Suara Hati Amy Search
2007-09-20 10:56:53

Kisah kurangnya lagu-lagu tempatan dimainkan di corong radio di MALAYSIA seolah-olah bagai api dalam sekam. Membara dan membakar tetapi tiada siapa yang cuba memadamkannnya. Penyanyi tempatan pula ramai yang seolah-olah takut untuk bersuara meluahkan rasa tidak puas hati. Tapi berlainan bagi rockers terkenal negara; Amy Search.
Inilah luahan hati Amy Search yang dipetik daripada ruangan Mega, Utusan Malaysia.
“Saya tak faham sikap penyampai radio terutama stesen radio swasta hari ini. Dia orang ni macam berlumba-lumba mempopularkan lagu asing.” Begitu komen Amy Search menyuarakan rasa tidak puas hatinya terhadap layanan stesen-stesen radio swasta kepada lagu-lagu tempatan.
Ini bukan cerita baru. Tapi sudah sekian lama diperkatakan oleh ramai penyanyi-penyanyi kita yang lain. Malah pegawai-pegawai promosi syarikat rakaman tempatan juga lantang menyuarakan isu yang sama sejak lama dulu.
Namun mereka tidak mahu namanya disiarkan. “Takut lagu kena gam,” kata mereka.
Tapi Amy bersikap berani. Katanya, “Kena gam? Biarlah kalau stesen-stesen radio itu mahu gam. Saya tak kisah kerana sebagai rakyat negara ini, saya rasa bertanggungjawab untuk memperkatakan isu ini.”
Menurut Amy, ramai pemuzik dan band-band luar datang ke negara ini diberi layanan istimewa oleh pihak penganjur sedangkan artis tempatan yang datang ke negara mereka, begitu sukar mendapatkan permit persembahan di sana.
“Inilah yang terjadi kepada artis IKON negara yang tidak diberi permit untuk mengadakan persembahan di Indonesia, baru-baru ini. Sebagai pemuzik dan peminat muzik tempatan kita seharusnya memperjuangkan hak dan maruah muzik negara,”.
“Seharusnya penyiaran lagu-lagu luar itu dihadkan jumlahnya supaya tidak ada lagu-lagu artis tempatan dipinggirkan. Ramai artis kita yang berkecil hati dengan stesen radio tempatan kerana lagu mereka tidak disiarkan tetapi lagu-lagu dari seberang berulang kali diputarkan,” katanya.
Tambah Amy, sebagai warganegara sebuah negara berdaulat apatah lagi baru sahaja menyambut ulang tahun ke-50 kemerdekaan, seharusnya jati diri kita sudah semakin kuat dan pemikiran tidak lagi dijajah.
“Tapi kebanyakan deejay radio stesen swasta macam tak faham erti merdeka. Beriya-iya laung merdeka. Tapi lepas tu putar lagu seberang. Macamlah kita ni tak ada lagu sendiri."
“Penganjur konsert pula hanya memberi peluang kepada artis tempatan buat persembahan ketika musim perayaan sahaja. Macam mana artis tempatan nak naik jika peluang untuk mereka ‘tergugat’ di negara sendiri,” kata Amy bersemangat.
Semua itu, kata Amy hanya menambahkan lagi aliran wang ke luar negara.
“Setiap lagu yang dipersembahkan di negara ini, di bayar royalti oleh Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP). Tapi kalau dah semua lagu yang dimainkan tu lagu-lagu seberang, semakin banyaklah wang mengalir ke luar negara."
“Artis luar adalah kawan dan bukan untuk dimusuhi, tetapi dalam masa yang sama, kita sebagai rakyat negara ini harus menjaga kepentingan muzik dan artis tempatan terlebih dahulu,” ujar Amy.
Kongsi Bersama
September 20th, 2007 pada 12:21 pm
macam mana la artis malaysia nak cari makan....kalau dah asyik radio swasta keluarkan lagu indonesia aje......
September 20th, 2007 pada 02:00 pm
betul jgk ckp amy tu... skrg band2 indon sering kdngaran kat radio banding band msia.
September 20th, 2007 pada 04:48 pm
Saya bersetuju dengan apa yang saudara Amy katakan. Sebagai warga negara Malaysia yang cintakan Negara, DJ radio harus mengambil kira periuk nasi artis tempatan. Bukan kita hendak megharamkan lagu lagu artis luar diputarkan di corong radio, tetapi dihadkan. Kita tidak pernah ketandusan lagu - lagu yang sedap didengar. Saban hari banyak lagu - lagu yang dihasilkan oleh komposer tempatan yang harus dibanggakan. Mungkin DJ radio kita yang bercitarasa luar negara, jadi tidak hairanlah mereka - mereka ini memutarkan lagu - lagu dari luar.
September 20th, 2007 pada 05:16 pm
sokong 100% apa emy nie kata... kekadang rasa cam dok kat negara diorang je...dah lah kalau kuar town penuh ngan diorang je...
September 20th, 2007 pada 05:35 pm
radio kita dh mcm radio indon...50 tahun dh merdeka beb...!!
September 20th, 2007 pada 06:15 pm
Nak syorkan semuga Dejay Dejay dan penyampai penyampai berita kat stesen swasta tu juga harus di indonkan. Bior DJ dan penyampai lokal ni rasa macam mana susah nak carik makan sebab dah kena compete ngan DJ DJ dan penyampai penyampai berita indon. Yang paling aku tak paham skali ialah..iklan HotLink pun telan di indonkan? Kenapa tak d indonkan skali team bola ke, team boling ke, menteri ke etc etc etc. Kesian orang Melayu ye...
September 20th, 2007 pada 06:35 pm
Alah pesal bising bising kalau lagu indon..tu lagu mat salleh senyap pulak..kalau lagu tu sedap didengar ada permintaan..nak dengki tu kenapa? Nak dengar lagu amy..semua lagu lama..buatlah lagu kalahkan lagu indon baru nak salah kan sesiapa..lagu indon pun ikut musim..lagu kita sepanjang hayat..esok lusa jemu dengan indon kita layan lagu orang kita..keroncong lagi..hey tu pun lagu indon..indon sensitive call saja Indonesia
September 20th, 2007 pada 07:52 pm
setiap hari masa memandu ketempat kerja, lalu lintas dirasakan begitu sibuk...maklumlah kotaraya Jakarta.. nasib baik ada radio E%#. Hilang juga rasa bosan.. Eh, bila sampai ofis, keluar aje kereta...rupa-rupanya aku masih di Malaysia... apa yang silap nie?
September 20th, 2007 pada 09:13 pm
jangan nak salahkan sesape... salahkan lagu yang tak sedap... radio cuma putarkan lagu yang sedap didengar... kalau putarkan lagu tak sedap sapa nak dengar radio tu nanti..
