Berita Selebriti

Faizal Oh Faizal

2008-01-15 13:21:24

Rating (2.3)

(260 undi)
Undi Artikel Ini!

Faizal Tahir Tanpa Baju

Faizal masih berpakaian

Faizal Tahir semasa sidang media sedang meminta maaf atas tingkah lakunya

Oleh: ROSLI MANAH

Tak habis-habis Faizal Tahir mencetuskan kontroversi. Selepas satu... satu lagi dibuatnya. Macam tak ambil iktibar di atas kesilapan yang pernah dibuat. Aksinya membuka baju ketika mengadakan persembahan baru-baru ini terus dikritik. Ada yang anggap ia keterlaluan.

Faizal macam exited sangat nak tunjuk dia kononnya hebat di atas pentas dan boleh membuat penonton teruja. Sehelai demi sehelai baju dibuka sehingga akhirnya berlenggeng. Malah tali pinggangnya dicampak kepada penonton.

Bila orang kritik dia menggelungsur di atas pentas, dia buka baju pula. Tak tahulah apa yang Faizal nak tunjukkan semasa beraksi sempena konsert ulang tahun keempat stesen 8TV di Central Park Avenue, One Utama baru-baru ini.

Nak kata tak cukup ilmu, Faizal ni ada kelulusan akademik yang baik. Dia ada ijazah. Sepatutnya Faizal peka dengan masyarakat sekeliling. Malah dia patut tahu garis panduan apabila mengadakan persembahan.

Termaktub dalam syarat bahawa seseorang penyanyi tidak boleh membuka baju di atas pentas. Takkan Faizal tak tahu. Tak tahulah kalau dia sengaja mahu cipta gimik baru sebab album sulungnya baru dipasarkan. Manalah tahu selepas ini album boleh laris. Nak jual album sekarangkan makin susah.

Dulu aksi membuka maju ini dilakukan oleh artis Bollywood saja. Masih ingat lagi Salman Khan? Salman pernah membuka maju semasa mengadakan persembahan di Kuala Lumpur tidak lama dulu. Aksinya jadi bahan kritikan. Pengajur pula yang harus menjawab.

Apabila ada konsert membabitkan artis Bollywood, syarat itu telah diberitahu agar dia tidak melakukannya. Salman mungkin tidak faham budaya masyarat Malaysia kerana di negaranya, India ia mungkin dibenarkan.

Tak apalah itu budayanya. Malah apabila tindakannya ditegur, Salman tidak ulanginya lagi apabila terus diundang mengadakan konsert di Malaysia. Dia tahu menghormati budaya masyarakat di sini.

Tindakan Faizal boleh merosakkan reputasinya. Apatah lagi dia masih dianggap artis yang baru mahu mencipta nama. Elok-elok ada yang mula nak minat, terus lari pula. Siapa yang rugi nanti? Diri sendiri juga.

Nak buat persembahan hebat tidak semestinya diiringi aksi panas di atas pentas. Cukuplah menyanyi dengan baik agar peminat terhibur. Orang kata, kadang-kadang less is more. Terlebih-lebih nanti makin buruk pula jadinya. Semoga Faizal sedar batas yang harus dilalui. Tunggulah persembahannya di tempat lain nanti.

Kerja amal

Apabila isu itu hangat, pihak stesen 8TV tidak berdiam diri malah secara terang-terangan menghukum Faizal di atas kelakuannya yang di luar batasan itu. Hukumannya, Faizal dikehendaki terlibat dalam kerja-kerja amal dan kebajikan selama enam bulan. Ia dijelaskan oleh Ketua Pegawai Eksekutif 8TV, Ahmad Izham Omar. Ahmad Izham juga menyatakan kekesalannya di atas kejadian tersebut.

Faizal Tahir minta maaf

Faizal juga memohon maaf dan kesal di atas salah laku yang dibuatnya dan berjanji tidak akan mengulangi aksi membuka baju yang menimbulkan kemarahan itu. Kelihatan wajah sedih Faizal di hadapan pihak media semasa memohon maaf secara terbuka di atas keterlanjurannya.

"Saya menyesal dan berjanji tidak akan melakukan kesalahan yang memalukan ini lagi. Selepas aksi saya itu, saya sudah dapat banyak komen tidak baik, malah bapa saya juga turut tegur. Saya minta maaf dan saya terima apa sahaja hukuman yang akan diberikan kepada saya," kata Faizal.

Faizal menolak andaian dia di bawah sedar kerana pengaruh alkohol atau dadah sebaliknya ia berlaku kerana rasa teruja yang tidak terhingga apabila melihat penonton bersorak menonton persembahannya. Dia ingin membuat kelainan.

Cerita Faizal: "Saya teruja sangat lihat peminat berseronok. Saya ingin menjadikan persembahan saya sebagai sesuatu yang bakal menjadi ingatan kepada peminat dalam masa yang lama. Saya tak sangka begini akhirnya yang terjadi. Saya tak sangka ia akan menjadi seburuk ini. Saya memohon maaf banyak-banyak dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi."

Tags: Faizal Tahir buka baju maaf 

Kongsi Bersama

Komen (1190)

  1. hilary363 menulis:

    ingat bagus sangat ke...

  2. hazelyn menulis:

    i minat dgr lagu + suara dia..tp lepas tgk aksi dia buka baju rasa nyampah sgt...huhu

  3. furide1585 menulis:

    bakat hebat, attitude kena jaga. ingat diri tu sebagai org melayu, bapa org dan bekas penyanyi nasyid. bukan baju da jadi tak cool, melampau ada la...

  4. zasslayan menulis:

    ingat la awak tu beragama islam............ insaf la wahai insan..........

  5. zasslayan menulis:

    berani buat................... berani la tanggung.........................

  6. edans menulis:

    aper ni..kesian ayah dieee..aku x leh layan lansung dah mangkuk ni..blahhh..!!

  7. Qashqai menulis:

    Kalau buka setakat vest putih tu....nampak ok. Nasi dah jadi bubur....

  8. oxygen menulis:

    semua tunjuk pandai.lantak dia lah weh.suke sngt komen2 orang.peace.hehe

  9. SHAH0126424241 menulis:

    HELLO...!LAGU ROCK MEMANG GUA MINAT SANGAT...TERUTAMA SEKALI SUDAH TENTU,AMY SEARCH & ELLA...FI..WIT...!!!TAPI AR...LU PUN OK JUGA..SUARA,GAYA & AKSI..MASALAHNYA LU BUKA BAJU TU...TAK SESUAI LA..BETUL!!GIRL TENGOK PUN MASALAH JUGA..JANGAN PULA NANTI LU..BUKA SELUAR PULA...FI..WIT..!!!PEMINAT PUN LARI LA..PENDAPAT JE..OK.JANGAN MARAH~~~FI~~~WIT~~~...!!!

  10. maf14 menulis:

    lantak dia arr...nak buka baju ke,,nak buka apa ke,,,,apa ada hal,,biasa arr tu,,aduh....tu pun lu orang nak kecoh,,

  11. andika menulis:

    faizal faizal, dah elok2 nyanyi nasyid hang quit. tah hapa2... tengoklah apa jadi la ni? tak memasal je kena buat keje amal.. tapi baguih gak la kan

  12. Nuha4114 menulis:

    apsal larrr hang ni faizallllll....org suh nyanyi hang pi bukak bj plak...igt sket hang tu org mlayu, agamanya islammm...malu sket tu anak2 hang dok tgok aksi hang

  13. skaCuUuOoo menulis:

    Aku memang nyampah dengan mangkuk ni..Kalau lagu sedap tapi perangai mcm ni baik tak payah..Sedar ar sikit,lagu yang sedap tu pun lagu org,awk tu tukang nyanyi jer....dulu nasyed,skrg rock,org len pun rock jugak tapi tak ler over mcm die..amy search yang popular pun tak gile mcm die ni..serabaiiiii!!!

