|

Anita Sarawak pernah merakam lagu berjudul Asmara pada akhir tahun 1980-an. Lagu tersebut menjadi antara lagu popular Anita. Tahun ini Anita ada sebuah lagi versi Asmara apabila merakam semula lagu Asmara. Judulnya Asmara 2010.
Bukanlah lagu yang sama sebaliknya Anita merakam semula lagu Asmara yang popular pada era 1960-an oleh penyanyi Indonesia, Aneke Gronloh. Ap istimewanya Asmara 2010 bagi Anita?
"Saya sangat menggemari lagu ini tapi tidak pernah menyanyikannya. Saya mula tergerak apabila Helen Yap menghasilkan minus one lagu tersebut khusus untuk saya. Susunan muziknya yang menepati cita rasa saya membuatkan saya tertarik merakamnya.
"Saya perlukan lagu yang membolehkan saya membuat persembahan lincah di atas pentas dan lagu ini disusun muzik ke arah itu.
"Lagu ini memang lagu yang saya suka dan peluang merakam lagu ini ibarat mimpi menjadi kenyataan," kata Anita.
Lagu tersebut dihasilkan dalam mood lagu-lagu klasik apabila menampilkan big band jazz dan menggunakan muzik live keseluruhannya.
"Muzik begini semakin digemari dan ia sesuai dengan lagu Asmara ini," kata Anita.
Fesyen rambut ulangan?
Fesyen rambut terbaru Anita dilihat bukanlah fesyen baru. Sekali pandang teringat kepada adiknya Noorkumaasari yang pernah tampil dengan rambut sedemikian pada akhir tahun 1980-an.
"Fesyenkan macam roda... ada fesyen lama yang kembali menjadi in. Sebenarnya saya juga pernah tampil dengan rambut begini dulu. Sekarang ia boleh diterima juga, jadi apa salahnya," kata Anita.
Trackback(0)
 |