September 21st, 2007 pada 05:08 am
gua rasa lagu2 artis msia lagi sedap didgr berbanding lagu2 indon. contohnya mcm lagi irwan shah dgn sape tu minah dia... gua dgr dan gua amati lirik lagu tapi hampehhhh... nothing dlm algu tersebut..kosong. cuma lagu je ada le sedap juga. yg pelik org msia tetap suka sedangkan kalau dbandingkan lagu2 artis msia yg lain lagi sedap di dgr. ini bkn salah lagu tapi DJ juga. kalau diorang dah nak putar dan di suruh oleh ketua mangkuk diorang maka terpaksa jugak. apa2 pun radios suria jugak yg best... layannn
September 21st, 2007 pada 08:23 am
Askum, Saya sokong dan sependapat Amy SEARCH.Alasan: 1. Tidak ada win win situation disini. Saya nampak DJ radio Malaysia bodoh putarkan lagu2 Indonesia dalam radio. 2. Yang tersirat mungkin Amy SEARCH dan kebanyakan artis lain Malaysia tak nampak adalah soal kualiti lagu yang dimainkan. Kita harus terima hakikat lagu2 dari negara asing spt Indonesia ada kualiti dan sedap didengar. Mungkin komposer tempatan salah satu sebab nak cepat hasilkan album akibatnya kualiti lagu hampehh... 3. Namun begitu, jika lagu tempatan tetap berkualiti, DJ radio asing tetap tak mahu layan artis tempatan. Sebaliknya, DJ radio Malaysia bermurah hati mainkan lagu2 asing. Itu yang bodohnya DJ radio kita. 4. Oleh itu, saya sependapat dengan Amy SEARCH dalam soal ini. Biar ada win win situation. 5. Negara sudah 50 tahun merdeka, sepatutnya kena utamakan ciptaan lagu dan karya anak watan. Mungkin DJ radio Malaysia kena dengar lagu Wings- Puisi Merdeka. (Hanya sorak gempita sewaktu merdeka tetapi tak tahu apa maksud merdeka!). 6. Saya percaya Amy SEARCH tak akan kena gam lagi. Kerana perjuangan kali ini adalah benar. Kalau Amy SEARCH tak perjuangkan isu ini sehingga selesai? Siapa lagi? Takkan penyanyi Indon kot? 7. Mungkin DJ radio Malaysia kena hayati lagu Opera Hidup dan Rantai (Wings)- Hidup satu perjuangan...Hidup harus dibebaskan daripada ancaman pengaruh asing. "ROCK tetap ROCK tetapi jangan pinggirkan suruhan Tuhan.Agama kena ikut baru tenang jiwa dan raga". Wassalam.
September 21st, 2007 pada 09:57 am
kalau nak industri muzik kita maju,kene la saling bantu membantu..patut takde istilah kene gam ni
September 21st, 2007 pada 10:31 am
salam sejahtera.. saya salute dgn amy search sbb berani menyuarakan perkara yang betul. Kerajaan pun telah mewar-warkan supaya kita membeli barangan buatan Malaysia. Kita taklah ditegah untuk dgr lagu2 seberang cuma jgn la over sgt.. Lagipun bukan senang penyanyi kita nak tembusi pasaran indonesia disebabkan semangat kenegaraan mereka yang kuat. So kita pun kenalah ambik iktibar.....
September 21st, 2007 pada 11:21 am
tapi mmg btl la kata amy..dgr radio je mmg kerap sgt lagu indon..dulu, malaysia dijajah ngn british sblm merdeka..la ni..dah merdeka..dijajah oleh indon lak..usah kata lagu2 je..kat luar lagi la byk indon nya..sampaikan rakyat malaysia pun aku npk nak jadi cam indon..dasat sungguh..merata2 indon...aku duk umah kat kl npk indon,...balik kg pun npk indon gak..cume pi masjid je x jumpe sgt indon
September 21st, 2007 pada 12:31 pm
aku suka amy..idola aku dari kecik..tapi aku tak dapat nafikan naluri aku..aku minat muzik indon pasal muzik dorang lebih moden dan ada melodi antarabangsa..maksud aku senang layan oleh sesapa pun..tak ler terasa macam lagu melayu untuk melayu..hanya muzik bro..!!
September 21st, 2007 pada 12:33 pm
betul kata amy tu..saya sokong 100%..tapi,kita sbg rakyat M'sia sepatutnya lebih tanamkan minat nak dngr lagu artis kita sendiri dan minta deejay2 radio putarkan lagu artis kita..hidup amy.peeweet!!
September 21st, 2007 pada 01:53 pm
hurm..tak boleh nak salahkan radio gak.. dowg kan putarkan lagu yg jadi pilihan pendengar.. kalau dah pilihan pendengar lagu luar nak wat macamana..patutnyer artis jgnlah salahkan 1 pihak jer..carilah kelemahan sendiri.. kalau lagu2 kita best2...hal ni takkan jadi..
September 21st, 2007 pada 02:45 pm
hissh..betul ckp Amy tu..kita kena setia ngan lagu kita..walaupun kebanyakan lagu kita ni macam sampah..!! layan gak ar..patriotik skit..!! komposer kita best ape..cuba dengar album Mawi baru..macam la orang malaysia ni bangsat sangat dengar lagu..!!lagu sampah..!!
September 21st, 2007 pada 04:25 pm
Sabar Edans..patriotik mesti bertempat..kalau lagu lagu m'sia tak bersaing dengan lagu lagu luar..mane kemajuannye..muzik m'sia tak up todate..contoh banyak band m'sia tiru stail muzik indon..sendiri boleh jatuh hukum le..nampaknye amy berjuang solo mana persatuan persatuan yang gah pada nama..senyap sepi..sindrom bisu..
September 21st, 2007 pada 09:09 pm
cAMne Artis Kite NAk MAju..DAh Sane cNi Artis Indon Kene SanjuNg!!!
September 21st, 2007 pada 11:46 pm
Bagi aku, kualiti lagu bukan hanya bergantung pada lirik dan melodi.. tetapi sesetengah lagu, kalau korang dengar sekali memang hampeh tahap mesin basuh muatan depan.. tapi kalau dengar banyak kali baru sampai mesej.. cubalah korang layan lagu lagu sifu M.Nasir..(jarang benar keluar radio)..atau apa saja lagu ciptaan beliau.. Bahasa Melayu kena A+ baru boleh paham maksud lirik dia.. Orang kita sekarang suka hiburan ringan.. hiburan yang tak perlu "switch ON" minda.. Pilihan lagu terbaik aku ialah lagu M.Nasir Suatu Masa, Tanya sama Hud Hud dan lagu Search Meniti titian usang, Yin Yan dan Mentari Merah diUfuk Timur.. Hayati lirik mereka.. dan korang takkan mampu komen komen apa apa lagi... Tutup kes!
