Siti kotakan janji
2008-01-07 10:55:46
Oleh: ROSLI MANAH
Inilah imej terbaru Datuk Siti Nurhaliza. Siti memilih mengenakan tudung yang nampak ringkas, mudah dipakai, tersendiri dan menarik. Konsep tudungnya hasil ilham sendiri yang dibincang dengan pereka terkenal Datuk Bernard Chandran.

Perhatikan pada bahagian depan sekeliling tudung. Tudung Siti dihiasi labuci yang menyerlahkan lagi kejelitaan wajahnya. Sekali imbas persis tudung Benazir Bhuto, tapi milik Siti ada sentuhan glamor. Tunggu... selepas ini banyaklah timbul rekaan tudung baru yang menyerupai tudung Siti di pasaran.

Sebelum ini banyak tudung yang dinamakan Tudung Siti Nurhaliza. Dengan guna nama Siti tanpa fesyen yang tersendiri, tudung tersebut laris terjual pada musim perayaan lalu. Kali ini benar-benar ada tudung jenama Siti Nurhaliza.
"Siti tak tahulah apa nama tudung ini," kata Siti. Siti muncul di khalayak ramai pertama kali selepas mengerjakan Haji apabila memenuhi undangan Chef Wan yang mengadakan majlis ulang tahunnya di Restoran Tarbush, Starhill Gallery, Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada Ahad (6 Januari) lalu.

Tentu peminat tertunggu-tunggu bagaimanakah imej Siti sekembali daripada mengerjakan Haji. Yalah... sebab dia pernah meluahkan hasrat mahu mengenakan tudung selepas menunaikan fardhu Haji. Kini Siti sudah mengotakan janjinya.
Rombongan Siti dan suami, Datuk Seri Khalid Mohd. Jiwa selamat tiba di tanah air pada 27 Disember lalu. Mereka berangkat pada 13 Disember. Siti bersyukur kerana niat mengerjakan Haji terlaksana. Apatah lagi ibadatnya berjalan lancar dan dipermudahkan. Dia juga sihat sepanjang di tanah suci.
"Inilah imej Siti... Siti harap peminat menyukainya. Siti sampaikan bagaimana bentuk tudung yang Siti mahu kepada Datuk Bernard dan dia yang reka tudung ini. Siti sudah tempah beberapa pasang tudung dengannya, kebanyakannya berwarna hitam. Belum ada banyak koleksi kerana Siti belum keluar ke mana-mana majlis lagi. Kalau menyanyi nanti pun beginilah lebih kurang bentuk tudung Siti.
"Sesuailah untuk Siti yang akan bergerak apabila menyanyi di atas pentas nanti. Sebenarnya bahagian depan yang ada labuci ini berat sikit, kainnya pun keras pada bahagian depan, jadi tudung ini akan sentiasa melekat di atas kepala. Cara pakai pun mudah, serkup sahaja di kepala.
"Kalau untuk show coraknya mungkin lainlah sikit, akan disesuaikan dengan baju yang Siti pakai," kata Siti lagi.
Kongsi Bersama
January 07th, 2008 pada 11:30 am
tahniah ct....kerna ct tlh kotakan janji,mmmm...cm nilah baru nmpk cntk...manis ct.
January 07th, 2008 pada 11:37 am
kalu camtu nye tudung baik takyah pakai.. sama jerk x tutup aurat...
January 07th, 2008 pada 11:38 am
mmmmmmmm.............apau btol ke ISLAM suruh umatnya pakai tudung mcm benazir bhutto, still npk rambutlah n leher tu aurat tau, kalau ct pakai rambut palsu n leher palsu xtaulah, pape pun caya xberni nk ucapkan tahniah sebab cara die terkuar dari garisan ISLAM.....semoga ct akan memperbaikinya lagi AMIN...............
January 07th, 2008 pada 11:39 am
btol tu unik..............hipokrit mmm xtaulah ups to him.......
January 07th, 2008 pada 11:39 am
hmm...k ar tuh..slowly ar..nanti lelamer tutup habis lak k..congrats ar penampilan baru u ct.jgn jd cam sesetengah artis..balik dr mekah dressing lagi teruk.
January 07th, 2008 pada 11:41 am
HEMM...KALO LEH TUDUNG LA CARA YG BETUL,,ITU JER,,,SEBAB TUDUNG NI BUKAN UNTUK FESYEN2,,KENA IKHLAS DARI HATI,,,HARAP2 LEPAS NI TUDUNG LEBIH SOPAN BARU LA SESUAI DENGAN IMEJ MUSLIMAH...
January 07th, 2008 pada 11:43 am
pakai cam tepaksa jerk..
January 07th, 2008 pada 11:50 am
Lain tol stail tudung CT tu... Xpenah2 dibuat dek org... BTW, Congratulations CT coz keep ur promise.. Cayalah sama CT!!!!!
January 07th, 2008 pada 11:50 am
bagus untk permulaan...hrp2 nt bertutupp penuh la ek...lebih manis and suami x la byk sgt menanggung dosa....dtk sarimah ok ja pkai tdg ttp penuh..aish 2 ok ja...g
January 07th, 2008 pada 11:50 am
bagus untk permulaan...hrp2 nt bertutupp penuh la ek...lebih manis and suami x la byk sgt menanggung dosa....dtk sarimah ok ja pkai tdg ttp penuh..aish 2 ok ja...g
January 07th, 2008 pada 11:51 am
sy pun spendpt gn yg len.. klu bleh, pkai yg btul2 ttup aurat.. tp xpela, sy ykin nt lme2 ttup la sume erk。。。? kak ct pun brpkaian sopan.. kak ct!! chaiyook2...!!!
January 07th, 2008 pada 11:54 am
alaa...kalo nak pakai tudung biarla betul2..kalo camtu gayenye baik le xyah pakai..isk..isk..
January 07th, 2008 pada 11:56 am
NI MESTI DPT ILHAM DR ALLAHYARHAMAH BENZAIR BHUTTO.....
January 07th, 2008 pada 12:01 pm
apasal ngan kmu,sekurang2nya dia dah lakukan langkah permulaan,lama2 nanti tutup sume lah tu,nnti tggl mata je tu nmpk,heeheehee...
January 07th, 2008 pada 12:11 pm
Firman Allah.."Wahai Nabi suruhlah isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu, dan perempuan-perempuan yang beriman supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar), cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah maha pengampun lagi maha mengasihani..." (Al-Ahzab:59)
January 07th, 2008 pada 12:12 pm
Assalamualaikum... kak siti memang cantik... tapi kalau tak nampak rambut n leher lg bagus.. macam waheda tu. k.. teruskan niat murni akak... bye2..
January 07th, 2008 pada 12:16 pm
Still x puas hati agi r...ct, kalo nk pakai tudung, pakaila betul2. Ikut berdsrkn al-quran & sunnah, mazhab syafie. Insya-Allah, Allah akn lebih melindungi-Mu.
January 07th, 2008 pada 12:17 pm
tutup semua lg ok. nti ramai la org ikut style ct pakai cam tu...
January 07th, 2008 pada 12:17 pm
ct, percayakn diri sendiri...pasti rezeki akn lebih murah pas pakai tudung betul2...saye x bleh ucap tahniah agi...
January 07th, 2008 pada 12:18 pm
emmmmmmmmm.....ok dah ubah stail dr x bertudung ke pki tdg tu.....tapi still nmpak rmbt ngn leher gok...guano ni.....so smoge leh ubah ke arah yg lebih baik ek.....good luck
January 07th, 2008 pada 12:19 pm
Kak ct mybe dpt brdakwah pd yg len kalo pakai tudung betul2..