  14. skaCuUuOoo menulis:

    wei kengkawan,jom kite kasi die ingat sikit!!biar die jangan perasan yang di tu bagus sngt..kalau aku bukan takat keje amal 6 bulan,6 tahun terus..

  15. mekku menulis:

    Tu la ms bt x ingat dunia... macam hebat sgt. aku ni minat gk la kt mamat ni, tp gini lakunye terus down... Artis baru katakan, teruja dgn peminat terus lupa diri.. ni baru teruja dgn peminat! pas ni klu la dpt byk anugerah mesti x ingat apa dah...

  16. anneharyani menulis:

    saya memang terkejut dan terbeliak biji mata bila tengok aksi faizal kat 8tv tu...saya ingat dia dah ambil pengajaran dari kes terpilih ke AJL tu...nasihat untuk faizal...tunjuklah cth yg baik utk anak2 anda...kesianlah pada isteri anda..tentu dia rasa malu dengan tindakan anda...moga2 lepas ini tidak berulang lagi

  17. mimiey menulis:

    Alahai, sian Faizal Tahir.... Takpela, dah insaf pun cukup bagus...Harap2 lepas ni Faizal akn berubah lebih baik...insyallah peminat yang benci, meluat pun akan datang balik menyokong penyanyi ini...sekian..

  18. karipap menulis:

    nk nyanyi,nyanyi la,jgn nk tiru org mat salleh,nk menyanyi,menyanyila,tapi ikut acuan kita sendiri,acuan org yang melayu...org melayu pun ada keunikan juga,guna keunikan melayu tu,baru betul...

  19. cikkak menulis:

    Napale bising sangat. Dia cuma bukak baju je, seluar masih pakai. Lainle dia bukak abis! Aurat lelakikan dari pusat ke lutut, jadik takat bukak baju untuk gimik rasanya masih ok pa. Lainle pompuan, kalo pakai baju fesyen berkemban, walaupun tak melalak atas pentas, ini patut dibisingkan, sebab mendedahkan aurat. Napale bila Fezal buat mesti kena hentak teruk, tapi aku negok pakcik-pakcik roker cam Awie n Amy search, nyanyi melengging, sorang tak bising. Sian Feizal.

  20. zaliey5507 menulis:

    Tapi x do la sampai nampak nenen diorg...papa2 rocker tu kan...Apo la nak dibukuk eh laie dak pesal ni sok...

  21. alisetan menulis:

    lawanya body,tp jangan nak poyo sangat,ingat kita ni timur,bukan barat.aurat dr pusat sampai lutut ya cikkak,awak try buke bju awak n g jalan kt pekan ke,shopping ke.baru tau..

  22. Nakeeya menulis:

    jaga la perilaku anda.. anda tu ikon kpd peminat... jgn over acting plak.. erm..hilang respct aku kt faizal...

  23. johanmajid menulis:

    Sayang sekali suara yang sedap tidak diiringi dengan pekerti yang elok. Harap beliau dapat lebih menyedari kesilapan dan berhenti mengulangi kebodohan lain pada masa akan datang.

  24. nuruls menulis:

    cemuih la dengan dia ni...lepas satu, satu hal dia buat...dia ni culture shock kottt...ye la, dulu habaq x-penyanyi nasyid...tapi la ni...?sok anak-anak dah besaq...malu jaa kalau depa tau bapak depa ni zaman mudanya camtu rupa...jangan la ceq buat lagu niii...bakat ceq baru jaa nak menjadi...jangan nanti kena banned...sia-sia jaa...

  25. SOYUZZZ menulis:

    FAIZAL......... camner ley jd camni? we all kat jb minat u tau x? u punyer very the ok.AJL xlamer lagi camner nih.so,jg tingkah laku biar peminat segala yg ada pd u.barulah peminat ada rasa hormat terhdp artis tempatan kita.

  26. wawa84 menulis:

    JAL...biaq depa dok kata kt hang, biaq depa dok hina hang, biaq depa dok cemuih hang..yg ptg, hang dh mngaku slh hang n hang sggup trima pe jua hukuman thdp dri hang..lepaih ni JAL, hang jg la perilaku n jatidiri hang 2...ceq hrp hang sdq la luklaq yg hang dh wt 2.

  27. cikkak menulis:

    alisetan, mu takdok negok bapak atau tok hang pi mengerjakan Haji? Kalo dia buek haji Ifrad, dari M'sia lagik dah pakai ikhram - tuala je, ikat kat perut, sampai lutut. Takleh pakai spender pong. At least Faizal pakai spender merah. hehehe.... Kalo pakai seluar, topi (kupiah), tutup muka atau stoking pong, kena denda (DAM). Nile aurat lelaki, alisetan oooi.

  28. mieJsan menulis:

    sorry terpaksa panggil faizal tahir nie babun.. dari seorang pemusik yg agak disegani kerana ketrampilannyer dari seorang anggota kumpulan nasyid yg berkaliber kepada seorang pemusik rock yg berjiwa kental.. ehh ehh.. alih2 jadi babun gak buat kerja nouncence buka baju di khalayak ramai masa showstage.. sepatutnya faizal tahir boleh berfikir penerimaan intelek rakyat di negara sendiri dari awal lagi.. showstage 8tv nie mmg lah terbuka penerimaan nyer tidak sama dengan negara lain dan juga setaiap artis eperti faizal tahir nie sepatutnya sudah tahu tahap persembahan di sesuatu persembahan terbuka tu tidak sepatutnya hingga membuka baju.. now maruah dia dah tercalar, anugerah juara lagu dah hampir..kredebiliti diri sendiri dah tercalar.. reputasi dah merosot.. kegilaan pada lagu yg dibawanya digilai rata2 oleh pelbagai kaum n umur kini bakal tinggal kenangan.. imej dah merudum.. insaflah dengan azam baru ` 2008 nie jgn di buat berulang kali..family sendiri malu n anak bini lagi malu.. fikir-fikirkanlah.. .

  29. bladeguy menulis:

    nape ko buat mcm nie faizal,ko gase ko tak cukup populur lagi ke? aku ingat ko nie artis baru contoh,aku memang minat kat ko,tp sejak akhir2 nie belang ko da muncul,pasal ko gelonsor atas pentas hari tu aku leh time gak,mungkin first time...tapi sekarang bukak bj pulak,mane g budaye ketimuran n budaye melayu yang kite jaje di serate dunia...ko tak pikir ke ape saudare mare atau org lain kate? pada ko mungkin ko tak gase ape,tp ko tak pikir ape perasaan anak bini ko klu org mengate die pasal atitude ko...aku harap ko berubah la,klu ko still mcm nie gak,aku akan hapus kan name ko dr ingatan aku...dan lagi satu aku nak pesan,jgn le ko dok puje superman yang tak penah wujud kat dunie nie,baik ko amik sejadah n ko jd kan la nabi tu sebagai idola ko...