September 22nd, 2007 pada 02:31 am
mcm mana lagu tempatan tak selalu keluar radio.... mmg tak sedap... apa nak dikatakan lagi? kalau artis malaysia cuba tingkatkan kualiti lagu.. maybe lps tu selalu la kot keluar radio~
September 22nd, 2007 pada 08:01 am
Jangan kata muzik indon diradio aje, dilayar tv pun bersempah citer indon, gerai2 makan pun dimasak oleh org Indon, bangunan2 di malaysia pun dibuat oleh org Indon, malah jenayah pun dimonopolikan oleh org Indon, so nak buat camn???
September 22nd, 2007 pada 09:06 am
Sabar bro...u r still the best. Penyampai berkenaan sedarlah sikit, bangga sgt dgn yg. barat, cermin punggung tu, warna ape?
September 22nd, 2007 pada 10:35 am
hang pa smua coba tgk dahi amy..btul2..ada sujud mark!
September 22nd, 2007 pada 12:16 pm
stuju ngan bro amy...kalau kata lagu kita xbest,cuba pasang ari2 mesti best gak....ni dbangga sgt lagu indon...ape2 pun peace!!!he..he..btul kata Penchor tu...
September 22nd, 2007 pada 12:38 pm
memang betul..kalau artis malaysia nak maju senang aje pergi duduk indo lepas tu jual album kat malaysia ...aku rasa baru radio malaysia putarkan lagu....hina betul rasanya ....dj yang harus dipersalahkan cuba kat era tu nak katakan hari hari dengar lagu indon masalahnya susah sangat ke nak putarkan lagu search...cubalah dengar album baru search baru tahu....aku rasa dj pun tak tahu search ada album baru...banyak lagu yang bagus...harapkan muzik fm aje susah nak carik makan.cubalah tgk masa kat planet hari tu tiket sold-out memang generasi sekarang bukan macam generasi 80 an....tak kenal erti rock dulu-dulu...fikirkan sendiri agungkan bangsa sendiri
September 22nd, 2007 pada 02:26 pm
saya sokong amy..dah la nak masuk carta indon pon jgn harap laa..kat sini siap lagu paling bertahan paling lama lagi..jadi la kita seperti rakyat indon sendiri yg mengagungkan lagu mereka sendiri.
September 22nd, 2007 pada 02:27 pm
dj2 dan stesen2 radio yg buat mcm tu mmg pengkhianat negara! akak nak kerajaan haramkan aje stesen2 radio ni dan penjarakan dj2 pengkhianat ni!
September 22nd, 2007 pada 05:58 pm
kalo dah melayu ,melayu gak.... nasib baik aku org halimunan... hahahahahahaha!!!! melayu dah hilang di dunia... ko jadi je mcm aqil hayy tu pun ok gak, lagi mencabar jiwa dan raga ape...kata dah g umrah,gunakan la peluang sebaik2nye... byk lagu2 ko yg best,kene hujan pun xlekangg222
September 22nd, 2007 pada 06:17 pm
artis yg lain takan duk nganga je takut kene gam ke? korang mesti bersatu jgn takut ini tanahair kita!! wa cayalah lu amy...peeweeetttt
September 23rd, 2007 pada 12:06 am
aku rasa.. kalau tak ada pokok, masakan angin menggoyangkan beliau... (contoh ayat kalau terlalu banyak dengar lagu indon)
September 23rd, 2007 pada 12:49 am
ape dah jadi dgn industri muzik kita sehinggakan kita pya otai pun dah naik angin......... ayuhh sokong bandrock tempatan yg lbih baik dari band luar......yearghhhhhhhhh
September 23rd, 2007 pada 10:49 am
BENGAP BETOI ERA ngan HOTFM. Kalau dengaq lagu Indon, cepat2 aku kalih channel.sampai anugerah pun ada kategori utk depa.GILA KA APA..??
September 23rd, 2007 pada 10:58 am
sebenaq nya listener era & hotfm adalah pekerja2 kontrak indon..sbb tu dpa pasang lagu indon..pas ni depa pasang lagu bangla..mynmar..nepal..bongkoi sungguh..
September 23rd, 2007 pada 12:23 pm
boikot era dan hot....bagi rating dia turun...baru dia tahu langit tu tinggi ke rendah
September 23rd, 2007 pada 04:01 pm
aku lama dh tau benda ni tp amy baru nk bersuara, ERA ngan HOT tu memang kaki jilat pendengar2 muda, geng2 tua ni x dengar ERA ngan HOT ni, ada Klasik Nasional ngan Sinar lagi, bab lagu seberang tu patutnye dihadkan ataupun x yah siarkan terus, tp kalau memanjang pasang lagu Mawi ni nyampah gak aku, ark3, kalau nk stesen2 swasta ni psang lagu tempatan, kena isap baik punye la boss2 diaorang tu baru leh beb...
September 23rd, 2007 pada 04:04 pm
peweetttttttt....
September 23rd, 2007 pada 04:05 pm
peweetttt.....amy would like to thanx to all fanz 4 your kind support on this matter..keep on rockin' guys...peweettt.....
September 23rd, 2007 pada 09:11 pm
gua simpati gak sama artis msia ni.. tapi camne nak buat, rata2 peminat dah beralih pd artis luar. Cuba dengar lagu d'org.. sedap beb. Lagu melayu terkni.. x byk yg berantu... Pe pun wa tabik spring sama amy... lu brani.
September 23rd, 2007 pada 10:11 pm
support u 100% la brader... tak main la gam2 lagu.. deejay yg tk rock dan bejiwa kecik ja main cam tu.
September 23rd, 2007 pada 10:12 pm
lupa lak brader amy, sya nie die hard fan brader dari kecik laie. hidup amy search.... pewwwittz.. wauuuu..
September 23rd, 2007 pada 10:23 pm
gua sokong sama lu amy....aper barang asyik main lagu indon...lagu tempatan punyer lah banyak...lagu indon tu yg diulang2...
September 23rd, 2007 pada 10:46 pm
ESABELLA,JGN LUPE LAGU DAN NAMA 2.. KERNA IA LAH KAMU DI KENALI OLEH WARGA INDONNESIA, DAN SEARCH SAMPAI SKRG MASIH KEKAL DI TEMBOK JAKARTA..
