|
Saya Susun 10 Jari Mohon Ampun
|
|
Ditulis oleh Nonie
Jumaat, 12 Mac 2010 19:56 |
|
|
|

Akhirnya pelakon kontroversi ini membuat kenyataan maaf secara terbuka kepada media hari ini. Mengambil berkat pada hari Jumaat mungkin. Berbaju Melayu hitam dilengkapi songkok, Ammar ditemani Presiden Seniman, Harun Salim Bachik dan ahli lain seperti Zed Zaidi dan Jehan Miskin.
'Saya menyusun 10 jari meminta maaf dengan wartawan yang tersinggung dengan kata-kata yang diluahkan. Saya fikir Facebook adalah laman peribadi saya untuk meluahkan perasaan dan tak sedar rakan-rakan di dalamnya juga terdiri daripada wartawan.
"Perkataan 'membunuh' itu hanyalah luahan perasaan marah dan saya masih waras lagi. Saya sakit hati apabila keluar cerita yang tak betul dan telah disalah ertikan. Saya sangat emosi sehinggakan terjadi semua itu.
"Puncanya saya terbaca artikel mengenai artis cemburu tak bertempat dan tahu ianya ditujukan kepada saya. Saya tahu memang saya tak perlu hadir ke majlis itu.

"Saya memang tak cemburu langsung Sarah bergambar dengan Nabil. Kenapa cerita itu timbul sedangkan Sarah dah banyak kali bergambar dengan artis lelaki lain? Malah saya dan Nabil sempat lagi bergurau apabila dapat tahu gosip itu.
"Saya lihat perkara ini berlanjutan apabila saya tak beri kerjasama. Saya berjanji perkara ini tak akan berlaku lagi kerana saya masih perlukan wartawan untuk membina karier yang masih baru dan hijau ini. Seminggu selepas saya tulis di Facebook saya berjumpa dengan Seniman meminta bantuan mereka dan setelah diberi kaunseling oleh Abang Zed Zaidi, saya sedar apa yang patut dilakukan.
"Saya sendiri akan berjumpa dengan abang Rashid (jurugambar Utusan) untuk meminta maaf. Kalau saya ada buat salah, tegurlah dengan cara baik dan saya boleh menerimanya," ujar Ammar berharap hubungannya dengan wartawan akan pulih selepas ini.
Walaupun berkali-kali memohon ampun, nyata wartawan masih lagi tersinggung dengan kenyataannya yang disifatkan sebagai kurang ajar. Ammar diasak bertubi-tubi oleh wartawan senior, kalau yang tak tahan, boleh menangis dibuatnya. Namun kekasih Puteri Sarah ini dilihat lebih tenang menerima kritikan pedas dan hanya mengangguk.
Kasihan melihat muka Ammar saat terpaksa menahan serangan hebat tanpa ditemani buah hati, Puteri Sarah yang juga terlibat dalam masalah ini secara langsung. Setiap manusia melakukan kesalahan, apa yang penting kita belajar daripada kesilapan. Janganlah terlalu menghukum kerana kita akan menutup peluang untuk mereka perbaiki kesilapan diri.
Trackback(0)
 |
|
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 12 Mac 2010 21:23 )
|