  30. nomey menulis:

    ntah ler aku x baper minat lak kat dak faizal nie.. kan dia dah insaf.. nie satu pengajaran wat dia...apsal la nak bantai dia cukup2 dia kan lelaki yg artis pompuan pakai seksi dedah sana dedah sini tuuu ketat ikut bentuk badan tu tak pulak korang nak hemtam...

  31. ZSP22 menulis:

    peja...peja.... lawak la ko ni! ntah bila la ko nak sedar. mmg suka cr perhatian la ko ni! ckp byk pun x guna..kang ko wat lagi...ala peja... dah terang2 mmg ko plan benda tu semua.. tahniah la.. mmg berjaya menimbulkan kontroversi..pasni ko nak wat pe lg?

  32. roxydolly menulis:

    ntah ler...xpham dowh....

  33. mud2 menulis:

    hok aloh pakat dok marah dia, kesian le dia, kan dia dah insaf dan minta maaf bagi ler peluang kat dia... nanti lain kali dia buat pulak..... nanti lain kali dia bukak seluar pulak mamat niee

  34. bladeguy menulis:

    aloo nomey,kite nie wajib menegur setiap perbuatan org yang terang terangan salah...sekarang nie da tentu isu si faizal,klu isu pempuan pakai seksi lagi teruk aku basuh dieorg...tp yang org marah kat faizal nie pasal die nie dulu terkenal sebagai artis yang jarang ade masalah,tibe tibe tup tab die wat mcm nie,klu dr awal2 die wat cam nie takde la org hangin cam nie

  35. bladeguy menulis:

    mud2,hari tu kan mase die gelonsor atas pentas tu die kate die menyesal,tak nak wat lagi,tp pastu lagi teruk die buat....aku da kurang percaye ngan kate2 die,jgn jd org yang cakap tak serupa bikin....

  36. sweetcrystallia menulis:

    brani gak dia wat camtu... cian dia tpksa wat keja amal.. klu ariel peterpan tu leh plak buka baju kat konsert... siap dlm videoklip lg... sabarlah Faizal Tahir... Jadikan nie 1 pgajaran n pedoman dimasa akan dtg....

  37. nayang menulis:

    salam sumer...firstly, mmg salah faizal coz wat bnda yg agk memalukan...but kiter x leh nk blame dier coz that's his stlye, mcm gak artis perempuan yg mnunjukkan lurah dendam n pkai baju yg x ckup kain tp x pernah dlarang @ dhentam. so pe citer? skng nie depends pd artis tersbt camner nk xpose dr diorang, but think it first...

  38. fatinwani menulis:

    cian faijal..tapi nak wat cam na...nasi dah masuk lam mulut....telan ajela...

  39. Sazreena menulis:

    Buat malu bebudak Mass Comm jer..alah Faizal ni masa jadi junior aku kat Meskom pun dah memang poyo..so aku tak heran..although aku tak minat kat mamat ni apatah lagi nak menyokong karier dia, but still aku berpendapat isu yg perlu lebih diberikan perhatian ialah artis2 Mesia yg berpakaian cam tak cukup kain, posing nampak lurah dendam dan bergambar bogel cam pelakon anak haram tu..eh silap..anak pontianak (walaupun dinafikan, tapi gambo2nye mmg real). Kalau tak silap aku, Yantzen pun ada gak bukak baju masa perform kat KL tapi asal sonyap yo..takde tindakan & sebagainya? Apa kes..? Neway Faizal.. len kali jgn main redah je kok ye pun nak wat gimik..Agak-agaklah sket..Pk dulu sebelum buat..

  40. lancergirl78 menulis:

    aku x minat langsung kt dia ni... bagi cd/kaset free pun aku x nak.. aku buang jerrr!!

  41. apau menulis:

    berlagak hbt kat pntslah tu,cm ape jer aku tgok cm setan,ko ingat ko tu macho ke buka baju,nape x buka sekali bg telanjang bulat biar seluruh malaysia ni nmpk body ko yg x macho tu,hahahaha.....ko ingat ko buka baju tu org suka tgok ke?? eekkeelehhh....macho lg BF aku...hehehehe....wuahahaha....apa punya faizal...artis outa burukkkkkk.....

  42. MEOSTAR menulis:

    ISH3.SEMOGE FAIZAL BTOL2 KESAL ATAS PERBUATANNYE YG KURANG MANIS TU.INSYAALLAH.

  43. nomey menulis:

    iyo laa bladeguy...la ni harap2 dak faizal dah insaf yek biler dia kena wat keje amal selama 6bln tu.. dia pon bukan nyer x berpelajaran pasni tau la dia nak nilai yg mne baik buruk nyer..

  44. SueC4 menulis:

    Buang tebiat budak ni..jagalah air muka mak bapak..esok esok anak awak buat kat awak lagi teruk sampai tak tau nak letak muka kat mane..amacam..insaf tu mesti dihati bukan kat mulut..

  45. licious menulis:

    tekejut beruk aku nengok aksi faizal tahir malam 2...mula2 tu ok la bukak baju panas ja, tp tak sangka lak yang dia nak buka sampai abis.nak tayang body dia yang xlawa 2.dekat nak last 2 aku ingat dia nak bukak skali ngan seluar,bukan main lagi bukak tali pinggang dia.nasib baik tak bukak skali ngan seluar,kalau tak menjerit2 anak dara kat bwh.malu skit bro ko tu dah anak bini.pk dlu r nak wat pa2 pun.aksi macam orang amik dadah ja.x malu ke?????????????dulu bukan main lagi kumpulan nyasyid.nama pun orang tak kenal,bukan takat nama muka pun orang tak prasan.skang ni apa dah jd..mentang2 dah glem dah top ko bole wat sesuka hati ker????????jaga la tingkah laku,jgn sampai peminat beri tanggapan -ve kat ko.dulu aku da gak minat kat ko, aku undi utk ko tp tak sangka ko leh jd camni..tekezut den...

  46. KAYANGAN80 menulis:

    dia panas kot,,hihihii,,pening dgar kisah faizal ni,,lepas satu2 hal dia buat,,fikir la sikit ,,,,

  47. dugong menulis:

    bila org malaysia buat benda tak baik, terus dipulauksn. Tp kenapa eminem tu masih ada peminat kat m'sia yaa....???? Janji jgn buat lagi yee PACIKKK...

  48. senduk menulis:

    apa yang berlaku dah pun berlaku sperti yang dirancangkan...., masa lu rancang nak bukak baju lu x pikir pun akibatnya..., sepatutnya lu yang dah title bapa , sekali lagi gua ulangi 'BAPA', sepatutnyalah lebih mature n nak kata lu ni otak udang , lu ada pendidikan ... , sekarang ni lu tanggunglah apa yang lu dah buat... N jadikan ini satu pengajaran.....biasaklah sapa yang tak pernah buat silap....peace!!!!

  49. hadifahsaila85 menulis:

    bOdy lawa tak pe juga.wat malu jelah dia ni.tak bis2 nak wat kntroversi.......

  50. nurynayah menulis:

    hehehe..klaka ar u nie faizal.. tau ar u punyer nawaitu baik..baling baju kt fans for cenderamata..tp lil' bit not suitable. kalo u nyer show sendiri xpe gak..nie siap live kat t.v lg...nasib baik tak kene gam.len kali bawak siap2 baju yang da packing dlm plastik pastu baru leh baling.peper pon i tetap minat kat your song n voice...