January 07th, 2008 pada 12:31 pm
xlawalah kak siti mcm mi..lg lawa kak ct pakai penuh..skrg nampak tua skit,kurang skit manisnya tp klu pkai penuh caya arrr..pasti manis punya
January 07th, 2008 pada 12:32 pm
Pakai tudung berfesyen tak ape tapi jangan lupa tanggungjawab sebagai muslimah, bergelar Hajjah pulak tu. Tutup aurat tu yang wajib.. nie nampak jambul pulak tu, sama je mcm x pakai
January 07th, 2008 pada 12:32 pm
salamun alaiyk.. harap ct dapat memperbaiki lg kaedah pemakaian tudung beliau.. sebab kalau ramai org ikut gaya ct nie...ct akan dapat skali saham x elok utk akhirat.. nauzubillah....bayangkanlah..kalau bejuta2 org ikut..bertahun2 lame nyer... kalau blh, tunjukanlah contoh yg baik..anda menjadi perhatian ramai..tunaikanlah janji anda pada Allah sebagai hamba-Nya... maaf zahir batin..
January 07th, 2008 pada 12:33 pm
nasihat buat kak ct,buatlah sesuatu dgn kerelaan hati,tulus dalam segala hal(dalam erti kata yang sebenar).....thank you
January 07th, 2008 pada 12:47 pm
fesyen pada tudung bolehlah tapi takkan auratpun nak berfesyen gak..
January 07th, 2008 pada 12:57 pm
bialah ct macm tu.. kesian dier.. apape pun kite same same doakan die...
January 07th, 2008 pada 01:00 pm
kul tudung fesyen macam tu...baik tak yah pakai...sekadar berfesyen..rambut depan n leher stil nampak...aparaaahh...
January 07th, 2008 pada 01:02 pm
wahh! siti dah semakin montel. siti pakai tudung macam tu mungkin sebab tak tahan panas kot.ini baru permulaan, nanti mungkin siti akan kenakan tudung yg tepat menurut syariat islam.jgn jadi macam sheila rusley sudahlah, masih ditakuk lama.
January 07th, 2008 pada 01:06 pm
hiss..aper nak jd dgn artis skrg ni..takkan tak tau cara mnutup aurat yg betul..lau gi haji hanya utk bmegah2..kesian..dlm islam mn ada kompromi dlm menutup aurat..dah akil baliqh dah bkn bdk2 lagi..lau camni sama juga dgn tak pki tudung..tak mjatuhkan imej islam..
January 07th, 2008 pada 01:07 pm
cik siti oiii....tutp abis salah ke...u tetap cantik kalau tutup habis....jgn risau u tetap glamour...jgn ikut sangat benda2 yang tak sepatutnye...yang haram dihalalkan...pi lah...wat tambah dosa aku jer...minah kampung ni...iskkk....
January 07th, 2008 pada 01:15 pm
ni kena salahkan bernard chandran. buat apa suruh org bukan islam rekakan tudung untuk kita? banyak lagi pereka fesyen melayu yg tahu pasal tudung yg sempurna utk siti.
January 07th, 2008 pada 01:20 pm
sory siti... nak komen sket yer.. ni bukan cara bertudung yang betul. ini just letak selendang atas kepala jer... rasanya nya ct pon tau cara bertudung yang betul sbb masa sek dulu pon ct bertudung kan..
January 07th, 2008 pada 01:27 pm
kalau nak pakai tudung, tak usah kira la paneh kaa...sejuk kaa...org biaq ikhlaih hati...nak pakai tudung, pakai la betul-betul...ni tak, nampak lagi rambut sejemput...pastu heboh dok canang habaq dah tunaikan janji...org nak tunaikan, pakai litup...contoh macam heliza af5...dia pun nyanyi lagu balada gak...boleh jaa pakai litup...isu pakai tudung pun nak canang satu dunia..."Siti memilih mengenakan tudung yang nampak ringkas, mudah dipakai, tersendiri dan menarik."...pakai litup lagi selesa, lagi menarik...ni pakai sekerat-sekerat...sat-sat tanggai...sat-sat tanggai...pikiaq la...aurat tu suami kita yang tanggung dosa kalau nampak rambut kita walaupun seurat...
January 07th, 2008 pada 01:30 pm
ishishishishishsishishishish.....................kmu ni....siti lum apa2 lg,kmu dah lebih2 plak,nikan permulaan bg dia,dia x biasa lg....
January 07th, 2008 pada 01:34 pm
KAN NI STAIL TUDUNG MAK DATIN.. KORANG NI BUAT2 LUPE LAK CT NI KAN GOLONGAN MAK DATIN
January 07th, 2008 pada 01:36 pm
APA PUN CT WAT SAYA SOKONG N APA PUN ORG CKP TTNG CT SAYA TAK PEDULI.MUDAH2AN CT D PANJANGKAN JODOH N D MURAH REZEKI.
January 07th, 2008 pada 01:41 pm
penampilan siti lebih baik dari hajah sheila rusley. masa siaran apa apa aje pagi tadi,hajah sheila rusley tak tutup aurat lagi,masih telanjang.
January 07th, 2008 pada 01:43 pm
dah rupa mcm makcik2 kat kampung nak pg pasarmini nak beli sayur jer aku tgk....
January 07th, 2008 pada 01:45 pm
cik noralin.... shela ruly tu x menjanjikan apa2 dgn peminatnya... mcm siti ni ckp x serupa bikin.... dah tu diri xglamour dah skrg dia wat la kontrolversi... bg naik balik nama dia....
January 07th, 2008 pada 01:53 pm
kenapa siti tak tanya je pada kakak ipar, rozie tu nak buat penampilan macamana? lagi elok tanya pada dia daripada tanya pada jantan kafir si bernard tu.
January 07th, 2008 pada 02:14 pm
aku ada jawapanya loli. siti tu byk duit... xth nak campak kat sapa... sbb tu dia campak kat bernard tu.... kat adikberadik nie dah jenuh bg... sesekali nak bg la kat org luar... hahahaha..
January 07th, 2008 pada 02:20 pm
errm... inilah dinamakan Tudung utk Berfesyen.. anyway, itukan hasil ilham dia sendiri.. Benard Chandran peduli apa, janji masyuk...kihkhihkih.. (sendiri mau ingat ler...).
January 07th, 2008 pada 02:21 pm
betul tu blueberry,kalau dia tanya rozie,dah confirm rozie suruh tutup habis macam rozie jugak.kalau tutup semua, nanti tak nampak pulak rantai cantik atau anting2 mahal yg dia pakai.
January 07th, 2008 pada 02:25 pm
macam2 la korang ni..baca komen korang, rasa malu pun ada..macam ni ke namanya Islam? sila2 tgk diri sendiri dan keluarga terdekat dulu..betulkan diri dulu, then dakwah dengan org yg terdekat..jgn suka memaki hamun org, tambah pulak mengaibkan org lain..dah tak reti dosa pahala ke?
January 07th, 2008 pada 02:30 pm
dah siti tu public figure,banyak peminat,mestilah ada org nak tegur dia utk dia baiki apa yang kurang di masa depan.pakai tudung ni isu sensitif, melibatkan agama,jadi kenalah kita perbetulkan apa2 yang tak betul pada pandangan kita ok.
January 07th, 2008 pada 02:32 pm
panas jugak isu pakai tudung nii yer.. kalu kita balik kepada hukum tuhan.. wajib kan.. tp kalu lihat zaman sekarang pakai tudung semua dah jadi tren. tren mak datin tren artis... jika di lihat secara umum yang bertudung tak semuanya baik dan yang tak bertudung tak semua jahat.. so pandai2 menilai baik buruk...so pandai2 la citi.. jangan sampai mainkan agama sudah.. malu kat bangsa lain..
