| Artis sepakat bantah lagu luar di radio |
|
|
|
| Ditulis oleh Rosli Manah |
| Khamis, 14 Ogos 2008 01:17 |
|
Oleh ROSLI MANAH Kalau anda selalu mendengar radio di Malaysia ini, bila anda ke Indonesia dan menaiki teksi yang memutarkan siaran radio mereka, anda tak akan rasa janggal. Mengapa? Sebabnya lagu yang diputarkan di sini dan di radio di sana lebih kurang sama. Anda akan mendengar lagu-lagu Yovie And Nuno, Dewa 19, Peterpan, Afgan, Kangen Band, Ratu, Mulan Jameela, Ungu dan banyak lagi di radio Indonesia. Apa bezanya di sini? Lagu-lagu nyanyian mereka juga popular dan kerap diputarkan di sini. Bezanya kalau di Indonesia, kita payah sekali malah pasti tak akan dengar lagu Anuar Zain, M. Nasir, Noraniza Idris, Dayang Nurfaizah, Ziana Zain, Liza Hanim, Era Fazira, Awie, Alleycats dan sebagainya.
Artis lama dan baru menyokong. Mereka tak mainkan lagu-lagu itu. Apatah lagi lagu yang tidak masuk pasaran negara mereka. Tapi lagu Afgan yang tak masuk pun pasaran sini pernah jadi juara di stesen radio sebab popular dek kecenderungan stesen radio memutarkannya. Antara alasan yang diberikan oleh pihak stesen radio kerana ia permintaan peminat. Macam mana peminat boleh minta lagu yang tidak ada di pasaran? Pasti mereka tertarik apabila mendengarnya di radio yang memutarkannya.
Johari Teh sudah lama bersuara demi hak artis tempatan.. Banyak sungguh lagu Indonesia di mana-mana stesen radio. Stesen swasta lagilah. Ada sebab mengapa penyanyi dan komposer ras atak senang dengan situasi itu. Ia bukan perkara baru. Malah sudah ada komposer yang macam digam apabila lantang bersuara pasal perkara itu. Komposer Johari Teh antara yang berani bersuara. Malah dia rela terima hakikat sekiranya lagu ciptaannya tidak diputarkan setelah beliau mengkritik. Ada juga penyanyi yang merungut kerana lagu baru yang mereka rakam tidak diputarkan oleh stesen radio. Macam-macam alasan diberi. Kononnya lagu tersebut tidak mencapai tahap mutu yang mereka kehendaki. Ada juga kes lagu yang pernah diitolak oleh stesen radio swasta popular menjadi pilihan juri dalam pemilihan lagu terbaik. Jadi macam mana pihak stesen radio mengukur? Akhirnya penyanyi komposer, penulis lirik serta artis-artis melalui Persatuan Karyawan Malaysia menyerahkan memorandom bantahan kepada kerajaan. Pada 12 Ogos 2008 diadakan mesyuarat khas persatuan itu dan meminta tandatangan sebagai tanda menyokong.
Bagio dan M. Masir turut menyokong. Apabila lagu luar banyak dimainkan sebenarnya dari segi ekonomi, kita menyalurkan wang ke luar. Setiap buah lagu ada hak ciptanya dan lagu yang diputarkan perlu dibayar kepada pemilik hak cipta itu. Bayangkan kalau banyak lagu luar dimainkan, di mana orang kita nak dapat wang royalti mereka. Artis Malaysia bukan menghalang siaran lagu Indonesia sebaliknya mahu dikawal. Mereka minta nisbah 90:10 iaitu 90 peratus lagu lokal dan selebihnya lagu-lagu luar. Barulah boleh menampakkan stesen radio menyokong industri muzik tempatan.
Presiden Karyawan, Freddie Fernandez pada mesyuarat khas pasal lagu asing pada 12 Ogos 2008.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 4694 Trackback(0)
Komen (612)
![]()
maniqkayangan
said:
|









