun berpisah, namun saya masih memerlukan pendapat dia dalam setiap apa yang dilakukan. Bagi saya, hubungan kami sangat amazing walaupun selepas kahwin," akui Natasha.

Beliau turut bersyukur tiada perebutan hak penjagaan anak namun buat masa ini Nessa akan berada dalam jagaannya.

Trackback(0)
Komen (13)add comment

GlamGucci said:

December 07, 2009
Undian: +4

zackaey569 said:

December 07, 2009
Undian: -1

GlamGucci said:

December 07, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

December 07, 2009
Undian: +2

GlamGucci said:

December 07, 2009
Undian: +1

cutecda said:

15190
alahaiii
cerai lg eh dia..siannnnnnn
 
December 08, 2009
Undian: +2

cecilia said:

3341
...
jodoh x pjg.. sabar la ye.. mesti ada rahmat atas apa y berlaku..
 
December 08, 2009
Undian: +2

zurai said:

13638
...
kalau bercerai je tak pa, yg pening kepala nti kat makamah syariah mulalah salah menyalah antara satu sama lain,lepas tu buat tuntutan yg tak menasabah sampai berjuta-juta, bercerai pun buat duit sekrg ni....
 
December 10, 2009
Undian: +2

farahkurt said:

21686
...
kalau tu jalan terbaik ...nak buat macammana kene terima hakikat yang jodoh tak dek...sabar itu separuh daripada iman....yang penting kehidupan perlu diteruskan..maintain cool ok....
 
December 11, 2009
Undian: -2

zurai said:

13638
BARU DUA KALI BERSERAI
Ala dia baru dua kali bercerai lum jumpa yg sesuai kot, umo pun masa muda lagi....... cari lah pulak pak menteri hehehehehe..... mana lah tahu sesuai dan serasi... dia muka pun lawa.....
 
December 19, 2009
Undian: +4

zulfika said:

30589
itulah kebahagiaan...
biasalah... manusia juga namanya... tak bahagia berkahwin... cerai sahajalah jawabnya... mungkin menjanda lebih membahagiakan... teruskan menjanda... terasa nak kahwin lagi... kahwinlah lagi... lelakipun ramai juga yang boleh diperdaya... tak kurang yang tak boleh dipercayai... kesian...
 
January 01, 2010
Undian: +0

dut said:

30734
cerai3....
eleleh..kilik2 eh..kawin serai..kawin cerai..npa?mgkin sbb xpuas kn..haha
 
January 12, 2010 | url
Undian: +0

okliz said:

10691
...
Berpisah la pulokkk!! Dah takdak jodoh nk wat camna!!
 
January 14, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16373 comments)
smai1812
(10845 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)