Konsert Radio Rosak ditangguh lagi
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 04 Mac 2010 12:57   
share

Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010  yang dijadual pada 6 Mac 2010, Sabtu ini di Stadium Negara, Kuala Lumpur akan ditangguhkan sekali lagi kepada satu tarikh tertentu yang akan dimaklumkan kelak.

Justeru, selaku penganjur Konsert  Radio Rosak 1 Malaysia 2010, Neo Worldwide Entertainment memohon maaf di atas penangguhan kali kedua ini.

Menurut pengarah projek Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010, Edrie Hashim, antara sebab penangguhan kerana pihak penaja mempunyai agenda tersendiri dan perancangan yang lebih besar untuk Konsert Radio Rosak.

 

Edrie Hashim"Penaja merancang untuk melibatkan lebih banyak pihak untuk menjayakan Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010 memandangkan Konsert Radio Rosak itu sendiri mendapat sambutan yang begitu menggalakkan pada 2009 terutamanya daripada generasi muda. Selaku penganjur dan pengarah projek Konsert Radio Rosak 1 Malaysia 2010, pihak Neo Worldwide Entertainment memohon maaf di atas penangguhan kali kedua konsert ini.

"Untuk merealisasikan konsert yang melibatkan nama-nama besar dalam industri seni, banyak perkara yang perlu dirancang dan difikirkan, justeru beliau  menerima saranan pihak penaja untuk penangguhan kali kedua memandangkan  Radio Rosak telahpun mempunyai platform yang tersendiri dalam industri muzik Malaysia.

"Penangguhan kali kedua Konsert Radio Rosak 1 Malaysia ini sudah pasti akan mengecewakan peminat-peminat Radio Rosak di seluruh negara, terutama yang sudah membeli tiket konsert sejak awal lagi dan merancang cuti semata-mata untuk datang ke Kuala Lumpur bagi menyaksikan konsert ini.

"Saya harap, semua peminat muzik tempatan tetap setia memberi sokongan dan sabar menantikan Konsert Radio Rosak 1 Malaysia," kata Edrie.

Pihak penganjur ingin merakamkan setinggi penghargaan terima kasih kepada  semua pihak yang terlibat yang selama ini menjadi nadi perjalanan kepada Konsert Radio Rosak 2009, dan sentiasa  memberi sokongan padu kepada Neo

Sementara itu, kepada peminat-peminat yang telahpun membeli tiket konsert Radio Rosak dan inginkan wang semula boleh menghubungi Tiket Hotline, di talian 03-77251177 dan sebarang pertanyaan boleh menghubungi Neo Worldwide Entertainment di talian 03-77274515.

 

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)