|
Barisan artis popular tanahair akan memeriahkan final Pencarian Kacak Bergaya Vigor Pancaindera 2010 yang akan berlangsung dalam majlis minum petang pada 27 Mac ini di Hotel Legend, Kuala Lumpur.
Hattan, Dayang Nurfaizah, Mila dan Shazroul akan menambah seri final yang bakal menobatkan seorang lagi remaja berbakat yang boleh diketengahkan dalam bidang seni, baik lakonan mahupun peragaan.
Sebanyak 12 finalis akan berentap. Sekarang masing-masing sedang giat menjalani latihan bersama model terkenal Aleeza Kasim di studio Aleeza Kasim Modelling Agency, Kuala Lumpur.
Pertandingan itu menampilkan Jamu Vigor keluaran Jamu Mak Dara sebagai penaja utama. Turut menaja, Air Asia, Nur Arfa Batik, Rahman Saif, Gedung Al-Habshee, Istana Budaya Alfio Raldo, Clark Hatch Fitness Centre, Szemie Artistic & Gallery, FA Creative, Addam dan banyak lagi rakan strategik.
Siapakah yang bakal bergelar juara? Semuanya akan terjawab 27 Mac nanti.
Trackback(0)
 |