September 24th, 2007 pada 12:15 am
peewiit..abg amy..sye skong 200%..tp knape bru skang? sye daa lme semak dgn lgu2 indon yg asyik modal sme jee tuu..syepon xphm knape radio2 kite ni obses dgn lgu diorg..pdahal smakin lame mkin stereotaip lgu2 diorg..artis2 diorg mkin naik mnyak..bru buat 1 album daa dtg nk mnyengeh kt m'sia..helo raflie..skang ni daa zman bile? kalo takat nk trime lgu isabella tuu jee..yg ktorang nie asyik tadah lgu2 seberang jer..org sberang ade ke layan artis kite sbagaimane yg kite layn artis diorg..xde2nyeelaa..radio2 swasta n pnganjur2 konsert tuu sedarlaa skett..jgn asyik nk mngagung2kan lgu luar..n pk nk untung aje tp mruah ngara trgadai..bru2 ni dgr citer diorg daa naik mnyak brani ajak wartawan kite buat bende2 xsnonoh plakk..tulaa padahnye kalo baik xbrtempat..kalo wartwan kite bleh boikot natasha hudson..nape x mreka..rsenye lg brbaloi kalo boikot diorg tuu..xlaa duit rkyat kite mngalir keluar mmbazir jee..kalo diorang trime artis kite cam kite tadah artis diorg tuu brulaa adil..brulaa prsaingan c-hat nmenyee..dah mrdeka 50thn nie..patriotiklaa skett..omputeh pon tahu hrgai karya kite yg brkualiti tuu..xmcm diorg prasan diri best ajee..eeiihh geramlaa..ape2hal pon sye skong tindakan abg amy brsuara..truskann brjuang demi mruah ngara n muzik kite..adiosss..
September 24th, 2007 pada 01:49 am
korang ni sokong2,tp kat dlm hp 2 melambak lgu endon...org mlaysia nye album ory pon Xbli...Xgne stakat sokong mulut..klu tak korang yg beria2 dedicate lgu endon,menda ni tak jd gak...jd kt kne skong 100% gak..bkn abiz takat komen ni je..
September 24th, 2007 pada 09:01 am
aku suka muzik indon pasal diorang kreatif..x macam artis kita bnyk duplicater..ape pun aku suka ngan bro amy..dia original rockers..ikon rock aku sejak darjah 5 lg..rilek bro amy..jgn terkesan dgn deejay2 bangang malaysia nih..search is the the best rock band..!!
September 24th, 2007 pada 09:58 am
Aku cuma nak cakap kat sini,kita tak bole nak salahkan artis seberang,lagu diorg mmg bagus.Artis kita kena la usaha lebih sket.Komposer buat lagu biarla sedap telinga mendengar.Stesen radio ni diorg meniaga.Kalau pasang lagu tak sedap customer larila ke stesen lain.Mcm jual tomyam beb,korang nak pegi ke kedai yg korang tau memang tak sedap.Lagu tempatan mmg banyak tapi tak sesedap lagu seberang.Pikirla sendiri.Apsal korang tak marah stesen radio main lagu mat saleh?kalau diorg tak bagus takkan "HEROES" bole ambik lagu diaorg..pikirla..gua ttp sayang Malaysia.sedarla muzik malaysia sedang mengalami kejatuhan..jinbara?kristal?newboyz?tu je la yg kita ade..lagu byk tapi tah ape2..sorila kalau terkasar bahase.
September 24th, 2007 pada 03:22 pm
tukar aje nama radio era = radio eraindon , siaran Hotfm = siaran HotIndon. jngan lupa tukr dj2nye skali.memualkan, najis!mreka tak sedar mcmmana artis malysia dilayan di seberang.....tak pyah citer, sedih sunggu.sape2 pernah p indon tau la citer niee....bak kata pepatah sudah jatuh ditimpa tangga kena lagi pasu bunga......kpda semua persatuan seni bangun oiiiii......jgn tidur terus!tlong apa2 yang patut...
September 24th, 2007 pada 03:40 pm
sya org indon,udah lama netep d mlysia...senag cari makan,aman ngak da uru ara,bencana alam,org2nye baik2.djnye radio jga baik2,slalu putar lgu2 dri sbrang.itu radio era bgus banget.....djnye tau kita ngak ada tv,dikongsi cuma ade radio.kot2 djnye org Indon!
September 24th, 2007 pada 03:48 pm
100% aku sokong bro amy.Orang Johor memang berani......Kasi hentam itu DJ semua.Hantar itu BPR siasat kasi godak tu syarikat2 siaran radio & tv.Orang indon kasi lu modal ke....lu orang bangga kat kereta letak jalur gemilang, tampal stiker proud be a malaysian.Bukak lagu Indon.Apa barang...macam mane artis MALAYSIA nak cari makan.lu ingat lu punya siaran laku ke kat indon.lu org DJ arrr lu kalau pergi indon dia orang tak kenal sama lu tau.Sedar lah diri sikit.Kepada bro Nash sama-sama tolong bro amy.Aku nak lefthanded,search dan yg lain2...tu.
September 24th, 2007 pada 04:03 pm
shedfz ckap betul... even foreigners do recognize our artist. what happen to our music industry.. is there no effort at all in order to solve this problem.. please brader... have a pity on our country artist. bring them up agin... ingat zaman2 gemilang diorang dulu. peewwitz...
September 24th, 2007 pada 04:43 pm
yer la apa yg amy ckp tu..sebnrnya peminat sdiri yg suka dengar lagu indon tu..apa yg best sgt?aku x paham la dgn citarasa remaja skrg..nympah tullah
September 24th, 2007 pada 05:37 pm
peweett..amy need more support from local fanz to cease indon's number in the radio..thanks to all supporterz..peweett.....
September 24th, 2007 pada 05:53 pm
yang penting sama rata!!! malaysia&indonesia AMY SEACRH WORLD
September 24th, 2007 pada 06:51 pm
korang tak sadar dirike, korang punya muzik tak handal betul, meleleh-leleh betul, rugilah stesyen radio nak tampilkan, cuba tengok kebelakanglah, masa-masa jaya amy search dan muzik malay di indon, mungkin tak mreka terusik tapi tak sampai boikot segalalah, mrepek je kerjapon, cubalah skill sikit tuh muzik jangan asal merepek korang menuduh muzik seberang.. tengoklah diri.
September 24th, 2007 pada 11:35 pm
gua tetap sokong lu bro....yang datang masa birthday hari tu.......search tetap dihati
September 25th, 2007 pada 11:40 am
aku sokong AMY SEARCH abih2...kasi hantam sama radio era 2 ckp2!!siang malam pagi petang x abih2 dgn lagu2 endon tau!asalkan on je radio,lagu endon yang aku dgr...peni...xkan dh abih kot lagu melayu.....dh la g mana pun jmpa endon..kat malaysia ni dh bersepah dgn endon tau..xkan kat radio pun endon lagi.....mcm mn melayu nak maju....
