Band Indie Sekarang Tak Ada Kualiti
Ditulis oleh Nonie    Khamis, 10 Disember 2009 11:55   
share

"Saya memang kecewa dengan kemunculan terlalu banyak band indie yang saya rasakan belum cukup layak untuk buat album sebenarnya.


"Trend ini tak elok dan boleh membunuh industri kita. Kalau dulu, muzik sebegini tak ada peluang untuk buat album kerana muzik mereka terlalu ringkas," luah penyanyi otai, Ameng Spring.

Ameng turut menegaskan kemunculan terlalu banyak program realiti di kaca televisyen salah satu penyumbang kepada kemusnahan industri hiburan di Malaysia. Kemunculan terlalu banyak penyanyi baru walaupun tanpa sebarang album merosakkan industri.

"Kalau kita lihat sekarang senang sangat untuk jadi penyanyi. Ada satu single, dah boleh jadi penyanyi. Sebab itu banyak yang tak ada kualiti.

"Kalau kita lihat Bintang RTM dulu, hanya yang menang saja boleh buat album dan sebab itu penyanyi dulu bertahan sehingga kini kerana kualiti yang ada pada suara mereka.

"Tak macam sekarang, terlalu banyak program nyanyian. Dan yang hairannya, yang kalah pun boleh buat album. So tak ada bezalah antara kalau tak menang pun sebab still dapat jadi penyanyi.

"Secara jujurnya, saya kecewa dengan industri muzik sekarang kerana dipandang rendah oleh segelintir pihak.

"Saya hanya meluahkan apa yang dilihat. Sebab perjuangan kami dulu lain sangat dengan sekarang," luah penyanyi berusia 41 tahun ini.

Tidak dinafikan kemunculan penyanyi baru bagaikan cendawan yang tumbuh selepas hujan. Tiada bakat pun masih berpeluang menjadi artis sehingga melumpuhkan kualiti industri tanah air. Namun apakan daya, semuanya terpulang kepada masyarakat kerana pilihan di tangan mereka.


Muncul Dengan Album Baru

Menyepi selama lima tahun, namun bekas penyanyi kumpulan Spring ini masih aktif memenuhi undangan nyanyian terutamanya bagi peminat yang merindui suara lunak merdu ini.

"Saya berniaga di kampung masa tak buat album. Sekarang saya kena mula balik daripada bawah. Yelah, sebab dah lama tak ada album so orang tak ingat kita pernah wujud dalam industri.

"Tapi saya rasa saingan tak kuat sebab kita ada identiti sendiri. Dan saya akan turun padang untuk promosikan album ini sebab peminat lebih teruja membeli album bila berjumpa sendiri dengan artis," ujarnya yang selesa dengan gelaran Ameng Spring walaupun tidak lagi bersama kumpulan tersebut.

Dalam kesempatan menemubual anak kelahiran Besut, Terengganu ini, beliau mengakui pasaran album sekarang mengalami kemerosotan akibat daripada cetak rompak dan juga aktiviti muat turun di internet. Selain itu, penyanyi yang mengagumi Stacy dan Faizal Tahir ini mengakui lebih senang bergerak solo selepas meninggalkan Spring kerana menurutnya terlalu banyak komitmen yang harus dilunaskannya buat masa ini.

Ameng Spring kini muncul dengan album Ameng (Spring) - Terima Kasih yang menggabungkan lapan buah lagu terhebat seperti Sampai Hati, Bourgenvilla, Sejujur Mana Kata-Kata dan beberapa buah lagu penuh memori sepanjang bersama Spring di bawah terbitan FMC. Ia turut memuatkan dua lagu baru Kesalanku dan Sudikah Jadi Kekasihku yang kini sedang hangat diputarkan di corong radio. Dapatkan album MTV Karaoke yang hanya dijual dengan harga RM19.90.

 

Trackback(0)
Komen (12)add comment

la DolcE said:

29600
yuhuuu....
smilies/cool.gif helo..myra in d home..smilies/grin.gif
 
December 10, 2009
Undian: -1

la DolcE said:

29600
...
BAND INDIE xdew kualiti???eeerrrmmm,mybe...coz bnyk sgt baNd...he3
 
December 10, 2009
Undian: +0

la DolcE said:

29600
...
ameng spring...owh kmpuln spring dulu..layan gk lagunya..he3smilies/smiley.gif
 
December 10, 2009
Undian: +0

la DolcE said:

29600
...
ameng spring...owh kmpuln spring dulu...layan gk lagu2 die 2..
 
December 10, 2009
Undian: +0

la DolcE said:

29600
...
2 r bnk sgt program nyanyian tv nie...last2 xde pun dgr ctew dorg 2..eermm,pape ntah...
 
December 10, 2009
Undian: +0

nonie said:

29134
...
saya sokong statement itu..maceh
 
December 10, 2009
Undian: +0

zackaey569 said:

29438
...
xsmestinya band indie xbes..
xbaik ameng ckp camtu...
cam la dia tu bes sgt...huhuhuh
 
December 10, 2009
Undian: +6

farahkurt said:

21686
...
band indi ..dimarket sekarang mungkin yng kurang glamor mungkintak berkualaiti tapi yang glamor tuh kira okla...lagu lagu depa pun sedap di dengar...janji indi...k...
 
December 11, 2009
Undian: +1

cutecda said:

15190
entah
den x minat sgt ngan kumpulan indi ni...
tumbuh cam cendawan pas ujan
nt dh panas mati huhuhu
 
December 14, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

December 15, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
Glam pun sokong statement itu
 
December 15, 2009
Undian: +0

zurai said:

13638
Gua sokong lu ameng
betul ameng band indie mcm sampah sekrg ni, di beri muka sikit melebih2 pulak. HIDUP BAND2 OTAI....
 
December 17, 2009
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18729 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10864 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)