  51. hamancute menulis:

    stakat bukak baju....is NO BIG Deal!!!afterall dia dh minta maaf. Yang penting dia bertanggungjwb atas perbuatannya....To all his fan....4 me he is just being himself....tidak hipokrit.To u Faizal.....stay cool....u rock beb!

  52. sweetie menulis:

    hish..baru nk minat dia..dia kn ade background yg baik islamic gitu..tgk2..ske sgt wat kontroversi..dia igt org agung2kan dia sgt ker smapi nk wat aper pn sesukati dia jek??gedixx btol!!

  53. matahari menulis:

    alamak mcm beruk la plk aku tengok...ko 2 dahla ade anak buat aksi bodoh lak buat malu jer taksub sgt lah tu glamour tak la sangat!!!!!!!!masa kat separuh akhir AJLko buat mcm 2 gak kan mcm sialll......

  54. SukaSuka menulis:

    errmm.. ape2 pun, benda dah terjadi.. sblm buat kenalah fikir dulu, kita nie idup bermasyarakat.. anyway, peminat tetap menyokong u, bcoz of ur voice & song.. Berfikirlah sblm Bertindak...

  55. piahapi menulis:

    Alahai...kesian pulak aku nengok mamat ni kena kutuk..tapi kalu tak kutuk memang tak patut bebeno.. Yang pi tayang dada tu apa ke halnya?? Hamancute, memang le faizal tak hipokrit..tapi kita tak boleh le kata perbuatan dia ni betul. Ini bukan budaya kita sebagai orang Islam. Mana boleh NO BIG DEAL!! When it comes to ISLAM it is VERY VERY BIG DEAL. Kan nampak aurat dia tu...tapi lupa plak nak tanya hamancute islam ke? Faizal kan bekas penyanyi nasyid.Last sekali, sudah-sudah la tu Faizal.OK bye-bye

  56. ROSILA menulis:

    cam tak dak iman!!!!! saje jer wat aksi ghairah camtu...

  57. ROSILA menulis:

    dont worry, u tetap cute.... hidup faizal!!jangan wat lagi k, c",)

  58. catgirl menulis:

    Faizal, beringat-ingat lah... kita hidup bukan untuk setahun dua. Bukan hidup seorang sahaja. Ada masyarakat yang memerhatikan. Kalaupun terlupa tentang budaya, ingatlah asas agama. Masyarakat kita pula jenis suka mengutuk bukan menasihat. Semua orang buat kesilapan. Termasuk yang suka mengutuk tu. So, take positive!! Kepada anak isteri Faizal, kamu lebih mengenali dia. Terima lah seadanya... Nasihatkan yang mana patut. :-)

  59. tikus menulis:

    pemakaian tue bior la elok...kkkkkkkkk

  60. poisonivy menulis:

    aku setuju ngan cikkak! artis2 betina yang pakai ala2 bkemban n x cukup kain tu knp x dikecohkan camni?? dah terang2 haramnya!!! hmm... dunia2...

  61. diva1910 menulis:

    i memang nyampah dgn mamat nih!!!tah ape2!!! x abis2 wat gimik over die...kan dh kena denda..patutla kuar dr kump. nasyid tut....rupanya inilah sifat s/jadi die..kesian pada wife die, pd anak2 die, pd keluarga die yg terkena gak tempias2 akibat peribadi die ni yg mmg OVER ACTING!!!!! lagu die mmg best, tp die x best...so, over all jd x best la...aihhh...x kuase..

  62. wiraghani menulis:

    apa boleh buat ....benda dah berlaku....kesilapan yang disengajakan kene terima ajelah...tingkah laku kene jaga beb...manusia memang menyesal bila buat salah....renung-2kan lah....paijal

  63. zeckek17 menulis:

    aku suka suara & lagu dia,dia performe mmg best..takkan ada org leh buat mcm dia.aku respect kat dia.aku setuju ngan poisonivy,artis pompuan yg berkemban masa ambik anugerah naper tak kecoh..kita ni negara islam,sepatutnyer kenalah follow rules & regulation yg dah ditetapkan dlm islam & syariat..naper mesti nak blame si faizal tu.si faizal tu cuma nak tunjukkan profesionalism sebagai seorang artis.sebagai seorang artis dia mesti kena puaskan hati peminat2 dia..dia di byr babe bukan free...

  64. mawarcomel menulis:

    faizal.. faizal.. huhu no komen!! aku x tgk r konset tuh.. tkde ulang ker aku rase kan kalau 8tv ulang blk konset tu sure rating paling tinggi ini bulan maaa.. ulang la... please 8tv huhu

  65. zeckek17 menulis:

    betul tu mawarcomel..kekadang benda2 ni berlaku artis yg kena blame gler2 tapi yg untung stesen TV gak..so aku nasihat kan kat korang,saper2 yg nak blame si faizal tu,check diri sendiri dulu.jgn ikut sedap mulut jer..

  66. sweethoney menulis:

    erm....caya le...i suka u buka baju...

  67. honeydew menulis:

    to faizal....jadikan iktibar benda ni...dlm dunia ni,kadang2 ape yang kita wat kita tak jangka bley effect kat owg laen...biasa la tu,kesilapan...mgkin faizal tak bernasib baek...xda hal la....ley perbaiki...huhu

  68. sweethoney menulis:

    btol zeckek17...i stuju dgn u..

  69. zeckek17 menulis:

    aku rasa kesalahan yg si faizal tu buat taklah besar sgt kalau nak di bandingkan ngan artis2 wanita yg pakaian nyer dedah sana sini..yelah,kalau artis pompuan korang suka lah tgk kalau terbuka sana sini kan..dah lah dedah sana sini pastu siap berucap 'syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi'..aper brggg... aku risau,1 hari nanti depa ni sembahyang pun berkemban...

  70. suhaini menulis:

    bengong la faizal

  71. rahim69 menulis:

    Geleng kepala bapak Malaysia melihatnya, Apa besar sangat ke dia dia sampai lupa diri sehingga tidak sedar siapa diri yang tersangat kerdil....setahu aku mamat ni baru setahun jagung kat pentas macam tu...Gua lagi respect brother JAMAL Abdilah tu yang Mati Hidup Semula..walaupun dia ada nama dan gaya tersendiri tapi dia tetap ingat akan adap sopan Ibunda kita...Sedarlah wahai insan sekurang2nya bertaubatlah dan jangan buat lagi...sangat memalukan, aku nak tengok pun seganlah....Maaflah kalau terkasar bahasa, bukannya apa geram artis yang ter OVER..

  72. ZSP22 menulis:

    mamat ni mmg poyo. mana pnah nak insaf pun. kejap je tu.... kang nnt dia wat lagi... aku x kisah pun pasal dia nak buka bju tu. lantak la. kalo kat tepi pantai tu kira ok la kan.. ni atas pentas. live lak tu.. kalo tertutup lain citer... mmg sengaja dia ni!.. nyesal sikit..tp puas hati lebih.... hua hua hua hua

  73. Sazreena menulis:

    Tapi kat Malaysia pun ramai gak artis yang over.. OVERDOSE, OVERSEXY, OVERGEDIK..Over stok ni lagi bahaya..tapi takde pape tindakan pun..double standard.

