Ernie Percaya Pada Rezeki
Ditulis oleh Nonie    Jumaat, 02 April 2010 13:45   
share

Biarpun berjaya menggungguli Bintang RTM 2009, namun perjalanan seni Ernie Zakri bukanlah semudah yang disangka. Sudahpun mengeluarkan single kedua, namun masih ramai tertanya-tanya siapakah gerangan pelantun lagu Mahu Ingin Bercinta dan Bicara Cinta.

Bakat Nur Ernie Shahirah Zakri atau Ernie Zakri mula dikesan sejak beliau berusia 6 tahun lagi apabila sering mengikuti band yang disertai bapanya (Band Kilat Klang) dan tidak kekok menyanyi di khalayak ramai. Anak saudara kepada penghibur terkenal, Ziana Zain dan Anuar Zain ini bersyukur rezekinya semakin melimpah apabila mendapat undangan persembahan selepas menjuarai Bintang RTM.

"Saya percaya pada bakat dan cuba sedaya upaya tampil dengan pakej yang lengkap untuk mewarnai industri. Saya dah berfikir panjang sebelum terima tawaran kerana yakin dengan kekuatan vokal. Cuma saya perlukan promosi yang lebih supaya peminat sedar kehadiran saya dalam industri muzik.

"Ini pertama kali saya masuk pertandingan besar dan berjaya menjadi juara. Pastinya saya akan buat yang terbaik," ujarnya yang mendapat 5A dan 3B dalam keputusan SPM lalu.

Meskipun bergelar juara, namun sinar Jo-Anna Sue Henley Rampas lebih menyerlah daripadanya. Namun Ernie percaya setiap individu ada keistimewaan masing-masing. Tiada istilah cemburu kerana mereka lahir daripada pertandingan yang sama.

Selesa Tampil Seksi

Melihatkan penampilan Ernie pada majlis pelancaran album Bintang Idola Berita Harian, tidak keterlaluan jika imej seksi yang dikenakan kurang sesuai dengan usia mudanya. Namun tegas penyanyi berusia 18 tahun ini, beliau selesa tampil seksi. Adakah Ernie hanya bersandarkan kepada imej seksi atau bakat?

"Selesa begini agaknya. Lagipun Ernie memang biasa pakai macam ni sebelum jadi artis lagi. Emak Ernie sentiasa ikut ke mana saja Ernie pergi dan family Ernie faham situasi dalam industri ini," kata anak jati Kuala Lumpur ini.

Album sulung Ernie dijangka dipasarkan selepas Ernie pulang daripada menyertai PLKN di Beranang bulan Jun ini.

Trackback(0)
Komen (4)add comment

GlamGucci said:

18455
...
SIAPA NIH X KENAL PUNsmilies/wink.gif
 
April 02, 2010
Undian: +1

spekitam said:

31206
...
dia ni juara bintang rtm kan? yg skali dgn jo anne ex gf adam af
 
April 02, 2010
Undian: +0

aspaLeLaPek said:

16476
heheheh
aku lagi jauh ketinggalan..
dah tak kenal dah artis2 terbaru nih...
 
April 03, 2010
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
JAUH KETINGGALAN?
PEK KO KE MANA MENGHILANG
KO GI LUAR NEGERI KE
SAMPAI X KENAL ARTIS2 BARU?

 
April 04, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18729 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10864 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)