January 07th, 2008 pada 02:33 pm
lepas ni siapa yang ikut stail siti ni pakai tudung memang bodohlah diaorang tu.
January 07th, 2008 pada 02:36 pm
sebelum pakai tudung kenalah tau aurat wanita itu apa dan batasannya ni macam tak tau aje.
January 07th, 2008 pada 02:37 pm
sebodoh bodoh aku, aku takkan pakai tudung macam itu..
January 07th, 2008 pada 02:40 pm
dah mcm org tua dh aku tgk style tdung gitu...baik pakai bawal no 1 lg ok hehehe..
January 07th, 2008 pada 02:42 pm
ni ttp aurat ke ttp urat je..haiii macam2. kalau buat betul2 kan ke elok. pelan2lah ye mak iti..kang sbb nak cover dr ckp2 org terkena kejutan budaya lak..atas ttp..bwh pakai baju adik..camne tu.. benda yg wajib elok dibuat betul2 bkn separuh masak.. :)..macamanapun..alhamdulillah sbb telah dpt menunaikan haji..
January 07th, 2008 pada 02:43 pm
sekarang ni antara sebab orang pakai tudung ialah dah beruban,dah tua, nak tutup love bite,nak tutup penyakit kulit kat leher,nak personaliti baru,dah tak cantik lagi,nak tutup sakit begok,kepala dah botak dan macam2 sebab lagi.
January 07th, 2008 pada 02:44 pm
fuhyoooo..! Macam mana org Kafir yg diberikan mandat untuk mereka TUDUNG untuk seeorang WANITA ISLAM...? Takut pun ada.. seram pun ada.. apa akan jadi jika cara bertudung ini diikuti ramai..? Inilah salah satu cara org kafir untuk menjatuhkan akidah umat islam... fikir fikirkanlah.. Inilah salah satu tanda akhir zaman.
January 07th, 2008 pada 02:50 pm
betul tu lenses.awak pakai contact lense yang tepat.siti telah terpedaya dgn tipudaya pereka fesyen kafir tu.kita kena report kat datuk k.siti tak patut perabiskan duit kat org bukan islam.
January 07th, 2008 pada 02:54 pm
Loli, mmg betul apa yg awak cakap..tapi sebagai org Islam juga, kita kena tgk batas kita untuk mengatakan sesuatu/komen/komplen etc..tak boleh komen sampai mengaibkan org tersebut! Cuba bagi teguran yg lebih manis bunyinya, atau teguran yg membina..mmg lah si budak Siti ni public figure, tapi memalukan orang/mengaibkan orang berdosa dalam Islam..tak kiralah si Siti ni pakai tudung ke tak pakai tudung ke, ada cara menegur yg baik..bila komen yg mengaibkan macam ni keluar, tambah pulak dikaitkan dengan agama Islam, ia jadi satu statement/komen yg memalukan sebab Islam tak ajar kita cara mengaibkan org hatta org itu bersalah sekalipun. Jangan ikut hati dan nafsu bila nak berkata2/bagi komen..Siti mungkin tak dapat apa atau mungkin dapat pahala bila diumpat/diaibkan, tapi yg bagi komen pulak mungkin dapat dosa free..dosa mengumpat, mengaibkan org, etc..saya setuju kalau org Islam kena ingat mengingatkan sesama sendiri, tapi bukan mengaibkan.
January 07th, 2008 pada 02:54 pm
Di harap Datin Seri dapat memperjelaskan statement sebelum ianya menjadi isu besar... Bertudung biarlah mengikut syariatnya... jika sekadar menutup separuh rambut ia masih belum boleh dikatakan bertudung.... Lebih manis jika bertudung penuh seperti Yang Mulia Raja Permaisuri Agong...Masih tetap cantik...dan glamour..serta mewah!
January 07th, 2008 pada 02:55 pm
xcerdik lgsg ct ni...suh org kaper design mestila dia sugest style yg xbrlndskn hukum islam...dia ape tau...dia pn xbrslh dlm hal ni..khalid pun ikut jer...
January 07th, 2008 pada 02:58 pm
Bukan ingin mengumpat... tetapi sekadar menegur sesama muslimah... terasa takut jika "fesyen" ini menjadi ikutan ramai... Yang mendapat dosa ialah org memperkenalkan.. yang seronok ialah org-org kafir yang berjaya memesongkan akidah umat islam... Bayangkan berapa banyak dosa yang akan ditanggung dah kita yang tahu tidak pula cuba untuk menegur..
January 07th, 2008 pada 02:58 pm
xpela kta tgu jer bla dia nk betdung litup masa akn dtg...dia pn dh jnji...dia lak datuk n datin seri..so kena la stylo...tudung pun mesti direka oleh designer...ape brg beli tudung kt jln tar
January 07th, 2008 pada 02:58 pm
betul tu lenses.harap harap siti dapat minta nasihat dari rozie baju apa yg sesuai dipakai masa juara lagu 2007 nanti.jangan kecewakan peminat.kita bukan umpat atau mengaibkan siti,kita tegur dan bagi nasihat je.
January 07th, 2008 pada 03:01 pm
Lenses, kalau yg niat nak menegur tu baguslah..tapi tegur dengan cara yg baik..bukan mengaibkan..itu saje.
January 07th, 2008 pada 03:04 pm
aku rasakan butterfly 77 tu mungkin adik beradik siti atau kuncu2 siti atau datuk k. hati2 sikit.
January 07th, 2008 pada 03:11 pm
harap perbaikki lagi imej bertudung siti .bkn apa cian kat Datuk K dok tanggung dosa Siti.sehelai rambut nampak 40thn masuk neraka.kalau dah lebih dari sehelai fikir2 la ye ...siti pun tanggung dosa gak sbb peminat akan ikut fesyen datin siti ....so pikiaq byk2 ya datin siti...
January 07th, 2008 pada 03:11 pm
loli.. biarlah dia.. janji kita tak mengaibkan org lain.. kita sekadar menegur dgn cara elok.. tidak memaki hamun mahupun memutarbelitkan fakta.. jauh sekali untuk menjatuhkan siti.. biarlah siti sendiri yang menilainya..
January 07th, 2008 pada 03:24 pm
mcm tdung kisah kaisara jek..... hikhikhik,, dulu hetty koes endang pun tak terus litup kan... sesikit la..
January 07th, 2008 pada 03:29 pm
a'ahlah ct pakai tudung npk tebam n berumur kit br nk masuk 29 kan, ct.........nanti nk sambut harijadi jgn cium datuk k depan kamera n wartawan lagi tau..........walaupun kita dh bersuami hihihi.......nk cium kat rumah br umppppphhhhhhhhhhhh........lenses n loli btol...u all punyer komen x kasar pun, n masih lum terpesong mybe butterfly peminat fanatik ct kot.
January 07th, 2008 pada 03:34 pm
thanks putriwan, good luck to D.S.Siti & D.S K
January 07th, 2008 pada 03:36 pm
nak ikutkan sebenaqnya x okay cara CT bertudung, itu namanya BERSELENDANG...Tapi mungkin itu permulaan , harap-harap lopeh ni biarlah betu;-betul bertudung sepertimana yang diajarkan oleh islam...Dan yang paling penting ikhlas dan istiqamah...
January 07th, 2008 pada 03:50 pm
sebenarnya tak faham adakah siti ni bertudung sebab dah sampai waktu atau sekadar menunaikan janji tapi tak mengikut lunas-lunas yang betul.saya rasa siti pernah belajar agama dan tahu apa yang dia buat.pernahkah dia bertanya kepada individu2 yang sebetulnya tentang imej yang dia nak terbitkan ini?sebagai 'public figure' dia nak tanggung kesalahan orang lain yang mengikut imej yang dia bawa ke?fikirkan dahulu sebelum buat.