  74. rahmahsulaiman menulis:

    cikkak tolong jangan kutuk penyanyi kesayangan aku amy search. dah si faizal tu yang over.betul kata artikel kat atas, aku baru nak minat je kat faizal tu tapi terus jadi menyampah.alasan yang diberi tak logik, ada ke cakap teruja dengan peminat, perasan biasalah kat konsert semua orang jerit .tak kira lah kalau aku nyanyi pun orang sorak.kata dah beranak dua.dah matang dah tu.dengar kata bapa dia doktor, kira orang berpendidikan lah dia ni tapi sayang akai tak da.akai ada akai ?

  75. tenuk menulis:

    Waaaa...kejap je dah 73 komen! Kalo fasal mengutuk ni, memangle ramai le yang dah jadik ustaz segera. Sian Faizal disuruh bertaubat. Beso sangatke dosa dia? Lainle kalau dia dah tukar agama. Ni, baru bukak baju dah rioh satu M'sia. Kalo telanjang terus macam gambo anak pontianak, lagile haru jadiknya. Ginile Faizal, lain kali kalo nak nyanyi, pakaile kupiah, pekena baju labuh stail orang Paki n seluar beso. Bawak tasbih.....nyanyi lagu nasid cam dulu. Mesti ramai yang poji.

  76. ANARCHY menulis:

    Faizal....lu jgn overler...lu nyanyi baru berapa lama beb....lu ni aaaa macam nak glamour cepat....AMY SEARCH pun yg dah lama nyanyi tak juga over sangat....bro....ibarat lu ni aaaa faizal macam baru kelmarin nyanyi maaaa.....

  77. apelaginaktulis menulis:

    Tak sangka yehh.. Dulu kumpulan nasyid.. sekarang dah buat shit!!!

  78. mustang menulis:

    Lu memang gila a...rock pa kebenda ntah...lu tgk band hujan camna...takde la gedik teruk mcm lu...takat bukak topi ja...band baru plak tu...tp smua peminat leh ikut nyanyi ngn diorg dr1st song hingga ke akhir...lu mmg over la....wa tak caya sama lu la...wa respek sama HUJAN....pagi yang gelap, terus akan gelap...tu ayat tuk lu faizal.. bakin malu rockers la lu..

  79. KASHAH menulis:

    haii leh knalan

  80. spytheman menulis:

    korang jangan lah kutuk dia lebih2..tapi,dia ni memang bangang betulllll....poyo nak mampus...ko ingat ko best ke?aduhh...ape benda yang bagus kat ko pun aku pun tak tau..kalau berani sangat, try bukak sluar tengokkkk....amy search pun tak macam hang....mangkuk..tapi popular sampai indon jgk..ko popular pasal tayang body..hek eleh...ape benda la....tak best langsung..aku rase baik ko nyanyi nasyid semula la..elok skit..tak boleh tunjuk2 body..tu pun kalau ko tak tunjuk la..kalau ko buat jgk.........teng..teng..teng...sendiri mau ingat la beb...dunia nak kiamat la tu....

  81. KASHAH menulis:

    ehh clap,,eh eh,geram tol gak aku nie tgk aksi tu,pekehalnyer buke baju tu,ingt barat ker..dahler dulu nyanyi nashid,jadi rock lak..ok jer...tpi skrg dah jdi beruk lak.. sore cedap,lagu cedap,cume aksi melampau jer..tu lum lagi jadi juara lagu..klo x..ntah per lgi nak didedah..insaflah pezal..cukupler 2x..jgn ade yg ke-3..

  82. KASHAH menulis:

    betull spy..betul..malu ler nampak bulu ketiak woii

  83. sumiyati74 menulis:

    ada2 saje.......

  84. mary menulis:

    laaa.....korang ni kann.... kamu tak tau ke yg faizal 2 bakal nak jadi babun yg bergayut kat atas pokok tanpa baju...... nasib baik seluar dia tak jatuh kan.....klu tak kantoi2.........

  85. KASHAH menulis:

    eh die dah buke tali pinggng ler aritu..bahaya2 hehe..ngeri klo jadi wei

  86. comey menulis:

    bagi aku biarlah pe pun faizal 2 nak buat x lah besar sangt kesalahan die 2,cume ter"over ckit je,biasalah manusia bukan semuanye perfect k..saya arap faizal akan cube untuk perbaiki diri die untuk buat yanng terbaik lg tau,,belajar dari kesilapan k,x payahlah korang nak besar2kan perkara kecik ni, buang masa je

  87. DrPaRaSiTe menulis:

    berat doh faizal..dia igat ni amerika ko..balik nyakur ubi lah faizal,x pn jual etok.hahaha

  88. apelaginaktulis menulis:

    membe kite kate drpd melenggeng baik ko bukak suar trus..

  89. marxe menulis:

    aku x de la mnt kat penyanyi ni, tp aku sakit hati cara korang bg komen,aku pelik tengok korang sume... patut r kite semakin mundur, berpecah belah...kita tau dia salah so bg semangat dan betulkan die bukan dengan cara kondem penyanyi ni ngan teruk..korang cakap korang orang islam tp korang suke maki orang bile orang tu salah,,,setau aku islam xmacam 2..pk dulu sebelum cakap......

  90. deelenx menulis:

    walamak... ensem gler... body sexy... cair aku... nsb bek laki org... klu x da lma aku wat laki... huahuahua...

  91. dEjaVuu84 menulis:

    ~udah2 ler kutuk..xpasal2 + dosa jer.faizal yg wat cam2 tp korang yg mngutuk dpt dosa free.memangla manusia selagi xmgutuk org mmg x sah..biarla faizal dgn style nyer n kite ngn cara kite..lgpun dia dah mtk maaf kt public.bkn sng nak mngaku salah kt public.lgpun byk artis lain yg wat silap mcm berkhalwat,bogel.tp xdelah kecoh mcm nie.diorg lgla x mengaku.xper aku still suka song n voice faizal.yg pnting dia ade talent...

  92. rahmahsulaiman menulis:

    Amy search adalah rocker malaysia sejati. tak da siapa le lawan.semua album dia aku beli sebab amy ni memang penyanyi rock best punya. kepada faizal tahir insaflah , tak yah jadi penyanyi rock , jadi penyanyi nasyid balik lah.takut nanti lupa daratan.mula -mula buka baju takut lepas buka seluar lak, manalah tahu kan. akai ada akai ?

  93. yufarah88 menulis:

    Aku setuju ngan alisetan..ape daa lu nie cikkak tu syariat islam, peraturan agama...lu xleh komen bodoh2 cam2..menjawab laa lu ngan tuhan nati bila lu perlekehkan ajaran agama islam...cikkak tgk bebetul faizal pakai camner..bukan ke dia pakai suar tu bawah pusat...dah x tutup aurat dah namenya tu..sumbakkkkk tul la lu nie cikkak oii...bertaubat la weiiii........!!!!!!!

  94. rahmahsulaiman menulis:

    amy search forever.aku minat dia sejak umur 12 tahun sekarang dah 31 tahun. aku nak ambil UPSR,PMR, SPM dan sampailah ambil master aku sentiasa dengar lagu-lagu rock yang amy nyanyi,tak pernah ada kontreversi , faizal tahir baru nak nyanyi satu album dah jadi cam ni, insaflah kita ni hidup bermasyarakat ,kena ambil tahu sensitiviti masyarakat sekeliling.jangan main hentam aje.nanti kena hentam balik macam sekarang ni siapa yang malu ? mereka dan keluarga mereka.

