Umbrella gabung semula
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 10 Februari 2011 15:53   
share

Setelah lebih sepuluh tahun menyepi, kumpulan Umbrella kini kembali bergabung dan bakal muncul dengan lagu baru. Lebih manis kemunculan kali ini dengan penyanyi utama asalnya Zarul.

Kali terakhir mereka merakam album tanpa Zarul pada tahun 2000. Nine yang bertindak selaku penyanyi kerana Zarul tak dapat memberi komitmen lantaran bertugas dengan Penerbangan Malaysia.

Tahun ini Zarul sudah sedia memberikan komitmen untuk kembali bersama Umbrella. Apatah lagi selama ini semua anggota masih berkawan dan saling berhubungan di antara satu sama lain.

Umbrella dianggotai oleh Hafiz (gitar), Saiful (dram), Nine (keyboards/penyanyi) dan Rizal (gitar bes).

Lagu popular mereka Ramalanku Benar Belaka dan  Bukalah Hatimu masih sering diputarkan di corong radio.

Umbrella ditubuhkan pada tahun 1994 oleh komposer terkenal Saari Amri. Mereka sempat merakam dua album iaitu  Seribu Rahmat (1995) dan Hujan Panas (1997).  Tanpa Zarul mereka menerbitkan album Payung Sakti pada tahun 2000.

"Kami akan kembali dengan lagu baru. Saya pernah berundur dulu dan tak sangka peminat Umbrella masih ramai. Melalui laman sosial, saya banyak berinteraksi dengan peminat yang masih menyokong dan mahu melihat Umbrella kembali ke persada seni.

"Peminatlah yang menguatkan semangat saya untuk kembali. Lagu-lagu baru inilah sebagai hadiah kepada kesetiaan peminat terhadap Umbrella," kata Zarul kepada Mangga Online.

 

 

 






Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18729 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10864 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)