January 07th, 2008 pada 03:54 pm
norain.. fyi.. hajah sheila rusly belum pulang dari menyerjakan ibadah haji.yang di lihat dalam segment apa-ape aje tu hanyalah recording sebelum beliau menunaikan ibadah... check lah you facts first before commenting about people...
January 07th, 2008 pada 03:54 pm
btol orkid, cukuplah dosa - dosa yg die penah wat dulu nikah di masjid tapi ramai yg dtg x menutup aurat, tu dah kira berdosa besar nk wat yg baik tapi dosa yg dapat, ct u tu ikon malaysia buatlah btol2x kesian tgk ct, selain minta pendapat rozi mak ct mesti suruh tutup rambut btol2x mcm mak siti pakai.......kasih sorg ibu x sama dgn kasih seorang suami percayalah!!!!!!!!!!!
January 07th, 2008 pada 03:58 pm
wei...pakai la tudung tol2...dosa tu...khalid jiwa tak larat nak tanggung dah...tengok la nati botak le pale..hehehehhe
January 07th, 2008 pada 04:09 pm
aduh....hajah ct... x serius la ko buat keje...kalau nk pakai tudung elok2 la...main2 plak dia...hajah mabrur la ni...
January 07th, 2008 pada 04:16 pm
wawawawawaw.....kmu ni...x hbs2 mengata ct,dia x pakai tudung kmu susah..skg dia pakai tudung bertmbh susah plak kmu,kmu nak ct wat cm mn, nak ikut telunjuk kmu ke?biarkan dialah dia nak wat cm mn pon,apalah kmu ni...itu kesenangan bg dia itu kesusahan bg kmu plak..
January 07th, 2008 pada 04:18 pm
ala..datuk k pun tak suka siti tutup2 sangat, tak masuk angin.orang korporat tak suka isteri mereka terlalu muslimah agaknya.
January 07th, 2008 pada 04:21 pm
kmu ingt senangke klu org nak berubah,cm ct ni dulu x pakai tudung,skg pakai tudung dah kira bgslah tu....sekurg2nya dia dah berubah,kita ptt bersyukur ct dah berubah w'pon x sepenuhnya.
January 07th, 2008 pada 04:26 pm
siot jer ko putriwan..kebetulan jer kot cam ALLAHYARHAMAH BENAZIR tue.kekadang aku raser ct nie cam nak jadi trend setter lak.kalo fesyen cantik ngan sesuwei tak per gak.nie cam ader yang tak kene jer bile wat sesuatu yang new.
January 07th, 2008 pada 04:30 pm
Tahniah buat datuk CT, buat permulaan elok bersesuaian dengan isteri solehah. Kalau nak pi dinner pon orang bertudung boleh berfesyen ape, pelbagai gaya boleh digayakan sebab si pemakainya sedia cantik dan anggun. Semoga artis lain ikutlah cara Datuk CT
January 07th, 2008 pada 04:32 pm
berubah atau tak berubah bukan pokoknye. Pokoknye ialah menutup aurat WAJIB. Apa yang dikatakan aurat...rasanye sumer org faham. Jadi jgnlah kita mengikut cara Yahudi dan Nasrani menutup aurat. Tidak menuduh sesape...tepuk dada tanye iman. Macam mane tak elok pun seseorang tapi bila dia telah menutup aurat dgn sempurna dah terlepas dosa tentang aurat. Makanye hal menutup aurat ini tak perlu dikomersialkan sehingga smpai satu ketika nnti kita dikatakan menyesatkan fahaman Islam sebenar. Kita peragakan sesuatu tapi meminta pendapat dari yang bukan. Entahlaaaa...wallahualam
January 07th, 2008 pada 04:34 pm
Mmg macam nampak berumo ckit la Mak Ti tu...tp anak Datok K mmg ensem la..
January 07th, 2008 pada 04:35 pm
MasyaAllah, org KAFIR yg design kan stail tudung pun korang puji. Hati2 lah tak kan nak share saham akhirat macam ni...Fikirlah. Dua pusaka Nabi S.A.W yang ditinggalkan Al-Quran dan Sunnah, tak kan sesat selagi mengikut kedua2nya. Aper2 pun...NO KOMEN...BIARKANLAH RAHSIA...TUHAN JER YG TAHU APER DALAM HATI SETIAP HAMBANYA. WAALLAHHUALAM.
January 07th, 2008 pada 04:37 pm
ini ke dikatakan bertudung??? masih menampakkan anak rambut dan leher...?? fikirkan la...klu masih x mampu nk memakai tudung, baik x perlu bertudung mcm nie....atau DK x izinkan tutup penuh kepala 2????????
January 07th, 2008 pada 04:39 pm
aku tak puji sesiapa samada siti ke, bernard ke atau pun datuk k. yang aku puji ialah cara bertudung cara islam yang sebenarnya dan sesiapa yang pakai tudung completely.
January 07th, 2008 pada 04:41 pm
dulu aya tdk meminati datuk sri ct ttp sejak menjak nie saya begitu meminati beliau. tapi bagi saya datuk sri ct lebih mengetahui ttg hukum hakam agama. terpulang kpd beliau. datuk sri tetap cantik bila mengenakan tudung 100% yg menutup aurat.
January 07th, 2008 pada 04:51 pm
physically speaking, muka siti dah sikit berubah sebab make up tebal dan usia bertambah, anyway maintain your kampung personaliti,supaya peminat tak lari ok.
January 07th, 2008 pada 05:01 pm
Betul le apa yang dikatakan lenses and loli tu. Aku sokong sangat2. Semuga DK Siti faham2 je ye...
January 07th, 2008 pada 05:03 pm
kenalah kelihatan mcm matang sket...almaklumlah..pasangan umur bape kan.... nampak anggun sket.. nak tunjuk remaja sgt..mcm x kena plak.. almaklumlah... DK dok pakai kot, tuxedo memanjang....style pun kenalah ngan status datin2 ni kan.... hua hua hua... pepepun.. ganbatte!!!!!
January 07th, 2008 pada 05:11 pm
Kak Ct, rasanyer lebih elok kalau Kak Ct memakai tudung yg berlitup penuh.. lagi manis.. Jangan risau, peminat Ct especially saya tentu lebih suka kalau kak Ct bertudung litup.. Kat Ct pun faham kan apa sebabnyer.. So, perlahan2 ok.. Love You!!
January 07th, 2008 pada 05:14 pm
kalau nak permulaan...pakai jaa litup terus...tgk macam wife MB Selangor, boleh je pakai litup?beliau pun datin gak,kan...tapi memang pun...sheila rusly tak janji ape-ape pun...tah hape-hape,kan...senang je nak wat isu...ISU TUDUNG...yea?Datin Hajah Siti...jadikan la pe benda yg depa-depa dok cakap semua ni sebagai semangat yang membina...memang hak dia nak pakai style mana pun...tapi tak payah la nak jadi isu...ciputnye hal...jadi panjang lebaq yea...cemuih laaa...
