Azlina, Liza `hidupkan' Normadiah
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 28 Januari 2010 11:43   
share

Seniwati Normadiah memiliki banyak lagu yang dirakam dalam filem-filem Melayu klasik. Anaknya Azlina Aziz memuatkan sebuah lagu dalam setiap albumnya serta pernah merakam album khusus memuatkan lagu-lagu Normadiah dan Aziz Jaafar.

Lagu-lagu mereka terus hidup apabila ada usaha mempopularkannya. Usaha terbaru sebuah pementasan oleh Dewan Filharmonik Petronas (DFP) melalui siri Imbauan apabila memilih Normadiah dalam siri kedua, Imbauan 2. Dua anak Allahyarham, Azlina Aziz dan Liza Aziz bakal `menghidupkan' semula lagu-lagu Normadiah di pentas berprestij itu pada 13 dan 14 Februari 2010.

 

Azlina Aziz dan Liza Aziz"Saya sangat gembira apabila ada usaha mempersembahkan semula lagu-lagu arwah ibu saya dalam siri Imbauan. Sebenarnya saya dan Azlina ada merancang mengadakan persembahan sedemikian dan sedang merangka proposal ke arah itu.

"Mereka macam terhidu apa yang kami fikirkan... dan apabila dapat tawaran mengadakan persembahan ini, kami terus menerimanya," kata Liza kepada Mangga Online.

Antara lagu yang bakal dipersembahkan ialah Cahaya, Selendang Sayang, Penggodaan serta lagu duet bersama Aziz Jaafar dan Tan Sri P. Ramlee seperti Sejiwa, Cinta Sejati dan banyak lagi. Untuk segmen duet mereka akan berganding dengan Musly Ramlee.

"Pada awalnya pihak DFP membuat pilihan lagu, tapi semasa berbincang kami turut memberi saranan lagu-lagu yang sesuai dinyanyikan dan dapat menghiburkan penonton," kata Liza lagi.

Liza akui sebelum ini dia tidak pernah merakam lagu-lagu arwah ibunya sebaliknya Azlina yang dapat peluang itu. Bukan kerana tidak menginginkannya, sebaliknya pada masa itu dia tidak berpeluang.

"Bila Azlina sudah merakam lagu-lagu ibu dalam album dia, biarlah dia yang teruskan. Tapi kalau ada peluang selepas ini memang saya berhasrat merakam kembali," kata Liza.

Tiket-tiket berharga RM15, RM30 RM50 dan RM60 dikenakan. Kalau berminat boleh membuat tempahan sekarang dengan menghubungi talian 03-20517007.

 

 

 

 

 

 

Trackback(0)
Komen (2)add comment

GlamGucci said:

18455
...
GLAM RASA X NAK PERGI LAH smilies/grin.gif
 
January 28, 2010
Undian: +1

MinahBugis said:

6439
Cantiknya Azlina...
MB kagum dgn kecantikan yg dianugerahkn oleh Tuhan kpd Azlina Aziz ni..w'pun sdh brusia 48thn tp kulit dan potongan bdn masih cantik mcm 30an..pandai dia jaga diri. MB pnh jump Azlina ni dimajlis buka puasa thun lps mmg cun, putih orgnya tinggi. Lg satu tang rambutnya yg tk pnh dicolorkan, cantik lebat hitam brombak pulak tu..tk mcm setengah2 artis tu yg kemaruk sgt nk colorkan rmbut. Cantik semulajadi mcm MB jgk..hehe Ariosss!!!
 
February 02, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16373 comments)
smai1812
(10845 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)