Norman KRU Pengetua AF 8
Ditulis oleh Nonie    Selasa, 09 Februari 2010 23:15   
share

Spekulasi siapa yang bakal mengepalai Akademi Fantasia Musim 8 terjawab apabila Norman KRU diumumkan sebagai Pengetua AF terbaru.

"Saya tertarik menerima tawaran ini kerana dijanjikan satu team yang mantap. Saya akan beri komitmen penuh kepada tugas baru ini.

"Harapan dan misi pada AF8 adalah untuk mendidik pelajar AF mengenali identiti muzik mereka sendiri dan tahu hala tuju mereka. Adalah bagus jika pelajar didikan kami dapat bertahan dalam industri lebih daripada tiga tahun.

"Kami inginkan sesuatu yang asli, bukannya ingin melahirkan another Mawi or Stacy," ujarnya.

Program ini juga turut menampilkan barisan pengacara baru yang pastinya bakal menggamatkan pentas AF iaitu Sarimah Ibrahim dan bakal digandingkan bersama Jimmy Shanley. Ini bermakna AF akan dikemudikan dua pengacara buat pertama kalinya.

Kejutan demi kejutan apabila barisan tenaga pengajar diumumkan dan kali ini pasangan suami isteri romantik digabungkan dalam program realiti ini di mana Que Haidar akan diberi tanggungjawab menjadi Jurulatih Drama dan Linda Jasmine kekal sebagai guru tari.

Barisan tenaga pengajar yang lain adalah Siti Hajar (Guru Vokal Teknikal), Adnan Abu Hassan (Guru Vokal Persembahan) dan Fatimah Abu Bakar (Kaunselor dan Guru Bahasa Inggeris).

Af baru menjanjikan kelainan apabila mengadakan konsert pada hari Sabtu dan bakal mengumumkan Debaran AF pada hari Ahad jam 9.00 malam. Keputusan ini diambil selepas mengambil kira faktor kesuntukan masa untuk mengundi peserta pilihan selepas persembahan mingguan.

AF8 bakal muncul di kaca televisyen anda bermula 13 Mac 2010 jam 9.00 malam.

Trackback(0)
Komen (3)add comment

GlamGucci said:

18455
...
Ha ah memang aku pun suka Norman KRU jadi Pengetua tepat padat dan berkualiti hehehehe smilies/grin.gif
 
February 21, 2010
Undian: +1

manje1comel said:

18656
...
same lah kito..
tapi yang tidak mahunya ialah pakaian pelajar masa buat persembahan.. jangan terlampau sangat.. persembahan tidak seberapa tapi pakaian ibarat tidak pakai baju.. walaupun ianya ketat.. semua orang melihat.. jangan ikut sangat pakaian orang luar, diaorang tiada pegangan.. minta Norman Kru dapat lihat AF yang lepas-lepas..
Yang penting bakat mesti power gileerrr.

hehehehe..
 
March 18, 2010
Undian: +1

nonie said:

29134
...
bagus kalau ade yg komen mbina cm ni..smilies/smiley.gif
 
March 18, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10852 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)