January 07th, 2008 pada 05:16 pm
buat tamannaw, bukan susah dia pakai tudung, bukan kisah dia tak pakai tudung... biarlah itu dia dgn yang esa, tapi bila bercakap pasal "Bertudung" cara yang dia pakai kita dah nampak sah sah... tidak kena dengan syariat yang betul bertudung... sedangkan di dalam media mewar war kan yg beliau bertudung.. maka kita sebagai teman muslimah cuma ingin menegur agar tiada yang ingat begitulah cara yang sebenar bertudung. Cara ini juga membetulkan tanggapan org yg tidak mengenal islam (kafir). Jangan kita mempermainkan akidah. Jika cara yang dipakai itu hanyalah berselendang dan masih belum dikatakan menutup aurat. Jika benar, dia tidak sepatutnya menghebahkan yang dia bertudung, sebaliknya berselendang. Ini bukan cara yang betul untuk menutup aurat. Takkan kita nak mengIAkan jugak cara yang salah ini? Bukan saja untuk beliau bahkan untuk semua. Supaya semua org tahu (islam dan bukan islam)bagaimana menutup aurat yang betul.
January 07th, 2008 pada 05:17 pm
APA KES KORANG NI??? MENGUMPAT BERDOSA LER!! YG BAGI KOMEN BERIYA2 NI, KORANG PAKAI KE TUDUNG? MAK KORANG? KAKAK KORANG? ADIK POMPUAN KORANG? MAKCIK KORANG? JIRAN KORANG? BINI TOK KETUA KORANG? DAN TAH SAPA2 LAGI YG KORANG KENAL..KALAU DEPA BELUM PAKAI LAGI, APAKATA KORANG PEGI DAKWAH KAT DEPA DULU..CUBA2 LER BAWAK BERTOBAT SKET..:-) -peace-
January 07th, 2008 pada 05:37 pm
Ct mmg nampak cantik klu pakai tudung, Tapi lagi cantik kalau dia pakai tudung saji..Datuk K mesti suka...Ingat2 tuhan la ckit..
January 07th, 2008 pada 05:54 pm
kenyataan ct tdkan kat atas dia cakap "inilah imej ct" dan harap peminat menyukainya..so ini adalah imej terbaru bkn mengikut perintah Allah s.wt...dan dia pakai bkn krn untuk tuhan suka.. so fikir2kan..
January 07th, 2008 pada 06:01 pm
emmm..memang tak kena la gaya tudung tu,,,,kalo betul nak bertudung buatla betul2,,,fesyen ni cm nak mkn kenduri ja,,,kenapala susah sgt nak pakai tudung elok2,,,kalau pakai betul2 pun ada fesyen gak yg boleh namapak lawa,contoh waheeda n wardina,,bukan nagn cara berselendang ni,,,heran betul artis la ni pi haji,,bgtau,,balik hji bgatau ,,,satu dunia tau nak bertudung,,sebelum ni nyanyi nasyid tudung elok ja pakai,,kenapa balik haji takleh pakai elok2,,ish tak faham la,,,,mcm takde kesedaran je sumer artis yg pi haji ni,,cm pegi main2 je,,,artis wilma dulu,,diam2 bertudung,,tak hingaq pun....ni ckap tak serupa bikin ja sumer..bosan la ngan artis la ni...
January 07th, 2008 pada 06:25 pm
TU DIA TAMANNAW!! KUTUK MAWI X INGAT DONIA..TAPI KALU IDOLANYA D KRITIK, PERTAHANKAN SAMAPAI X INGAT DOSE...HAHAHA...SAPE YG KUAT MEMUJA NI.....
January 07th, 2008 pada 06:29 pm
harap2 siti dapat hidayah baru hasil dari doanya utk bertudung litup.lepas tu jgn bukak2 tudung lagi macam janda aziz m osman,vee tu,memalukan kaum je.
January 07th, 2008 pada 06:37 pm
Bertudung bagi setiap wanita mukmin bukanlah fesyen hasil dari rekaan atau pemikiran manusia. Ianya perintah dari Al-khalik. Cuba baca ayat Al Quran yang berkaitan dengan perintah ini. Fahamkan betul2. Jangan cuba sesuaikan firman dengan keinginan kita. Jangan cuba menjadi 'ikon' untuk memalingkan manusia dari kefahaman yang benar. Ingatlah wahai saudara ku seagama, azab Allah itu amat pedih...
January 07th, 2008 pada 06:39 pm
siti pun dok kat mekah sekejap sangat, 2 minggu, tu yang payah dapat hidayah 100% tu. kena pergi lama sikit, 40 hari macam orang biasa tulah.
January 07th, 2008 pada 07:09 pm
pandai la korang bg sttment yg bukan2..buta2 je dpt dosa kering, bg aku itu satu prmulaan yg baik utk ct, tiru mcm norkumalasari dia slow2 bertdung mula dgn pakai topi lps 2 trus brtdg litup...jgn jd mcm artis lain balik haji tutp satu bdn(shock) tak smpi sthn kepala je ttp.. utk ct kalu nk brubah jgn trlalu drastik, slow2 janji nawaitu kena btul
January 07th, 2008 pada 07:30 pm
oklah..walaupun tak tutup sepenuhnya seperti dlm agama islam tapi ini satu permulaan. yg kutuk tue minta kutuk secara berhemah kerana awak tue org melayu gak..dlm islam kalo nak kritik kene ilmiah sikit.
January 07th, 2008 pada 08:23 pm
jawaban yg paling senang bg saya ialah tok ti pakai kerana dia tunaikan janjinya yg terlepas kata tapi bkn kerana ikhlas. janji hendak pakai selepas balik haji dan inilah hasilnya. jika ikhlas memakai bkn begini yg di suruh oleh tuhan. tuhan beri rezeki/akal dan segalanya pd mahluknya tetapi adakah mahluknya mengikut dan melakukan apa yg tuhan suruh? suami memainkan peranan ini tetapi adakah seuaminya menegur cara pakaian isteri??? jika mengupah pd yg kafir maka tok ti juga berdosa kerana si kafir yg melakarkan tudungnya tanpa mengikut lunas islam. adakah bernard tau tentang aurat???
January 07th, 2008 pada 08:42 pm
betul tu jujur. mungkin salah datuk k sebab dulu pun dia tak dapat bimbing tg.zawiah utk tutup aurat.padanya, ikut suka hati siti je nak pakai ke tidak. pasal si bernard tu pulak,yang dia tahu duit masuk poket, lagi dia suka. tentang aurat dia buta hati.
January 07th, 2008 pada 09:04 pm
dazrollll....dazrollll....ko pon ada kat sni jg...ko mnt ct ke ni??atau pon ko sengaja kejar aku ni,nak kerjekan aku yer..dazroll2..ko da baca btl2 ke mesej aku ni,aku blh terima kritikan dorg tntng ct ni,tp ko blh terima ke kritikan kmi tntng idola ko tu...aku x cm ko lah lbh2 pertahankan idola ko tu,mnt tu biar berpda2 yerr....ingat tu dazroll....hehehe...hahaha...huhuhu...
January 07th, 2008 pada 09:08 pm
dazrolllllllllllllllllllllllll.......dazrolllllllllllll...............ko ni kelakarlah....aku suka......wuahahahaha.......
January 07th, 2008 pada 09:12 pm
Supe tak yah pakai..walaupun niat baik, nak berubah seslow tapi kalau camtulah gayanya...baik tak yah..kain tudung jarang plak tu..nampak perhiasan gak kat tinga tu..agaknye nilah pesen Datin Seri..nak pakai tudung tapi pasal still nak nampak stailo..last-last..muda-muda dah nampak tua..elok lagi dia pakai tudung litup masa kat Jedah. Kemas & nampak muda. Papahal aku respek Wardina, dulu masa memuda posing siap pakai suar pendek tapi bila berubah...terus cover dan tak bukak2..alhamdulillah..ni boleh plak tutup sesket. Ct..ct..duit dah banyak takkan tudung bawal gred 1 pun tak leh beli..Tudung bawal Bernard Chandran tak design ke..
