| Arni Nazira kembali |
|
|
|
| Ditulis oleh Rosli Manah |
| Selasa, 12 Ogos 2008 22:26 |
|
Oleh ROSLI MANAH Foto: HARUN OSMAN Telah lama penyanyi dan pelakon Arni Nazira menghilang. Namanya kembali jadi sebutan setelah bercerai dengan Awie. Apatah lagi kes tuntutan anak mereka berlarutan di mahkamah. Kini Arni kembali. Sebenarnya tahun lalu lagi Arni sudah mula berlakon. Dia memang nekad mahu kembali menjadi anak seni setelah kerjaya itu tertangguh beberapa tahun untuk memberi tumpuan menjaga rumah tangga dan jaga anak.
Arni bersama tenaga kerja yang menjayakan drama Bonda. Arni juga sudah berubah imej. Dia kini sudah bertudung kepala. Sesuailah dengan imej barunya dengan drama bersiri Bonda yang disiarkan di TV9 setiap hari Jumaat pukul 10,00 malam. Turut berlakon drama itu ialah Redzuan Hashim, Mahmud Ali Bashah, Boy Iman dan ramai lagi. Drama Bonda dijangka mengembalikan nama Arni kepada ingatan peminat kerana tayangannya yang berpanjangan.
Arni Nazira masih jelita.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 14687 Trackback(0)
Komen (723)
![]()
okliz
said:
|