September 25th, 2007 pada 02:39 pm
aku pun sokong jugak!
September 25th, 2007 pada 03:17 pm
Saya sokong AMY SEARCH,nak keluarkan lagu indon tu tak salah,tapi jgn sampai lupa band dan penyanyi tempatan pulak.klu keluar lagu penyanyi tempatan asyik lagu artis yg sama,tak da variasi langsung,lagu lama apatah lagi langsung mcm x wujud.that y penyanyi kita tak dpt pegi jauh dan x tahan lama.come on lah sokong dan sponser artis kite.asyik2 konsert org luar gah di promosikan.jgn di anak tirikan bangsa sendiri.bukan utk sapa utk kita dan kemajuaan anak bangsa jugak.
September 25th, 2007 pada 03:52 pm
aku sokong amy.... sedangkan lagu dari album gothik malam edan pun aku jarang2 dengar kat radio... asik-asik lagu dewa jer.... ni band baru kerispatih ni pun lagu tah apa2... tapi dah asik main kat radio jer,, lelama, orang pun layan... teringat masa aku g indon dulu.... sepanjang seminggu kat sana , ada skali dengar lagu search ngan 1 lagu raihan... kat sini sehari bukak radio 20 lagu indon.... moga para dj dapat bantu artis malaysia...apa kata kalau stesen dj limit kan lagu band luar yang bleh diputar.. contohnya, dalam 24jam ada 20 jer lagu luar...tapi dengan syarat sume stesen radio sepakat lah... terima kasih.... ///majulah muzik malaysia///
September 25th, 2007 pada 04:04 pm
lagu indon, lagu malaysia, sama sedapnya, tapi biarlah seimbang. apa-apapun saya sokong pendapat amy. Saya peminat amy dari bujang lagi. Fantasia Bulan Madu.... cintan habis masa tu....
September 25th, 2007 pada 04:20 pm
patutnya ABAIKAN je artis Endon ni, walaupun artis Msia ni skang nmpk kureng tp still ada otai2 mcm Search, Wings, May, Jamal, Saleem, Ahmad Jais, apa kurangnye artis kita wehh,, kasi industri muzik kat Msia ni idup balik mcm zaman 90an, era rock tu..
September 25th, 2007 pada 04:56 pm
betol,betol,betol............
September 25th, 2007 pada 06:09 pm
Dejay2 M'sia perlu bantu artis M'sia..dgn sering mainkan lagu mrk drp artis luar...Betol kata Amy..tu Lagu-lagu drp album search yg baru pun dah x kedengaran di radio sekarang...teruk dioran kejer..tp..x dpt publisiti drp radio tempatan...lagu search Suralaya d'major yg sedap tu pun ....x pernah kuar kat radio sekrg...GO SEARCH GO AMY...U R THE BEST ROCKERS IN M'SIA. I NJOY YOUR MUSIC FROM CINTA BUATAN M'SIA. SETAKAT NI BARU 2 KALI TGK LIVE SEARCH...
September 25th, 2007 pada 06:12 pm
aMY SEMPOI ...N LOW PROFILE...X SOMBONG..PERNAH TESEREMPAK NGAN AMY N FAMILI KAT PASAR MALAM JALAN TAR KL..(WAKTU BULAN PUASA)...Amy rocccckkks..
September 25th, 2007 pada 06:16 pm
Tolong perjuangkan karya dari M'sia.....Malaysia First
September 25th, 2007 pada 06:48 pm
saya sokong pertahankan lagu malaysia.......MALAYSIA BOLEH!!!!!!!
September 25th, 2007 pada 08:53 pm
kepada org yang bernama TENGOKDIRI tu.... tengok2 la diri sendiri juga yekk...
September 25th, 2007 pada 10:29 pm
apa lah sangat nak dibanggakan,ibarat anak dirumah kelaparan..kera dihutan disusukan... baik tukar atau gabungkan terus negara jadi MALINDO, setiap agensi kita dwi kan segalanyer,,terkenang bagaimana susah nyer kita bertarung untuk mendapat kemerdekaan dan yang kita dapat kecapi kini.
September 25th, 2007 pada 10:55 pm
Indon memang ada creativiti tersendiri cuma aku rasa setiap perkara tu biarlah adil.... Kat S'pura ni pun mengalami situasi yg sama dgn M'sia... Lagu artis tempatan, entah berapa kali jer DJ mainkan...Kalau lagu Indon, tak sah kalau tak putarkan.... Aku tak anti mana2 pihak tapi I believe in fairness.. How to excel when you dont have your own country's support....?
September 26th, 2007 pada 10:38 am
aku dah kata dah.. mesti layan punyer topik ni.
September 26th, 2007 pada 01:16 pm
rosak rosak!
September 26th, 2007 pada 01:48 pm
btol tu beb.. bangkitkn kmbali zaman kegemilangan kita mcm 80 an dulu..
September 26th, 2007 pada 01:48 pm
btol tu beb.. bangkitkn kmbali zaman kegemilangan kita mcm 80 an dulu..
September 26th, 2007 pada 03:54 pm
untuk stesen radio kat negara kite nie.. aku xpuas hati tol ngan stesen radio yg kat malaysia nie seolah2 dok dinegara indonesia je lagu melayu berlambak tp yg diaorg suka pasang lagu indon yg plg utama radio era menyampah bungkus g bukak kat indonesialah...
September 26th, 2007 pada 04:01 pm
apa kata kita banyakkan iklan shampoo daripada bahan bahan tempatan..kan ke lebih elok dari asyik layan lagu indon..itu pun kalau tokey tokey radio kita masih nak kata penyanyi tempatan takde lagu..hahaha
September 26th, 2007 pada 04:31 pm
baik dengar x-fresh fm lagi bagus 100% malaysia..radio no. 1 aku..radio lain klu main lagu indon mmg aku tukar x-fresh je..byk lagu artis malaysia yg lebih sedap dr indon ni..cth album spider yg baru ni pun bagi aku semua lagu diorg sedap2 tp yg kuar asyik mabuk je lagu lain xnak putar..lagi satu gua salute kat band2 indie m'sia yg guna bahasa melayu mcm hujan,meetunclehussain,the acab,the times dll truskan perjuangan korang penuhkan radio2 malaysia ni dgn lagu2 korang yg sedap tu..
September 26th, 2007 pada 05:07 pm
peeweeet....steadylah amy,berani kerana benda betoi.mai kita ramai2 pakat boikot semua lagu indon...ala lagu depa bukannya sedap manapun.kalau nak ikut gred,depa jatuh 2 anak tangga dibelakang kita.Kita plak "Jangan Pandang Belakang".pee weettttttt.