January 07th, 2008 pada 09:20 pm
Assalamualaikum wrh wbt dan salam sejahtera buat peminat DCT & yg bukan peminat semuanya. Semoga tahun 2008 menjanjikan yang terbaik buat kita semua. DCT dah bertudung, Alhamdulillah biarpun tidak sepenuhnya sepertimana yang dituntut Syariat. Sekurang-kurangnya ada perubahan yang positif yang cuba ditampilkan oleh DCT sekembali dari menunaikan haji. Berbalik kepada isu bertudung yang tidak menepati Syariat, bagi saya kita berilah peluang kepada DCT untuk menentukannya. InsyaALLAH DCT akan tampil dengan imej bertudung yang sebenarnya pada masa hadapan. Saya yakin, DCT akan melakukannya bukan sahaja untuk kebaikan dirinya, suaminya, keluarganya, peminatnya, tetapi juga kerana agamanya. Kita berilah peluang kepada DCT untuk menentukannya. Janganlah kita memaksa DCT untuk melakukannya. kalau kita mengimbas kembali bagaimana Rasulullah menyebarkan Islam, pasti kita dapat menerima hakikat konsep paksaan itu bukanlah cara terbaik untuk mengubah seseorang. Maka dengan itu Rasulullah tidak pernah memaksa orang kafir untuk memeluk Islam, bagi baginda biarlah mereka melakukannya kerana Islam itu dan kerana Allah s.w.t. Jadi, disini cuba kita ambil ikhtibar daripada perjuangan Rasulullah s.a.w sehingga menjadikan Islam agama yang begitu mulia. Malah kalau kita perhatikan pada tingkahlaku Rasulullah s.a.w, baginda tidak pernah berkasar apatah menuturkan kata-kata yang kasar yang boleh MENGGURISKAN PERASAAN ORANG LAIN. Hatta pada mereka yang pernah menzalimi Rasulullah s.aw. Baginda begitu berhemah dalam menuturkan kata-kata, walaupun untuk menegur sesuatu yang tidak elok. Dalam hal ini, mengapa tidak kita luaskan skop kecintaan dan kefahaman Islam kita tidak hanya kepada isu bertudung sahaja, tetapi juga pada cara kita memberi teguran. Janganlah pula kerana kita berniat baik untuk menyedarkan kealpaan DCT, tetapi pada masa yang sama kita juga melakukan dosa. Ambillah ikhtibar pada semua yang ada dalam Islam, jangan kita terlalu "memilih"nya demi kepentingan kita sendiri. Buat DCT, alhamdulillah di atas penampilan baru. Dengan imej bertudung, sudah pasti DCT perlu bijak memadan suaikannya dengan busana yang dipakai. Biarpun cara bertudung tidak menepati prinsip Syariah tetapi pakaian yang dikenakan DCT nampak sopan. Kenapakah kita tidak melihat dari sudut kebaikan ini? Bagi peminat DCT semua, kita bersabarlah. Beri peluang pada DCT untuk melakukan perubahan. Bagi bukan peminat DCT terima kasih di atas pandangan yang diberikan. Tetapi pinta saya biarlah berhemah dan mgunakan bahasa yg sopan. wallahualam
January 07th, 2008 pada 09:23 pm
BETOL tu...luv5171........
January 07th, 2008 pada 09:44 pm
assalamualaikum kpd peminat dan bukan pemnt DCT.. eh2..lawanyer tdg DCT..mesti mahal siot.. siap dtk bernard design lg..cayalah!!!tp sayang macam tak cukup benang jer..jarang sampai nampok tahi telinga DCT yang kuar tu..korang tak dok napok ko??ish3!!!apo nk jd DCT ni.. sio2 je g mekoh.. sio2 je uit banyak!! cepat2 la DCT bertaubat..dunia makin tuo.. umo pn makin tuo.. takkan jahil nor pasal islam ni.. sedangkan cina msk islam pn tau camner pki tdg yang btl..hang tak tau ko?ish3... masih ad ruang tuk bertaubat DCT.. kalu stakat pakai tdg nk glamor tak dok maknonyer!! wassalam..
January 07th, 2008 pada 09:57 pm
pakai tudung caamtu baik tak payah same je mcam x pakai tudung!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
January 07th, 2008 pada 09:58 pm
mana LILIN.aku nak baca komen kau.bg aku,fesyen tudung camni tak sesuai untuk seorang muslim.mcm mempermainkan agama plak.dia punya statement pn mcm main2."inilah imej siti...siti harap peminat menyukainye..".peminat2 suke ke...
January 07th, 2008 pada 10:44 pm
apa kejadahnya fesyen ini? Allah menyuruh umatNya memakai tudung sehingga menutupi dada.. tp x kan hanya menutup separuh kepala dan menampak kan jambul di depan..ish2..ini kan fesyen yg di tuntut oleh agama islam? pkr 2 kan la.. seperti tidak ikhlas dlm memakai nya..alahai siti.. begini jugak kah fesyen yang di kenakan ketika mengerjakan haji???tidak pulakkan..
January 07th, 2008 pada 10:48 pm
wei ct baik ko x payah pakai tudung lagi bagus....kalo cam2lah caranye...ko ni jgn nk memalukan agama islam blh x?jgn plak ko letak ajaran islam bwh tapak kaki ko plak? ko x pk ke ape pndgn org bukan islam tntgn ajaran islam????seriously aku ckp lbh baik ko x pyh pakai sekurng2nye prg bkn islam x akn pandang rendah pada ajaran islam
January 07th, 2008 pada 11:08 pm
urm..knpa Datuk Ct x tanya nak pendapat Bonda Ct cr2 penutup aurat...lbh baik dr sruh si bernard tue design..btul tak?
January 07th, 2008 pada 11:35 pm
menegur pun tiada salahnya tetapi hendaklah dgn cara yg baik. jika tidak di tegur maka pincang lah semua manusia di bumi ini. teguran merupakan perkara yg sgt baik utk perbaiki sikap atau diri yg masih tidak lengkap. bg saya cara tok ti mengenakan tudung tidak mengikut lunas islam. makin berdosa lah kita jika kita yg tau akan hukumnya tidak menegur manusia itu. dan bg empunya badan pula janganlah kerana hendak bertudung di anggap feshion. leher,rambut dan telinga tok ti masih nampak jelas kerana kainnya jarang dan terbuka. jgn samakan dgn nabi s.a.w semasa dia membawa manusia ke jln islam. itu lain..kita yg sudah tahu akan hukumnya dan terdiri umat islam kenalah menutup kerana WAJIB. harus wajib tidak blh di beri alasan 'ini baru permulaan'. manusia yg baru masuk islam juga tahu akan wajibnya bab bertudung. kenapa kita yg dr azali lagi mengetahui aurat itu haram di tonton tetapi masih mahu menunjuk kepada yg yg bkn muhrim?
January 08th, 2008 pada 12:17 am
jgn la kite jadi contoh untuk panerkan budaya yang tak elok..beginikah contoh selepas seseorang tunaikan haji? jangan kite tiru gaya pakai tudung sekadar letak je tp rambut tetap kelihatan..ape fesyen yang siti tiru dan dari ikutan mana yang siti ambik..
January 08th, 2008 pada 12:22 am
jgn la org kafir yang tentu kan gaya hidup kite wahai manusia yang baru pulang dari tanah suci..
January 08th, 2008 pada 02:28 am
ni lah kalau syariat di fesyenkan.matlamat tak meghalalkan cara.syariat tetap syariat.ni bukannya tutup aurat atau bertudung,ini berfesyen namanya.. apela siti..
January 08th, 2008 pada 08:12 am
baik xyah pakai..nmpak rmbut gak....
