Umie Aida nikah 14 Mac ini
Ditulis oleh Rosli Manah    Selasa, 09 Mac 2010 11:34   
share

Umie Aida mengumumkan 14 Mac sebagai tarikh bersejarah bergelar isteri kepada ahli perniagaan Datuk Paduka Khairuddin Hassan. Majlisnya akan dilangsungkan di dalam Masjidil Haram, Mekah pada tarikh berkenaan.

Umie memberitahu media yang hadir dalam majlis berinai yang diadakan di rumah barunya di Mont Kiara, Kuala Lumpur malam Isnin lalu. Dia dan rombongan akan berangkat ke Mekah pada 11 Mac ini.

 

Umie dan rombongan seramai 20 orang termasuk ahli keluarga, teman rapat dan wakil media akan pulang ke tanah air pada 18 Mac.

Majlis resepsi perkahwinan akan diadakan pada 28 Mac di Hotel One World, One Utama, Petaling Jaya. Dia memilih tema taman Inggeris dan tradisional kontemporari.

"Alhamdulillah segala persiapan pernikahan saya berjalan lancar," kata Umie yang mengenakan gaun hitam pada majlis berinai.

Umie AidaDia memilih Masjidil Haram sebagai lokasi majlis pernikahan kerana mahu merealisasikah hasrat suci impian menjadikan lokasi pernikahannya di dalam tempat suci umat Islam tersebut.

Umie Aida atau nama sebenarnya Umi Kalsom Rahmad Ali, 37, dan Khairuddin, 47, bertunang pada 29 Septermber tahun lalu.

Majlis berinai dihadiri sekitar 100 tetamu termasuk rakan baiknya pelakon Erra Fazira dan Zahida Rafik.

 

 

 

 

 

 

Trackback(0)
Komen (1)add comment

GlamGucci said:

18455
...
SEMOGA BERKEKALAN
 
March 20, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)