|
Apa MOTIF Lu Pikirlah Sendiri?
|
|
Ditulis oleh Nonie
Jumaat, 05 Februari 2010 15:55 |
|
|
Filem pertama lakonan Nabil dan buah tangan pertama terbitan SDAF Pictures Sdn Bhd. ini secara keseluruhannya mencapai tahap memuaskan. Cuma yang masih menjadi tanda tanya, apakah motif dan hala tuju filem ini sebenarnya. Terlalu banyak maklumat dan cerita yang ingin dimuatkan sehinggakan jalan cerita tidak konti dan kadang kala tidak masuk akal.
Bukanlah ingin menghentam filem buatan sendiri, namun hanya ingin meluahkan kekeliruan sepanjang menonton filem ini. Kejadian Nabil (Nabil) secara tiba-tiba muncul di rumah Natasha (Puteri Sarah) untuk meminta maaf dilihat tidak masuk akal kerana keduanya saling bermusuhan dan tidak pernah mengenali satu sama lain dengan lebih dekat.
Sama juga dengan kejadian Nabil secara tiba-tiba menyertai Meet Uncle Hussein dan menjadi popular, padahal sebelumnya tidak pernah pula diceritakan keinginannya untuk bermain muzik. Yang jelas ditunjukkan disini hanyalah Nabil seorang yang gigih berusaha membantu keluarganya, dan tidak pernah sekalipun menonjolkan Nabil sebagai yang gila muzik yang akhirnya berjaya mencapai cita-cita.
Lu Pikirlah Sendiri de Movie mengisahkan Nabil (Nabil) dan Natasha (Puteri Sarah) merupakan pasangan yang berbeza daripada semua perkara. Nabil datang daripada keluarga yang susah yang sentiasa mencari peluang untuk membantu keluarganya. Pertemuan pertama dengan Natasha bermula dengan pergaduhan yang seterusnya membawa kepada bibit-bibit cinta.
Filem arahan Aminah Rhapor ini tidaklah gagal sepenuhnya kerana masih mempunyai daya penarik untuk menarik penonton ke pawagam. Lawak yang dibuat juga bukanlah spastik yang memaksa penonton untuk ketawa.
Filem ini berdasarkan hampir 50 peratus kepada kisah benar kehidupan Nabil sendiri di mana beliau pernah menjadi penghantar surat dan hidup susah sebelum memenangi Raja Lawak. Mungkin juga tajuk filem ini Lu Fikirlah Sendiri de Movie menyuruh penonton berfikir sendiri apakah yang ingin disampaikan.
Filem ini turut dibintangi oleh Mila, Zaibo, Umie Nazira, Zizan Raja Lawak dan penampilan istimewa Meet Uncle Hussein. Saksikan filem ini di pawagam bermula 11 Februari 2010.
Trackback(0)
 |