September 27th, 2007 pada 10:54 am
cayalah bro amy, artis luar skrg ni dh lebih2, mcm best sgt. diorg ni masuk malaysia sng2 jer,pstu belagak bagus. yg org malaysia sokong smp tak ingt dunia. org mlaysia ni klu org asing dtg betepuk tangan tp tak sedar nk kene jajah. Ape2 hal pn search terus rock, jgn stop smp gothik malam edan jer, terus buat album baru. search never die...
September 27th, 2007 pada 12:36 pm
Sebenarnya tidak ada masalah muzik dari mana ia dtg...sebenarnya kita perlu bekerja keras untuk menghasilkan karya yg bagus dan bermutu sperti mereka. Jadikan ia sebagai pembakaran semangat kepada pengiat muzik kita. Jangan berhenti berkarya...Maju Muzik Malaysia...
September 27th, 2007 pada 03:25 pm
Macam nih baru bagus rocker, Gua bangga sama lu....gua mau jadi macm Abg leh.....semoga abg menjadi manusia yang sentiasa di kenang dengan jasa dan kebaikan...Amin
September 27th, 2007 pada 04:47 pm
apa barang lagu indon..mcm sedap nau..layan sekali 2 leh arr..kpd radio2 swasta..bkn xleh nk putor lg2 wak kang nih..tp bior ler bpade2..kalo dh hari2 dok mutar lg depa,mmg la org kite syok layannn..jgn slahkn pdengar..korg dj2 yg xtau nk nilai seni muzik artis kite..IDOP AMY n SEARCH!!!!
September 27th, 2007 pada 06:25 pm
Gua caya sama lu amy...gua pun skang agak bosan dgr radio skang ni..tak abis2 kuar lagu indon jer...dah tu lagu yg lirik tah apa2 tah..tu pon org suka ke...
September 27th, 2007 pada 08:42 pm
wow..!! dh byk komen kau org. aku cuma nak bagi tau, ingatlah pesanan ini: hujan batu di negeri sendiri, hujan emas di negeri orang, lebih baik di negeri sendiri.. MELAYU MUDAH LUPA..
September 28th, 2007 pada 08:08 am
Askum, Wahh ramai sependapat dengan saya.Baguslah. Cuma Amy dan SEARCH kena fikir mengapa masalah DJ-DJ tempatan suka siarkan lagu Indonesia? 1. Permintaan dari muda-muda Malaysia yang sukakan lagu-lagu Indonesia yang mungkin lebih berkualiti dari lagu penyanyi Malaysia.Kalau tak ade permintaan takkan DJ nak pasang lagu mereka. 2. Penyanyi, komposer, penerbit album dan syarikat rakaman kena terima hakikat bahawa lagu2 tempatan takde kualiti. Contoh dalam 1 album ada 10 lagu cuma 1 lagu yang sedap yang lain HAMPEEEHHH.Itu pun kalau ada 1 lagu sedap kalau tak rugi beli. 3. Setahu saya album arwah Sudirman, boleh katakan semua sedap dengar. Takde lagu yang tak meletup. Dia kaji dan analisa lagu2.Hanya lagu berkualiti dibuat album. Satu album mungkin 1- 3 tahun.Bukan 1 album 3 bulan atau 6 bulan? Dahulu pun album SEARCH (1986) hari2 DJ main lagu Rozana? sebab lagu tu kualiti dan asli. Kenapa sekarang lagu SEARCH HAMPEEEHHH, jadi mungkin album tak kualti.Kena terima hakikat. Nasihat saya, penyanyi, komposer, penerbit album dan syarikat rakaman kena fikir, kaji dan analisa album semula. Lagu kualiti peminat mesti dengar dan beli. Lagu HAMMPEEH siapa nak beli beb? Yang ikhlas, Azman.
September 28th, 2007 pada 09:42 am
caya lh emy ! tros kn . kdg2 drnk neh mmg xsdo !
September 28th, 2007 pada 12:33 pm
INDON,INDON,INDON apa best sangat ke artis Indon tuh. dah le sekarang kebanjiran pendatan Indon kat sini, sampai semua kerja diaorang sapu, takkan sampaikan dunia hiburan tempatan kita pun diaorang nak bolot.So ini le yg dikatakan kera hituan disusukan anak dirumah mati kelaparan. Artis kita terpinggir.Kita kat sini sanjung artis Indon. Sedangkan kat sana (Indonesia) artis kita langsung diaorang tak pandang.sedar le sikit wahai sang DJ. Cuba buka siaran radio Indonesia, berapa banyak lagu artis kita berkumandang dicorong radio sana. Apa yg best sangat dengan artis Indon tuh Kalau awek Indon ok gak, body solid, boleh buat penyedap takat lepas geram.
September 28th, 2007 pada 01:53 pm
wah tabik lah kat amy search.sekurang2 nya dia berani bersuara.artis kita pun tak kurang hebatnya...tak tau ler silap siapa.DJ pun ikut permintaan pendengar gak.tapi jangan lah obses sangat lagu seberang.saya Sokong Azman 73.so artis malaysia pun sepatutnya mantap kan lagi diri untuk jadi penyanyi.kalau boleh kita sekat lah kemasukan penyanyi2 indon tu kemari dan jangan lah dok sibuk tlg depa buat konset kat sini beso2 artis kita yang bagus pun tak dpandang kat indon.
September 29th, 2007 pada 02:47 am
yop..btl tu amy.tp msti ade hikmah disebalik kes ni
September 29th, 2007 pada 06:32 am
mane ke tidaknye orang suke lagu indon, dah lagu diorang lagi sedap, nak buat mcmane.lagu melayu asyik rentak lebih kurang je... komposer pun banyak yang same.... orang dah 2007 bunyi lagu masih same dengan taun 2000, macamane nak laku? baik dengo lagu omputih je, laaaagi sedap. takde sape nak kecoh.
September 29th, 2007 pada 07:47 am
Apala ko satuduatiga...otak ko biol ke pa..ko ni msti ada darah indon ke ntah ape la,aku pon xtau..tp yg pnting majukan industri muzik kita..
September 29th, 2007 pada 12:57 pm
ye la kesian tau lagu melayu di anak tiri kan...ingat x de kualiti ..
September 29th, 2007 pada 01:54 pm
yalah bukan stakat radio ja yang salah dalam aspek ini,, masyarakat juga harus disalah kan juga..ada yang maminati lagu luar dari lagu tempatan... dahla permintaan lagu pun lagu asing cam mana tak stesen radio memainkan lagu tersebut..
