Juara Lagu ke-26 milik Awan Nano - Hafiz
Ditulis oleh Tajul    Ahad, 29 Januari 2012 20:40   
share

Kalau dah rezeki memang takkan ke mana. Itulah perkataan yang sesuai ditujukan buat Hafiz, apabila diangkat sebagai juara pada Anugerah Juara Lagu edisi ke-26 (AJL26) menerusi lagu Awan Nano.

 

Kemenangan lagu ciptaan M.Nasir (komposer) dan Budi Hekayat (lirik) itu membolehkan mereka membawa pulang trofi dan wang tunai berjumlah RM35,000. Hafiz turut memenangi kategori Vokal Terbaik dan membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

 

Naib juara, lagu Beribu Sesalan nyanyian 3 Suara (Shila Amzah, Ning Baizura dan Jaclyn Victor) pula meraih wang tunai berjumlah RM 15,000 dan trofi.

 

Manakala, tempat ketiga pula dimenangi oleh Faizal Tahir (Karma) dengan hadiah wang tunai berjumlah RM 12,000 berserta trofi.

 

Kategori Persembahan Terbaik pula dimenangi oleh Alyah menerusi lagu Kisah Hati. Alyah membawa pulang trofi dan wang tunai RM10,000.

 

Selain itu, kategori baru juga telah diperkenalkan iaitu Juara Mobil Celcom yang telah dimenangi oleh lagu Sedetik Lebih ciptaan Edry Abd Halim.

 

Hadiah kepada semua pemenang telah disampaikan oleh Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Berhad, Ahmad Izham Omar.

 

Majlis anugerah terbitan TV3 yang berlangsung pada 29 Januari 2012 ini bersiaran secara langsung ekslusif di TV3 dari Stadium Putra Bukit Jalil. Seramai 13,000 peminat muzik tanahair telah hadir membanjiri stadium untuk menyaksikan artis kesayangan mereka bertarung merebut gelaran juara anugerah berprestij yang dicetuskan oleh Celcom.

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18729 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10864 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)