| Afgan mula kena gosip |
|
|
|
| Ditulis oleh Rosli Manah | ||||
| Sabtu, 16 Ogos 2008 02:07 | ||||
|
Penyanyi remaja Afgan kini sangat popular di Indonesia. Namanya juga mula jadi sebutan di Malaysia apabila lagu Terima Kasih Cinta mula dimainkan di corong radio. Albumnya belum lagi dibawa masuk ke negara ini. Kini Sony-BMG Music Malaysia dalama proses perbincangan dengan pihak di Indonesia untuk memasarkan album sulung Afgan di sini. Lagi-lagu lain yang popular ialah Tanpa Batas Waktu, Sadis dan Entah. Setelah popular, gosip juga mula mendekati Afgan atau nama penuhnya Afgan Shareza, 19. Antara yang hangat di media Indonesia ialah dia dikatakan menjalin hubungan songsang dengan pelakon remaja, Jonathan Mulia. "Semakin berjaya seseorang akan banyak ujian, yang penting kita menunjukkan kualiti yang baik dalam berkarya," kata Afgan. Afgan juga mengaku dirinya seorang yang pemalu dan tak menyangka dapat peluang merakam album. "Saya sebenarnya tak pernah menyangka akan (popular) seperti ini.Nyanyi depan orang pun saya malu, tapi inilah yang dikatakan takdir Tuhan," kata Afgan.
Afgan juga sedia menjawab pertanyaan media Indonesia pasal gosip hubungan songsang membaitkannya.Ada yang kata mereka nampak dia dan Jonathan jalan berdua-duaan. Katanya:" Gila... ini sangat gila, Saya tak kenal pun Jonathan Mulia, macam mana boleh berjalan berdua. Digosip dengan lelaki ni membuatkan saya rasa tak seronok... malu dengan teman-teman."
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 8575 Trackback(0)
Komen (1197)
![]()
whitelove
said:
|
|
Assalamualaikum........sblm komen nak peringatkan kome semua...Menurut Kajian Falaq Oleh Jabatan Agama Johor , Dijangkakan Gerhana Bulan akan berlaku pada :- · Tarikh : 17 Ogos 2008 M / 15 Syaaban 1429 H · Masa : Bermula 3 : 40 pagi – 6 : 40 pagi Justeru marilah kita bersama – sama mendengar Khutbah Gerhana Bulan diikuti dengan Solat Sunat Gerhana Bulan di masjid & surau yang berdekatan dengan anda. Untuk Makluman, pada 15 Syaaban atau lebih dikenali sebagai Nisfu Syaaban ada peristiwa yang berlaku di dalamnya, di mana buku amalan kita akan diangkat untuk dipersembahkan kepada Allah SWT dan digantikan dengan buku amalan yang baru. Oleh itu, kita digalakkan membaca Surah Yasin sebanyak - banyaknya dan paling kurang 3 kali pada malam itu dengan harapan segala amalan kita yang telah lalu diterima begitu juga segala amalan yang akan dicatatkan dalam buku amalan yang baru juga akan diterima oleh Allah SWT. Mudah – mudahan kita akan dihindarkan dari golongan yang sentiasa dalam kerugian, kerana di antara tanda – tanda Hari Kiamat ialah kejadian Gerhana Matahari & Bulan. Sekian terima kasih. |
|
|
report abuse
vote down
vote up
|



.jpg)
.gif)