September 29th, 2007 pada 06:10 pm
macam ni ajelah, kalau kira majoriti, semua akan tunding jari kat stesen radio.. tapi cuba kita duduk dan fikir kejap.. mereka kat stesen radio tu buat bisnes, mereka kena putarkan sesuatu yang boleh menarik ramai pendengar..kita tetap kata stesen ERA hampeh dan lupa diri, tapi kenapa pendengar mereka masih teramai? adakah semakin ramai indon kat malaysia? atau rakyat malaysia yang minat lagu melayu dah tak dengar stesen radio melayu? ada banyak cara kita boleh sokong industri muzik melayu.. kalau pun kita tak mampu merubah apa yang berlaku di stesen-stesen radio sekarang, tapi kita boleh sokong dengan TIDAK mendengar langsung stesen-stesen radio tersebut, BELI CD dan KASET melayu yang original.. Bab boikot stesen radio, rasanya tak de masalah.. Tapi bab nak beli CD dan kaset original artis Melayu..berapa ramai yang sanggup? Kalau CD artis otai macam Search, Wings, M.Nasir..No problem punya..Kualiti tak boleh dipersoal.. tapi kalau artis-artis baru nak naik..bukan kita tak mahu sokong..tapi rasanya tak berbaloi nak keluar duit.. Kalangan artis, kalau nak protes sangat muzik indon, kenapa semenjak dua menjak ni kebanyakan lagu baru artis melayu melodi,lirik dan sebutan lebih kurang indon aje? mana identiti melayu? sapa nak jawab ni beb?..
September 29th, 2007 pada 09:39 pm
Bukan ape aretif oi, aku cakap benda yang betul. aku bkan dengor pun lagu indon. aku tune Hitz je. tapi kadang kadang kalih gak ke era ngan hot, tak abih abih lagu indon je. lagu melayu plak asyik boring. satu dua lagu je yg best. hmmmmmmm...
September 29th, 2007 pada 10:37 pm
slalu dgr 3 stesen radio.. era, hotfm, n xfresh.. tp slalunye ske n lbh kpd xfresh la.. bkn sbb pe..kt ctu sume nye malaysian song... best giler.. wlaupn ade lgu underground yg org ske pndg slack.. tp rsenye diorng ni lg hbt dr artis2 sbrg.. x caye.. dgr je lgu estranged.. then banding la sndri.. anyway.. i support u bro amy!
September 30th, 2007 pada 08:47 am
bisne2 gak.tp kalo dh lupa asal usul memg hampeh.kalo cmtu baik gua jual bendera indon kat stdium merdeka.gua sokong brader amy.time lagu indon dpt smbutn diorg bukak lagu indon.nanti bila dh jatuh t'kekek2 cari lagu melayu.ni soal maruah beb...
September 30th, 2007 pada 02:27 pm
assalmualaikum.cayalah ustaz amy.memang berani dan lantang kalau bincang soal yang benar.
October 01st, 2007 pada 03:36 pm
All the best to you beb! You are on the right track, I'm truly fan of yours protect your right. Jangan kasi chance, skrg dah jadi macam radio Indon pulak. Especially radio ERA DJ nya yang bernam Linda. Siut beb! Tak tentu arah, got no principle suke di puji-puji. Poraaah....
October 01st, 2007 pada 06:07 pm
100 peratus setuju dgn Amy. Kau pejuang seni tanahair. Radio swasta nak cari keuntungan sebenarnya.... Kesian artis2 kita nak cari makan. So kita boikot radio swasta.
October 01st, 2007 pada 11:07 pm
AKU PUN SOKONG 110 AMY...DLM DIAM PEDIH GAK STESEN RADIO DGR.....KOMEN AMY HEHHE...
October 02nd, 2007 pada 07:33 am
Askum, 1. Kalau album SEARCH berkualiti macam tahun-tahun 1986 sehingga 1989. Tak payah paksa DJ mainkan lagu-lagu anda. Peminat sendiri akan sokong dan beli CD yang original walaupun mahal. 2. Contoh tahun 1986, setiap hari DJ akan mainkan lagu Rozana....1987-Fantasia Bulan Madu, 1989-Isabella. 3. Walaupun pada masa itu, DJ tetap mainkan lagu hits artis asing (mat salleh)- Michael Jackson album Bad dan sebagainya.Tapi disebabkan kualiti ciptaan lagu tempatan tetap mendapat perhatian peminat. Yang ikhlas, Azman.
October 02nd, 2007 pada 10:32 am
wa skong lu beb. tapi nape artis kite cari komposer endon. mai secawan peewit..
October 02nd, 2007 pada 10:43 am
Saya peminat Mix Fm, Fly and Hitz Fm..Penyanyi2 melayu yg aku minat (Annuar Zain, M-Nasir,...alamak siapa lagi ek), M-nasir kira M'sia ke Singapore?..Penyanyi2 Indon Plak (Dewa, SO7, Peter Pan, Letto, Kris Dayanti, Melly Goeslow, Rossa, Padi, Gigi, dan ramai lagi) ..lagu Omputih lak tak terkira banyak nya..hehehe..so, fikir2 kan la kenapa???dengar la lagu2 dorang n layan, most of Indon's are unique, mcm2 stail...video clip pun memainkan peranan penting, M'sia nya VC hampeh, kuar kat TV saya terus tukaq channel..hahahha..taste lagu tak leh paksa2, kena buat lagu yg mengikut peredaran zaman la, jgn dok buat lagu rock kapak je. Lagu2 ballad pun stail sama je. Bosan...saya cadangkan tukar komposer2 kat Malaysia ni kepada komposer2 muda yg berjiwa music terkini
October 02nd, 2007 pada 11:19 am
aku minat amy...minat search..huhu...best..
October 02nd, 2007 pada 02:35 pm
betul tu amy..rose sokong 100%...radio kita banyak sgt lagu indon ...lagu pun pun tah apa apa same jee..cuma nama kumpulan nya yg bertukar namapun ala la lanun...
October 02nd, 2007 pada 03:36 pm
Adalah baik menyokong industri sendiri. Bercakap bab kemodenan...moden sgt ke pemikiran kita...sehingga lupa untuk mengangkat bangsa sendiri. Tidak salah memberi komen tp jgn mengutuk org. Sokonglah industri Malaysia... tiada rakyat lain akan pedulikan nasib rakyat Malaysia. Kitalah orgnya... seni kita...identiti kita.
October 03rd, 2007 pada 10:32 am
amy, teruskan perjuangan.....
October 03rd, 2007 pada 11:50 am
SETUJU AMAT NGAN KOMEN amy. SEBAGAI TAMBAHAN, AKU RASA DJ-DJ YANG SUKA MAINKAN LAGU indon NI TENTU ASAL USUL DARI SANA ATAU ADA IMBUHAN BAYARAN TAMBAHAN DARI PIHAK SYARIKAT RAKAMAN ARTIS indon BERKENAAN AGAR LAGU ARTIS NAUNGAN MEREKA "DIPOPULARKAN" YANG KITA TIDAK TAHU!!