January 08th, 2008 pada 08:37 am
niat nk brtudung 2 ok..tp perlaksanaannya..kureng la..kalau nk brtudung 2 biarla tutup terus..ni tak..same jgk..
January 08th, 2008 pada 08:49 am
baju molek doh..tp tudung tu masih nampak rambut... dosa jugak sayang oiii... sehelai rambut didedahkan kepada yang bukan muhrim 80thn dlm neraka sayang oiii..tudung litup la sayang.. ummi minat hang.. dengar la cakap ummi nihhh
January 08th, 2008 pada 09:16 am
apa kejadahnye pakai tudung camtu..baik tak payah pakai..samer cm x pakai jer..satgi ramai la peminat fanatik dia ikut pakai tudung camtu..lg tmbh dosa..sape la yg nmpk cantik pakai camtu..lagi buruk ader la..susah tul ke nk tutup rambut tu..waheeda pakai tudung litup bleh gak nyanyi nari2..ish ish ish..apa le ko ni ct..pakai tudung bkn nk tutup aurat..nk jadik imej je..xtau la apa aku nk cakap lagi..harap ct dapat pakai tudung yg betul2 tutup aurat....
January 08th, 2008 pada 09:19 am
awat la suruh bernard yg wat..xder ke designer islam yg betui2 tau pasai tudung yg menutup aurat..mase skolah dulu kan pakai tudung elok je..pemikiran dah tettutup hang ni ct oiii...tanggungla datuk K dosa bini hang...
January 08th, 2008 pada 09:28 am
Alahai Siti,kalau setakat amik kain sebesar saputangan tak atas kepala, mmmmph .............x jadi apa...awat hang x dapat hidayah lagi haa.......? baik buka terus.rambut 2 kan aurat. pakai tudung ni, bukan ikut fesyen.Renung2 kn dan selamat beramal.
January 08th, 2008 pada 09:31 am
nek ti............pakai mcm ni kot2x stail nek datin ke????????nanti kita meninggal dunia pak imam tu xkan baca WAHAI DATIN SERI SITI NURHALIZA.....serius die xkan ckp mcm tu die hanya ckp WAHAI SITI NURHALIZA..........n pikir2xlh,jgn pegang ISLAM pada baka peganglah ISLAM kerana ALLAH s.w.t...........
January 08th, 2008 pada 09:33 am
emm,,,cik ct,,harap2 ko baca la ruangan ni,,,rasa tak sempurna je fesyen tudung ko ni,,,memang la ko glamor,,,tapi jgn banggakan sgt fesyen tudung ko yg ala2 selendang ni,,,apa slhnya ko pakai tudung dgn cara yg betul,,,,sikit je lagi nak tutup,,,harap2 ko dpt hidayah ,,,,,jgn kerana fesyen tudung ni ko kena kutuk mcm2...byk fesyen tudung muslimah yg cantik2 sekarang ni,,kenapala ko pilih fesyen ni.....
January 08th, 2008 pada 09:34 am
assalammualikum......nak komen lah. Niat nak pakai tudung tu memang baik tapi kalau pakai tudung masih nampak rambut takde ertinya dan saya rasa itu bukan ciri2 seorang islam yang bertudung. Bertudung adalah menutup segala aurat yang di haramkan untuk di lihat oleh yang bukan muhrim kalau pakai tudung masih lagi nampak rambut dan aurat baik tak payah pakai tudung sekadar nak berfesyen jer. Ini memalukan islam sahaja dan saya rasa ct tentu tau adab memakai tudung yang sebenar dan bukan untuk menonjolkan fesyen semata-mata tapi dgn ikhlas untuk menutup aurat...tolonglah jangan memalukan islam dan memalukan diri sendiri. Kalau macam tulah cara memakai tudung baik tak payah lah...itu umpama tutup atas bawah nampak tutup bawah atas nampak. Maaflah kalau menyinggung tapi itulah realiti yang mesti di sedari bukan untuk di anggap sambil lewa sahaja. Jika betul niat itu suci nak bertudung, bertudung lah dengan cara yang betul dan di tuntut oleh islam...dah pijak tanah suci dgn niat macam tu jgn di sia-sia biarlah dgn betul caranya bukan begitu caranya saya pun naik menyampah melihat cara bertudung begitu seolah-olah mempermainkan tudung. Tutuplah aurat tu betul-betul.........jgn alang-alang nanti buat tambah dosa jer..........
January 08th, 2008 pada 09:45 am
Sambil sekalian umat dok cakap pasal CT, jangan la pulak lupa Mak-mak kita, adik-adik perempuan kita, anak-anak kita, dan isteri-isteri kita. Tuhan marah gak pada umat yg cakap org lain kalahkan ulamak tapi dia lagi macam ular dalam semak. Sama-sama la ingat satu hari nanti kalau kita ada anak perempuan.
January 08th, 2008 pada 09:46 am
Semoga niat ct untuk bertudung diberikan petunjuk dan hidayah untuk memperbaiki diri kejalan yang diredhai Allah.
January 08th, 2008 pada 09:52 am
help...help...tolong...tolong...tulun...tulun....bnyk sngt virus dlm blog ni,virus kejam menyebar penyakit.....nasib baik aku dah sedia anti virus dlm blog ni klu x aku kena penyakit cm dorg ni.....tuk pemnt2 ct kmu kena sediakan anti virus jg,nnti kena penyakit kang,sape susah.....kita taulah cara ct tu pakai tudung salah,tp kmu x fikir ke kmu pun slh jg,salah cara kmu menegur tu,x blh ke tegur cara baik2???nak tegur cara cm tu bru kmu senang hti,cm tu cara terbaik????
January 08th, 2008 pada 10:16 am
Erm..kalau nak glamour..rasanya dah cukup glamour. Kalau nak nama, nak gelaran nak pangkat..rasanya semua dah dirasai. Tp yang peliknya walaupun balik dri Tanah Suci, masih lagi sebegini. Memang niat suci itu baik, tp cara yang tonjolkan sedikit sebanyak memalukan agama Islam itu sendiri. seolah mempermain-mainkan apa yang dituntut di dalam Islam. Kenapa semasa bersekolah boleh 'bermini telekung' Adakah sebab takut dengan denda sekolah?. Tapi bagaimana pulak dengan denda dan hukumuan Yang Esa yang lagi dasyat itu. Nauzubillah himinzalikh. Moga siti akan dapat pengiktibaran dan jadikan contoh bertudung sebaik yg ditonjokan. Lihatlah contoh2 wardina/waheeda walapun takder gelaran 'Dato' Datin Sri, tapi rezeki sentiasa mencurah2. So siiti, kalau nak cari designer pun, biarlah disigner yg betempat dan menetapi konsept bertudung cr islam sebenarnya.....Tp bukankan tanggungjwab suami untuk melarang atau sebaliknya??...Moga terbuka pintu hati kedua2 org ini..
January 08th, 2008 pada 10:25 am
Nak pakai tudung biar ler betul2 jgn mcm tuh....
January 08th, 2008 pada 10:55 am
Buat lawak! Designer dah la bukan Islam. Mana dia nak tau konsep pakai tudung tu macamana. Tudung yang macam ni jangan tak pakai je. Sebab kalo langsung tak pakai pun kena kutuk kan? kalo pakai tutup suma nampak pipi tu tembam kan? alah! apa yang dia nak susah hati... dah kawin dah. Satu m'sia dah tau dia ni konon vass bila nampak rambut.
