|
Daphne Iking Terbuka Bab Agama
|
|
Ditulis oleh Nonie
Khamis, 16 Disember 2010 14:31 |
|
|

Berkongsi keterujaan melihat anaknya, Isobel Daniella Iking-Chong, 3, membesar dalam suasana harmoni dan penuh ketenangan, Daphne melahirkan kesyukuran dikurniakan pembantu rumah yang patuh ajaran agama.
Menurutnya lagi, bukan menjadi masalah melihat anaknya dibesarkan mengikut didikan agama Islam malah Daphne memberi kebebasan memilih agama yang ingin dianuti dewasa kelak.
"Saya bersyukur ada pembantu rumah yang sangat baik. Saya tahu dia sangat berdisiplin kerana belum pernah gagal menjalankan tanggungjawab sembahyang lima waktu walaupun sibuk menguruskan rumah. Anak saya pun rapat dengan dia dan Isobel selalu ikut cara-caranya bersembahyang.
"Walaupun saya beragama Kristian, namun itu bukanlah masalah yang besar. Saya sangat terbuka mengenai agama kerana semua agama mengajar kebaikan malah saya sendiri pernah mengambil peluang berpuasa pada bulan Ramadhan dan ianya bagus untuk kesihatan. Pembantu saya mengajar pelbagai bab berkaitan agama dan kini Isobel sudah pandai menyebut alhamdulillah dan bismillah.
"Saya tak mahu terlalu menekan anak soal beragama kerana itulah cara saya dibesarkan dulu. Cukuplah jika dia kenal dan takut keoada tuhan. Biarlah Isobel belajar segalanya dan apabila besar nanti dia mampu berfikir sendiri dan memilih sendiri.
"Ada juga yang berkata saya belajar mengenai Islam kerana sedang bercinta dengan orang Melayu, semua itu mengarut," ujar yang mula mengenali Islam selepas penghijrahan ke Semenanjung. Masih bersendirian tika ini, kata Daphne ramai yang menyarankannya berpacaran dengan mat salleh. Namun hakikatnya hati Daphne lebih cenderung memilih seseorang yang memahami budaya dan adat ketimuran.
"Saya berharap berjumpa dengan seseorang yang memahami diri saya yang sebenar. Ramai kawan yang menyarankan saya dating dengan mat salleh, tak minatlah. Saya perlukan seseorang yang serius seperti bekas suami, Ryan kerana saya juga begitu. Saya tak suka seseorang yang suka lepak untuk dijadikan suami. Namun buat masa sekarang, saya tak mencari," ujarnya yang tidak menolak jika bertemu jodoh dengan lelaki Melayu.
FOTO oleh NOOR AZLINA JAAFAR
Trackback(0)
 |