Diam Bukan Bererti Saya Kalah
Ditulis oleh Nonie    Khamis, 21 Januari 2010 11:18   
share

Penjelasan demi penjelasan keluar daripada mulut Scha Al-Yahya dan Linda Onn berkaitan hubungan yang pernah terjalin dengan Fahrin Ahmad. Namun jarang sekali kita dapat mendengar kenyataan balas daripada aktor terbabit berkaitan isu tersebut. Kesempatan berjumpa dengannya di satu majlis digunakan sepenuhnya untuk mendengar sendiri komen aktor terbabit dengan isu yang menimpa dirinya.

"Dia tak sedar ke segala penjelasan ini hanya akan memanjang dan mengeruhkan lagi keadaan. Saya tetap dengan pendirian akan berdiam diri tapi diam bukan bererti saya kalah atau mengalah.

"Setiap tuduhan yang keluar, saya lebih senang untuk tak pertahankan diri. Saya agak hairan kerana siri ini berlaku dalam masa yang agak panjang dan dia berterusan bercakap mengenainya. Perkara ini tak bawa keuntungan dunia akhirat pun.

"Saya boleh pertahankan kalau saya nak tapi saya sedar mudarat lebih besar setiap kali kita cuba beri penjelasan.

"Kalau beri penjelasan, cubalah dengan cara sopan dan diplomasi, jangan sampai kata-kata itu akan menjurus kepada keaiban dan rosakkan maruah orang.

"Saya nak jelaskan sejelas-jelasnya, diam bukan bererti saya kalah.

Tindakan Mahkamah

"Saya tak akan teragak-agak mengambil tindakan mahkamah dengan kenyataan Linda Onn dan tak mungkin saya akan berhadapan dengannya. Hal saya dan Linda sudah lama berakhir dan kenapa dia cuba nak bangkitkan semua hal lepas bila saya dan Scha berpisah. Saya nampak perkara ini tak ada perkembangan positif dan semakin keterlaluan. Saya cuma kesian dengan mereka kenapa mesti jadi begini.

"Saya kuatkan hati untuk redha sebab tuhan itu adil. Keadilan dan kebenaran bukan hanya boleh didapati dengan satu kenyataan. Saya lebih bahagia sekarang tapi kadang kala isu sebegini mencalar kebahagiaan saya," ujarnya yang tidak kisah untuk menjalin hubungan profesional dengan kedua-dua bekas teman wanitanya itu.

Trackback(0)
Komen (10)add comment

zackaey569 said:

29438
...
hahahaha sian fahrin...
mcm2 hal..
ensem sgt pon susah dpt awek.
wakakakakak
 
January 21, 2010
Undian: +0

aspaLeLaPek said:

16476
alahai Fahrin...
mandi bunga la lepas nih..
biar awek lekat!
terus je kawen...smilies/cheesy.gif
 
January 21, 2010
Undian: +1

aspaLeLaPek said:

16476
dengar kata...
Linda dan Scha yg dulu tak rapat..
sekarang semakin rapat bukan??

mesti sok sek sok sek ttg jejaka Malaya nan sorang ni kot...
hahahah
 
January 21, 2010
Undian: +0

aspaLeLaPek said:

16476
sampai nak bawa ke Mahkamah ke??
huishhhh!!
smilies/cry.gif
 
January 21, 2010
Undian: +1

GlamGucci said:

18455
...
MARUAH PERLU DI JAGA
 
January 21, 2010
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
JGN TERLALU DIAM SAMPAI ORG BOLEH PIJAK KEPALA KITA smilies/cheesy.gif
 
January 21, 2010
Undian: +1

aspaLeLaPek said:

16476
diam2 dia berisi tu glam
pahrin tgh kumpul maklumat
sampai masa kang dia meletus la tu...

 
January 21, 2010
Undian: -1

aspaLeLaPek said:

16476
dia tgh buat strategy peperangan tu glam
dia nak buat 'Periuk api'
sapa pijak..mmg rentong la dia....

berhati2 ye scha & linda..
 
January 21, 2010
Undian: -1

aspaLeLaPek said:

16476
dia tgh buat strategy peperangan tu glam
dia nak buat 'Periuk api'
sapa pijak..mmg rentong la dia....

berhati2 ye scha & linda..
 
January 21, 2010
Undian: +1

beyonce said:

1576
...
saya sokong fahrin. dulu linda onn benci scha masa scha couple dgn fahrin. bila scha dah putus fahrin, tetiba linda onn dgn scha jadi bestfriend pulak. tapi pompuan dua ekor ni memang tak sedor diri le. ingat tak kes linda onn jadi wartawan masa anugerah golden globe ke apa yg kat usa tu. itu semua bukan pasal baju la. tapi pasal linda tu tak reti cakap org putih. dia tak confident. nak berlagak. jgn le fitnah org wahai linda onn. scha, saya penah nampak awak hisap rokok. rokok membahayakan kesihatan. peace!
 
January 26, 2010
Undian: +1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)