January 08th, 2008 pada 10:55 am
WAHAI CT, MENGAPA DAN KENAPA PILIH BERNARD LAKARKAN TUDUNG? BERNARD BKN TAU APA-APA PASAL AURAT WANITA MUSLIMAH.RAMAI LG PEREKA HEBAT YG BERAGAMA ISLAM KAN..BUANGKAN LA CITARASA NAK MEWAH MANJANG..SAMPAIKAN NAK TUTP AURAT PUN NAK TANYA ORG KAFIR. CARA CT PAKAI TUDUNG TAK MENEPATI SYARIAT LANGSUNG. KALAU CT TAK NAK BERKONGSI DOSA DGN PEMINAT2 YG MGKN BODOH TIRU CT, BETULKAN LA CARA PAKAI TUDUNG TUH. KALAU BLK HAJI TAPI PENAMPILAN MASIH MCM SBLM NAIK HAJI, FAHAM2 AJELAH... BKN HAJI MABRUR TU ( WPUN INI KERJA ALLAH UTK MENILAI)...KITA MENILAI DARI LUARAN.. CT MASIH BUKA AURAT JADI, CT TETAP BERDOSA..TUTUP AURAT WAJIB,JGN NANTI DLM KUBUR KENA TARIK RAMBUT TU SAMPAI BERGEGAR KEPALA OTAK DISEBABKAN BETAPA HEBAT SIKSAANNYA.CEPAT2 LA SEDAR OK...
January 08th, 2008 pada 10:59 am
apau...ko jgn plak nk menegak benang yg basah eh.......separuh dr dorg nasihatkan ct xlah teruk masih dlm garisan ISLAM n separuh tu memanglh merapu2x tapi sape yg kasik punca kalau bukan datin seri nek iti tu k.......ko jgn nk tergolong dlm kumpulan fanatik nek ti tu yg sanggup membontot agama ISLAM....demi nek ti......tau x hukumnya dosa yg amat besar....
January 08th, 2008 pada 11:03 am
siti...datuk k DIA yg bg..suare best DIA yg bg..duit beribu2 DIA yg bg..rumah bsr DIA yg bg...title datin pn DIA yg bg...pkai tdung ngn ikhlas pn xleh nk wat ker....may ALLAH bless u..amin
January 08th, 2008 pada 11:09 am
selam sejahtera... Hebat hebat comment yg diberi.. rasanya dah cukup untuk menyedari hamba ALLAH yang di perkatakan sejak2 akhir ini.. emmm hello ct ambik la iktibar dari comment yang di berikan..so pls don't make other people assume u as a certain people...kalau ct tak nak org lain berdosa hanyak kerana tudung ct tak betul.. pls ubah dan pakai tudung sebetul nya. btw saya lebih suka kalau ct pakai tudung macam kumpulan nasyid.. p/s;ubah diri kita agar org lain tidak membuat dosa hanya kerana u pakai tudung alang-alang.. masih ada masa untuk mengubah nya.kerana dirimu org lain menerima akibat ..
January 08th, 2008 pada 11:17 am
mmm pakai tudung sekadar kota janji tapi ingat perbuatan x menghalalkan cara. pakai tudung tapi nampak rambut jugak tidak ke pelik?haiii xtaula kejar duniawi lebih daripada akhirat.
January 08th, 2008 pada 11:26 am
sgt2 kecewa....apa sal kau pakai tudung cam tu!kalu sekadar nak cover g haji lebih baik buka je,x de org lain ka nak wat tudung selain org kafir kalu org melayu x tlg org melayu sapa lg?jgn ingat sopan santun tu dah org rasa dah baik sekarang ni pun org dah kenal sapa siti?rasa cam bazir je g mekah kalu sekadar nak bagi org kata dah bagus sbb gelaran datuk,datin dan hajjah pulak la ni konon nak lengkap jd bagus la.....malu kaum hawa je yg bertudung###@@@@@@@
January 08th, 2008 pada 11:32 am
btol tu lingkop........ct sebenarnya plastik mybe die plastik nk membahagiakan peminat fanatiknya,walaupn diri sendiri di seksa. lagipun die selalu ckp 'die berasa sungguh gembira sebab peminat sentiasa menyokong die n dpt terima die yg seadanya'.......E.....xkotnya sapelah yg tergolong org tu ek, saya rasa sedih dengan nek ti sebab nek ti dr golongan hawa...
January 08th, 2008 pada 11:38 am
alhamdulillah...tahniah CT ..cantik lah..cute lagi..
January 08th, 2008 pada 11:44 am
style pkai tudung camni selalunye mak datin yg gune. yela...siti kn da jd datin skunk,so..
January 08th, 2008 pada 11:46 am
sbb CT tu ade 'nama', jd ape pun org akan ikut & kata ok...ikut ler mana yg sesuai ..tp hukum tetap hukum...
January 08th, 2008 pada 11:47 am
apo kono la makcik ni...aku punyo la suko kat dio ni ha...balik2 dio pakai pesen benazhir...wahai DCT, diva1910 menunggu penampilan btudung litup, dalam erti kata menutup kesemua rerambut yg ada serta leher gebumu itu...kita tunggu 1 Muharam ni kot2 DCT nk berhijrah setapak lg dgn memakai tudung yg betoll...
January 08th, 2008 pada 11:50 am
BTOL TU diarnaz die nek datin.......tapi nek datin sbg org ISLAM kn, so die tahu hukum ISLAM kn, Datin hanya setakat duniawi di kubur xde datin2x tau......die tetap same level dgn kita, die kat sana xde yg special k.........Disana hanya de 2 tpt yg menunggu kita sbg org ISLAM iaitu SYURGA N NERAKA........tapi xtaulah kalau ct masih nk bwk gelaran Datin dlm kubur nk bawak tilam n pasang nisan disaluti emas tu xtaulah, tapi kita doakan semoga ct dapat HIDAYAH DARI YG MAHA AGUNG.............
January 08th, 2008 pada 11:51 am
BTOL TI DIVA hampir lupa plak putriwan semoga awal muharam ni die berubah sepenuhnya AMIN3X........peminat fanatik ct kami bukan nk suruh ct kot telunjuk kami tapi sekadar ingin menyelamat ct jauh terpesong dari landasan AGAMA.......INSYAALAH......
January 08th, 2008 pada 12:00 pm
yup putriwan, mudah mudahan DCT terbuka mata & minda...bukan apa dlm kite dok mengingatkan DCT ni, secara x langsung ia juga menjadi ingatan kpd diri kite sendiri...kite mlakukannya dgn nawaitu yg ikhlas...bukan kite nk hentam DCT sesuke hati jiwe raga je...
January 08th, 2008 pada 12:03 pm
BTOL TU DIVA............kesian gak kpd para peminat die ..........
January 08th, 2008 pada 12:10 pm
terlanjur nampak gambo chef wan dgn kaun kerabat DCT tu, tertanya2 gak bila plak dia nk dpt title Dato' mcm DCT ni...ye la, kejayaan dia mcm kurang dberi pendedahan plak...
January 08th, 2008 pada 12:19 pm
apelah... pakai tudung mcm x ikhlas je ni.. ni pakai coz takot org ckp mak aji tak tutup aurat,. sekadar nak tutup mulot org... kalau pakai tudung mcm ni baik x payah pakai ni mcm menghina jeee....
January 08th, 2008 pada 12:20 pm
harap2 dapat kesedaran la datuk ct weh.. takde guna la pakai tudung camtu.. tutup sumer rambut tu.. klu nak lain dari lain.. biarlah yang membawa kebaikan dunia akhirat.. hukum tak kenal pangkat sayang..
January 08th, 2008 pada 12:22 pm
tunggu jelah sultan pahang atau sultan selangor nak bagi chef wan title datuk.rajin tu rajin tapi mulut tu tak boleh diam.kita tunggu serina beranak nanti,barulah chef wan dapat gelaran datuk ok.
January 08th, 2008 pada 12:29 pm