  95. kaching menulis:

    faizal2...nape lah ko nak sngt jd salman khan ni arr.....xde maknenye ko jd salman khan baik ko jd beruk khan lg baik,bnyk pemint klu jd beruk khan.....jgn perasan jd salman khan,salman tuu pon bknnya hbt sngt,cm beruk gak....

  96. prof menulis:

    kesiannya anak melayu kita ne.... apa dah jadi ne. nak jd herokah? tengoklah artis-artis kita yang dah lama terkenal takda pun mereka buat mcm ko ne. tengok Amy search dan Awie mereka ini bule dikatakan RAJA ROCK MALAYSIA tp takda pun dia buat macam ko ne. baru setahun jagung dah nak tunjuk belang... baik ko taubat n minta maaf pada semua secara terbuka k.

  97. gossip menulis:

    masyaallah.. faizal tan sangka leh buat cam gitu.. dulu saya minat kat faizal dari kumpulan nasyid lagi tapi awk dah buat saya hampa... so nasihat saya pada faizalsebelum buat ape tu fikirlah dulu

  98. babynourish menulis:

    dia dh minta maaf... kite tgk samada die ulang lg ke x kesalahan ni di masa akan dtg.. klu uat jgk, mmg xley slhkan masyarakat la kalau kena boo n dikritik hebat pun... setiap org buat kesilapan... artis ppuan pakai baju seksi smpai nmpk pangkal dada xjadi kontroversi pulak... herm... utk abg faizal, teruskan usaha... jgn tanam pisang yg berbuah 2 kali...

  99. ORANGBIASA menulis:

    aku setuju tul ngan cikkak n tenuk...aurat lelaki dari pusat ke lutut, tu yg artis pompuan berkemban lagu tak cukup kain, kekadang tu nampak sebagian bukit bukau...tgh life jugak, tak pulak di ambil tindakan..itu dah terang2 dedah aurat..haram...tu belum lg kes botak kepala n artis lelaki yg gatal meleser n cium girl dia kat pantai, haram gak tuh..TAPIIIII memang la faizal tak sepatutnya buat camtu, tak manis...but at least dia dah minta maaf dan sedia terima hukuman...artis lain lak, bila nak kenakan hukuman..mana aci faizal je yg kena..tp aku memang suka tgk faizal menggelongsor atas pentas...style camtu dia dah expose dari oim lagi...tu pun nak kecoh ker...teruskan jer faizal...lantak ler apa org nak kata..LU ROCK BEB...lain kali bukak jer baju tp make sure pakai spare kat dlm ye...he he

  100. iefa85 menulis:

    salam... udah2 la kondem si faizal tue...kesian kt dia... dia pun xsangka disebabkan bukak baju terus jd kecoh...die pun dh mintak maaf so forget about it..ssetengah pihak tue sajer jer nk lebih2..

  101. ORANGBIASA menulis:

    eh...baru perasan yg pusat faizal tu terdedah ler...mmmm confirm dedah aurat....eleh...lelaki lain pun apa kurang...jiran aku, pakcik aku, kawan aku, cikgu aku, pakwe kawan aku tu...pakai seluar pendek nampak pusat, pastu selamber jer pi jemur pakaian la, basuh motor / keta la, sapu sampah la...semua tu aku dan org2 lain dah ternampak..he he

  102. luciferShah menulis:

    bajet dier Tom Welling dlm Smallville la tuh...wakakakakakakaka...lawak tul la ko pejal

  103. noizs menulis:

    baru jd artis da nak bt suka hati..album pn baru nak kluar da blagak..axcited tahap dewa la ni samapai x sedar diri kt ats pentas..mcm2 hal dia bt..mcm xtau malu ja bdk ni..MEYAMPAH!!!!

  104. gayman menulis:

    Bagus juga you buat macam tu Faizal... At least tumpuan dunia hiburan beralih kepada you. Asyik-asyik media beri penonjolan kepada artis-artis dari luar, so tibalah masa you pula memenuhi ruang-ruang dalam media sama ada surat khabar, majalah, TV dan sebagainya. Sekurang-kurangnya artis macam you tak terpinggir dek artis yang tidak punya bakat tetapi lebih popular dari you...Saya tak anggap ini GIMIK murahan you tetapi sebelum you naik pentaspun actually you dah rancang sesuatukan?... Dari aspek positifnya I puji sebab you BERANI buat kelainan...Alang-alang dah terjun dalam dunia hiburan yang bersifat penuh glamour. Biasalah! Peminat seni yang tulen tidak anggap tindakan you itu SALAH...Cuma norma masyarakat sahaja yang memandang itu seakan-akan satu DOSA besar...Tentu you sendiri terfikir, banyak benda lain lagi dalam kehidupan kita yang perlu diambil perhatian...Contohnya, kepimpinan yang tidak amanah, rasuah, penculikan, pembunuhan dan banyak lagi. Setakat you buka baju, apalah sangat...So, anggap itu cabaran yang perlu you hadapi dalam you mengetengahkan potensi hebat yang you miliki...

  105. pu3shadow menulis:

    ala...setakat bukak baju.ape la sgt... artis2 betina kite tu bukak baju takpe pulak

  106. lampam menulis:

    aku nak kutuk , aku balik yang berdosa.... camnie jelah... aku anggap ko ini Faizal ... ikut darah muda.... masih hot.. mungkin ko ni x tau atau terlupa ngan nilai ketimuran ...n nape bila orang lain buat macam ko buat ni dulu , tak ade apeape pun , tapi bile time ko , kecoh satu dunia, sebab ko dulu kan bekas kumpulan nasyid, imej sepatutnya bersih...So aku pun terperanjat boruk nengok aksi ko cam gini... Any way ... belajarlah dari kesilapan n jaga maruah ko , keluarga ko n keluarga mertua ko...

  107. fiqone menulis:

    per ko nk jdi nie..?taubt la wahai manusia...!!!!

  108. Durra menulis:

    okk..penulis...tak payah lah tulis sal pendidikan pulak..tak semestinya org ijazah ni tahu befikir...alah...dia baru buka baju..besa je..ok ah tue..dia buka depan22..dari artis lain..artis pompuan...jgn ckp..dedah22 dada..tak de pon kena wat keja amal..(TAHNIAH KEPADA MEREKA YG DAPAT BAJU & TALIPINGGANG YG DIBUANG TUE EAK) hahah..Sy rasa..dia dah rancang dah tue...kalu tak rancang..tak kan huruf S tue dah ada kat dada..mmmm masing PQ.

  109. keterehGurl menulis:

    ape la nak jd ngn faizal ni..rock2 jgk..tgk tempat la..sesal dahulu pendapatan sasal kemudian tidak berguna..

  110. KASHAH menulis:

    xder gune dah..mkn ler bubur air ko tu...klo skali mgkn leh dimaaf..klo dah 2x dlm sbulan..menyampah gak

  111. yanz menulis:

    pada faizal...rasanyer dah byk kali berlaku kes yg tidak diingini spt ni...tolong fikir dulu sblm berbuat sesuatu perkara.anda sendiri akan susah dan sudah pasti reputasi akan terjejas.sebagai peminat i rasa malu dgn ape yg berlaku.