October 03rd, 2007 pada 01:41 pm
amy...dulu kini dan selamanya...
October 03rd, 2007 pada 04:15 pm
banyak-banyak laa bersabo..
October 03rd, 2007 pada 09:48 pm
sian amy... satu nama yang amat gah di puncak persada seni suatu masa dulu. mengimbau kembali zaman kegemilangan irama rock amy dan rakan-rakan sekitar 80an dan 90an, ternyata kini amat jauh berbeza. saat menonton filem ROCK hasil karya mamat khalid sedikit sebanyak mengembalikan nostalgia indah kegemilangan otai rock kita. selingan lagu-lagu hebat seperti dari sinar mata oleh BPR, ditambah kehebatan petikan gitar otai-otai ini melalui ternyata mampu mengubat kerinduan untuk menelusuri kembali keindahan irama, lagu dan suasana ketika situ, suatu waktu dahulu. Sekadar menyebut segelintir nama-nama gah zaman itu, seperti SEARCH, Lefthanded, Rusty Blade, Bumi Putera Rocker, May dan banyak lagi. Untuk itu, syabas diucapkan buat radio muzik, yang sentiasa menyelitkan ruang dan peluang untuk menyiarkan laghu-lagu hebat band tempatan ini, dan kepada stesen radio yang lain, usahakan menyediakan sekelumit ruang dan peluang untuk mereka yang bergelar artis tempatan... agar mereka tidak merasa di anak tirikan... dibumi bertuah in i, tanahairku malaysia tercinta, yang telahpun meraikan kemerdekaan yang ke 50... untuk amy ... wa caya lu... peewiiitttt
October 04th, 2007 pada 09:07 am
sokong sgt ngan aper yg amy cakapkan.....
October 04th, 2007 pada 09:50 pm
ops.. sorry brader.. luper lak mention nama wings... yang x krg hebatnya!!!
October 04th, 2007 pada 11:22 pm
teruskan menyokong artis kita....jangan kita lupa diri
October 05th, 2007 pada 12:35 pm
ok..relax bro amy..yg pnting maintain..
October 06th, 2007 pada 10:59 am
erm aku minat underground...muzik best ..yg minat sgt indon 2 sedar sikit kita 2 kt malaysia..buat radio era..jgn lah terlampau over sgt igt kta kat bumi mlysia...sokong emy search hdp malaysia...
October 07th, 2007 pada 12:41 am
amy lu botak mcm mn.. pun... lu ttp rokersss la... gua tabik kat lu...
October 09th, 2007 pada 12:32 am
gua sokong habis bro amy yg hebat... kita mesti sokong artis m'sia. pendapat amy adalah 1 kebaikan buat artis m'sia. gua tetap peminat amy search sampai tua....
October 09th, 2007 pada 12:39 am
lagu kita dgn indon masing2 ada kelebihan, so jgn jgn lebih2kn artis indon. putarkn lagu2 search mesti sedap punya....
October 09th, 2007 pada 01:33 pm
search..gitar pertama aku rosak pasal band ni la..aku toreh kat body gitar tulisan search..last2 kopak..mampus aku kena marah ngan bro aku..!! aku besar sama dgn search..!!
October 17th, 2007 pada 07:11 am
Hai seluruh rakyat malaysia, marilah kita semua ramai-ramai bersatu suara, hidup malaysia..., jauhi mereka (eR@)... perosak bangsa dan negara
October 19th, 2007 pada 10:41 am
ko da bt Umrah ekk.....ALHAMDULLAH,,,bagus Amy Nih..
October 25th, 2007 pada 03:43 pm
aku mmg mnyampah dgr lagu indon..kdg2 ntah ape2 lirik nye,xde motif lngsung..aku lbh suke dgr sinar dr era n hot..lagu die mmg best r,feeling beb...
November 10th, 2007 pada 10:00 pm
hai orang kita, tengok-tengoklah kiri kanan kita, tahukah anda dimana anda sekarang? kalau tak dapat nak beza, cuba curi dengar pulak... kekadang rase macam kat indon lah pulak!!! alahai orang kita...
November 12th, 2007 pada 12:25 pm
amy i love you............... gw peminat amy dr indon semoga sukses buat amy dan seharusnya stasen dimlaysia lebih menghormati artis malay jgn disalahkan pula artis indon.perbanyaklah stasen dimalaysia menyiarkan lagu2 malysia terutama search...............ilove search
November 26th, 2007 pada 04:44 pm
wa pun dengo gak era,hot fm,muzik fm,suria nasional dan asyik fm.wa caya hal ni mesti ada sangkut ngan bisnes(wang).kpd stesen radio yg manyak no onair lg sbrg.kurang kurangkn sket le.walau pun wa minat blues,tp wa salute gak lg irama lain.sampaikan asyik fm yg wa slalu dengo(band org asli best)pun dj nya suka pasang lg sbrg.buat amy ,wa sokong lu dan artis malaysia.
November 27th, 2007 pada 11:48 am
Bagus Amy.. Selamatkan Industri Muzik Tanah Air KITA!!!!!!!
February 23rd, 2008 pada 10:16 am
yeah you ROCKS bro !! betul tu..kadang2 kan tengah malam aku baring2 dengar radio terasa aku macam berada di perantauan,macam di jakarta pun ada..tiba2 aku terlelap......besok aku bangun wah,aku sudh berada betul2 di Jakarta !! hebat..! seperti aku berada di Jakarta yg hanya mendengar lagu2 dari Malaysia hanya 2,3 buah lagu je
June 18th, 2008 pada 01:51 pm
SEDIH! artis malaysia.... orang korporat memang kemaruk untung CELCOM & TM pakat sponsor artis indon.... sebab nak jual produk mereka kat indon... dan mereka ni golongan korprat yang keparat... tak hormat orang seni kat malaysia... PAPITA juga patut dibubar.... sebab tak ada fungsi pun... presidennya dok syok sendiri... kat indon persatuan artis mereka kuat boleh control artis luar, begitu juga DJ disana fanatik artis local mereka.... DJ kat M'sia banyak / ramai makan rasuah.... artis Malaysia patut ramai2 bubarkan PAPITA lantik AmySearch jadi Presiden sebab dia dah bleh pukul sykt recording.... kira teror la tu... sorang lagi dia punya kawan HATAN garang juga pakat sama2 berjuang untuk Artis M'sia hantam papita........
July 14th, 2008 pada 03:54 pm
btol tu...boikot lagu2 indon... hidup rocker malaya
July 14th, 2008 pada 03:55 pm
hidup J Yantzen... Hidup Rusty Blade,, hapuskan peterpan.. hahaha