  112. miZzsAm menulis:

    eee...ape korg nie??? jgn arr hentam dye gile2 sgt... mcm laa korg nie patuh sgt klu mak ayah nasihat.. tegur je la elok2,dy dah besa mesti dy taw btolkan slh dye.. nobody perfect k.....

  113. nurjuma menulis:

    rasanya tgk muka dier ni mmg x pernah serik..sbb bila dier naik sehhh sure lupa diri.takut lepas ni xder org yg berani nk ambik dia buat prtunjukan pentas or tv..takut tanggung malu beb

  114. miZzsAm menulis:

    klu ngk amy,awie tue lagi arr mmg nyani pkai singlet jerk...sllu plak tue...pastu angkat2 tgn,tunjuk ketiak...eeee....lg geli taw... nape xde pon org tegu... faizal smart arr jugak,.. ala..bkk baju gitu jerk,ape laa yg d herankan sgt...lgpon xsmpai dedah aurat dye pon.. para pompuan2 yg kutuk dye lbey2 tue,teliti sket pakaian awk tu jugak yerk... para lelaki2 plak,jgn taw nk hemtam org,elok sgt ke bhase yg awk gune tuk nsihat org?? berdakwah tue kan scare perlahan2 dan berlemah lembut.. tp mmg xheran laa org skang.. hmmmmmm......... so,same2 la kite doakan sesame kite supaye elok peribadi dan sifatnye.. nasihat2 jugak,tp dri sendri jgn xserupe bikin plak....

  115. cikkak menulis:

    Ekkkkkk...dalam 2 ari dah 114 komen. Waaaaa...tahniah Feizal. Nampaknya Feizal dah sama hot ngan cik hajah siti. Kalau buat kontroversial, mestile hotkan! Go Feizal goooooo. Nothing wrong bukak baju, tayang dada. Lainle bukak seluar tayang....... suspender merah. Kekekekek..... Come on gang, be more open minded. Aurat lelaki dari pusat ke lutut. Feizal belum lebey-lebey lagi. Lainle dia nyanyi pakai spender merah tu je.....nie memang dah melampau.

  116. bladeguy menulis:

    tol tu durra,tak sengaje konon,cantik plak hurup s kat dade die tu....ape pun aku harap ko tak wat hal lg faizal,peace no war...aku harap pas nie pihak mangge cite plak pasal artis pempuan yang tak senonoh pemakaian die,jgn dok cr silap artis laki jek...

  117. paknjang menulis:

    nasib baik tak menang 1 juta. kalau menang hari tu telanjang terus gayanya.

  118. nurjuma menulis:

    kalau ia pun nk berbuka-bukaan tgk tmpt dan situasi lerrr..mmg ler aurat laki dr pusat ke lutut tp sbg org melayu kn ader adab sopan..nampak x manis dan x elok lar kalau aksi sebegitu menjadi tontonan dikhalayak ramai lebih2 lagi menjadi santapan mata yg bkn muhrim..;-)

  119. KASHAH menulis:

    betoi tu p anjg

  120. KASHAH menulis:

    btul gak...aurat pompuan yg dh lame tdedah tu gmane

  121. rafina80 menulis:

    nyampah tol aku faizal ni.sebenarnya dia nak bagitau kat seme org m`sia ni dia ada spender caler merah..konon gagah perkasa la tu..hampeh..confirm ahli kumpulan mirwana malu dgn bekas ahli kump. mereka yg satu ni..artis yg top dgn kontroversi..tahniah la faizal..rock, tapi masa wat sidang media nangis lak..insaf kunun,sok sok cetuskan kontroversi lagi..

  122. cikkak menulis:

    nurjuma......kat Makkah masa dalam ihram semua lelaki pakai kain tuala je lilit kat pinggang. Takleh pakai suspender pong. Takda pong orang semua kata luchah? Hehehe....bagile Feizal peluang tunjuk kreativiti dia. Kalo dah semua nyanyi dok pegang mike cam batang kayu n takat goyang-goyang montot cam siti, mana nak ada kreativitinya?

  123. nurjuma menulis:

    senang citer kalau sudah dikenali dan menjadi perhatian masyarakat x kiralah lelaki or perempuan,tatasusila tu harus dijaga..kalau tidak,pasti menjadi bahan umpatan dan kutukan.Bagi yg tak menjadi perhatian pun bole jadikan apa yg berlaku ini sbg iktibar dan pedoman

  124. jemboo77 menulis:

    lagu lu mmg best..tp prngai lu mcm siol arr..asl lu jd mcm ni..rock2 ar..tk yah ar lu nk buka baju..mcm bagus2 lakk..patut nyer lu ikut lah OTAI2 rock dulu..diorg ada kelas..

  125. nurjuma menulis:

    ehhh ye kerr cikkak ...lelaki xleh pakai sepender masa kat mekah..huh hebat la cikkak...luar dalam cikkak tahu..salute lerr..

  126. rafina80 menulis:

    itu lah dinamakan rock murahan..rock tak de kelas...

  127. skaCuUuOoo menulis:

    Aku setuju 200% dengan rafina80, die mmg rock murahan..peasan bagus..

  128. cikkak menulis:

    nurjuma, bacale buku panduan Haji. Cari bab rukun lelaki dalam ihram. Syaratnya takleh pakai pakaian berjahit. Jadik, semua lelaki cuma pakai tuala je dililit kat pinggang. Kalo pakai sepender kena denda (bayo DAM) korban seekor kambing. Bukan je takleh pakai sepender, takleh tutup muka, semua kena denda. Tutup cuma dari pusat ke lutut je. Sekian.

  129. aminuddin2 menulis:

    korang ni kecohla.jaki tak pernah tgk org laki bukak baju.bukan aurat pon. aku pelik org laki tgl baju korang kecoh tp kalu org pempuan seksi2 jolok mata takde sapa kecoh pon. takde pon smpai kena denda. org malaysia mmg pelik2

  130. goku86 menulis:

    betul tu aminuddin2.. Artis pompuan lagi byk dedahkan aurat.. Faizal cuma dedahkan sikit je pusat dia.. Yg lagi teruk tak kecoh pun

  131. nurjuma menulis:

    wahhh mcm tu kaaa cikkak...nasib baik ler mengerjakn kewajipan kn..kalau sajer2 pakai mcm tu kat malysia sure panasss n meletoppp so bertambah2 pelik ler org malaysia nih..bak kata pak lah malaysia bolehhhh huhuhu..alamakkk dah lari topikk nihhh

  132. dEjaVuu84 menulis:

    ~hot space nie!!!aku xfhm la naper emosi sgt p'kritik2 faizal.kalah pkritik aF.korg sume ader talent...g la astro utk dftar jd pgkritik af6 sure hot...jgnla citer dosa,pahala,aurat,syariat islam klu diri lum tntu lg btul n smpurna.no people perfect..kecuali ALLAH yg maha esa.so renung2kan...jagi diri sendiri n kubur masing2..byk lg story yg kite kna cr jln pnyelesaiannya...baik kte pk camane nk cr adik Sharlinie...

  133. Asiana menulis:

    Hmmm... Aku ni dok kat oversea, tak tau pun pasal artis2 baru ni. Tapi bila aku baca paper online, asyik2 citer si pejal ni. Aku pun cari lah lagu dan tgk persembahan dia. Bagus sgt ker..? rupa2nyer memang bagus!memang power suare si pejal ni.. class! tapi bila bukak baju, what a slack and silly mistake.... mase AJL tu tak ler teruk sgt.. tp kali ni memang dah over limit...

  134. sindora menulis:

    kan ade lambang s kat badan dia tu,,tu psl buka baju tu,,,hihihihi,,lawak tulla,,nak jadi superman pulak ke,,mcm2 tul artis la ni

  135. nikezad menulis:

    peeeh...sengal betol la si Fezal ni.....bedol barat yg datang si pun tau jaga sivik diri...si sebal yg lahir kat malaysia x tau sivik ketimuran pulak......cancel je dia ni dari masuk juara lagu.....mana tau dia bkk sluar plak.....kan kes niaya nnti...

  136. azieazlie menulis:

    Minat sangat kat suara dan lagu lagu dia, tapi, bila dia buat perangai "buang tabiat" yang tak sesuai dengan budaya kita nie, rasa terkilanlah jugak, sebab kalau boleh biarlah berjaya tanpa kontroversi dan jadikan apa yang telah berlaku sebagai satu pengajaran..

  137. pedodil menulis:

    ha! so utk artis2 len 2...amek2 la ckit iktibar dri kejadian nie...

  138. manhattan menulis:

    ee..malunya, belum setahun jagung menyanyi dah nak tunjuk body,kalau macho tak pa gak. elok pergi berguru dulu dgn m.nasir atau ramli sarip,baru boleh bukak baju,ha.ha.ha..

  139. priNCessQ menulis:

    cian tul la kt diri ko faizal..bila ko masuk OIAm dlu aku pun terminat gk kt suara n style ko yg rock tu smpaikn aku pun penah kejar ko nk amek gmba skali time ko perform kt tmpt aku stadi dulu..tp smenjak due menjak ni aku dah rase ko cam mengarut jer..tup2 ko wat perangai pelik lg giler ni mmg sah ko XBOLEY dijadikan contoh lgsung!eii..dahla baran,sikap cam nk menunjuk2 lg..memalukan diri sendiri jer..urm,,memalukan!!!

  140. NagaMerah menulis:

    aku rasa CIKKAK nie BODOH orangnya...TAK pun TULI... Kau tak nampak pusat MAMAT BANGANG tu ker?? AURAT LER TU..BERDOSA....Ataupun CIKKAK memang TAKDE PUSAT...Hik...Hik

  141. NagaMerah menulis:

    Mamat nie memang OVERR ACTING...patut pun kena wat kerja amal..cuci longkang ker...sapu sampah ker..

  142. hamancute menulis:

    As'km buat Piahapi.....buat Deelenx...u r damp right!!He is sexy...so no harm stakat tayang dada.Buat Gayman pulak.....i really..really like ur comment.Cukup bernas & membina bukan menghukum. Itulah keindahan Islam.....Buat Faizal Tahir....wat is done cannot b undone. As long as nawaitu anda ikhlas jalan ke puncak pasti terbentang luas.Stay cool....u rock beb!!

  143. bluebery menulis:

    dia nie bkn apa nak tiru style artis hollywood.... asal konsert jer... bukak baju... bukak spender...bukak itu bukak ini.... dia igt culture malaysia mcm tu kot... bila dia buat org hentam la dia.... nasib ko la faizal.... lps satu hal satu hal ko wat perangai... ko tu artis baru.... xyah la nak tjuk2 over.... tjuk jer yg natural... itu lagi bgus... mcm aziz satar tu... tgk dia dah lama giler dlm indusri seni... still kekal mcm tu.... aku rasa ko kena byk refer ngan artis2 vateran bg menjamin kualiti kerjaya ko tu...

  144. bluebery menulis:

    geli aku tgok lubang pusat dia.... dah mcm lubang jamban....

  145. loloq menulis:

    kat mana pulak mamat sorang ni nak sorok diri lepas dapat malu ni? nak sorok bawah katil,kena kutuk dek habuk,nak sorok kat dlm almari? kena kutuk dek lipas. nak nyorok dalam tandas? kena kutuk dek tahi.hai.entahlah apa nak jadi...taubat banyak2...

  146. mimiey menulis:

    ish...ish.. orang malaysia kalau kutuk kemain lagi....kutuk si Faizal, dia kan lelaki...memang salah...tapi duk kutuk2 parah tul...RISAU tul...artis2 yang tergolong BETINA yang seksi dedah sana sini tak plak di kutuk nya...korang memeang suka ke BETINA mcm tu...merosakkan akhlak jer...

  147. TunTeja83 menulis:

    Adusss!!!terkejut betol tgk gmbr Si Faizal Tahir tak pakai baju...Nape die ni?? Masih X sedar diri, pas satu..satu buat hal. Klu cm ni gayanye...Cmane nak menang dlm Juara Lagu 07. Nyampah aku tengok perut die...Kalau body cantik cam RAIN (Model Korea dlm iklan shampu Clear Men) tu..takpe jgk...Banyak bertaubat Faizal, jaga status anda sebagai org islam, lelaki melayu, suami dan ayah kepada anak2 anda...

  148. tamannaw menulis:

    amboi3 faizal,,,,,ko sedar dri ke x ni?????? ko sedar x ko ni sebiji cm org utan,buka baju khalayak ramai perasan hbtlah tuuuhhhhhh....xde hbtnya pon aku tgok ko ni,baru je jd artis dah mengada2....

  149. tamannaw menulis:

    gelilah tgok body ko ni,lain kli jgn wat cm tu lg,jgn bg aku nmpk ko wat cm tu lg,klu x siap ko aku ketuk kpala ko,kli ni aku maafkan ko,tp lain kli x maaf bgmu faizal.....PAHAM TUUUUHHHH.....

  150. mimiey menulis:

    APAKATA KOMEN PASAL ARTIS POMPUAN YANG SEKSI MELAMPAU!! TAKDELAH KUTUK-KUTUK SANGAT!!!

  151. cikkak menulis:

    Dalam banyak-banyak nie, Gayman punya komenlah yang paling bernas dan tulen. Ya, Gayman, alang-alang mandi bio basah, alang-alang menyelok pekasam bio sampai ke pangkal lengan. Duni artis memang penuh glamor dan pertandingan sengit. Siapa berani dia menang. Macam-macam gaya dibuat untuk memenangi hati peminat. Ada yang guna gimmik minah sopan santun, ada yang gunakan gimimk Mat baik berbudi pekerti, berjayale dia walaupun dari sudut suara dan kemampuan takda beza dengan yang lain. Inila dunia artis. Yang mengikut kehendak peminat akan mendapat tempat. Tetapi berapa lamale boley berlakon baik? Lelama pecah juga tembelang...contohnya siti nurhaliza. Dulu, kemain dipuja dan ditatang, sekarang? Sekurang-kurangnya Faizal tidak berpura-pura jadik mat baik bersopan santun. Siapa nak terima dia, terimalah seada-adanya. Tak mau terima, pilihlah penyanyi mat/minah sopan santun yang belum pasti 100% baik apatah lagi, sempurna.Saya tak minat Feizal asa a person, tapi saya suka suaranya yang power. Sekian, terima kasih.

  152. DonDoN menulis:

    Ek Elleh... TeruJa dgn pnonTon koNon.. hgpa tgk la badan dia Dah Panit siap LmbanG'S" cambagus tue.. dia ni mmg plaN nk bukak baju tyng bulu ktiak dia nih.....

  153. rashidi menulis: