Mangga Online - Bukan Sebarang Hiburan
Aizat di Johor Minggu Ini
Ditulis oleh Norman Ismail    Selasa, 21 Julai 2009 16:25    E-mail
share

 

Aizat Amdan, salah seorang penyanyi muda berbakat besar yang sedang menempa nama di persada seni suara kini sedang sibuk dengan persiapan untuk roadshow yang pertamanya bersempena penganjuran pertandingan karaoke lagu-lagu Aizat di lokasi-lokasi Red Box Karaoke dan pusat membeli-belah seluruh negara dengan kerjasama antara Universal Muzik, Kasi Gegar Entertainement Sdn Bhd, dan Mangga Online.

Terakhir dikemaskini ( Rabu, 29 Julai 2009 14:11 )
 
FANATIK KRIS ALLEN
Ditulis oleh Nonie    Selasa, 09 Februari 2010 17:34    E-mail
share

Mid Valley penuh sesak dengan kehadiran peminat juara American Idol musim kelapan, Kris Allen yang ingin bertemunya dengan lebih rapat dalam rangka promosi album sulungnya. Beratur seawal jam 10.00 pagi di sekitar ruang legar Centre Court Mid Valley untuk menjadi 200 peminat bertuah bukanlah satu perkara yang memenatkan apabila berpeluang bertemu jejaka berusia 24 ini secara ekslusif.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 Februari 2010 17:51 )
 
Nostalgia dangdut dulu-dulu
Ditulis oleh Rosli Manah    Selasa, 06 Julai 2010 12:10    E-mail
share

Irama dangdut sememangnya dekat dengan orang Malaysia kerana telah lama dipengaruhi muzik dari India dan Indonesia.

Malah artis era 1970-an banyak merakam lagu pop yang ada sentuhan dangdut. Tapi lagu-lagu mereka tetap dikategori sebagai lagu pop.

Datuk Sharifah Aini, Azlina Aziz, Fauziah Ahmad Daud, Jay Jay, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sudirman tidak diklasifikasikan sebagai penyanyi dangdut, namun ada lagu rakaman terdahulu mereka yang memiliki sentuhan dangdut.

Tak percaya? Kalau tak percaya, anda harus dengar himpunan lagu-lagu mereka dalam album kompilasi Ala Ala Dangdut terbitan Warner Music.

 

Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 07 Januari 2012 15:47 )
 
Piala Dunia FIFA 2010 di ASTRO
Ditulis oleh Nonie    Rabu, 12 Mei 2010 11:57    E-mail
share

Kehangatan Piala Dunia FIFA 2010 makin membara dan pastinya pelbagai rancangan bakal membawakan pengalaman berbeza menerusi TV, internet dan telefon mudah alih. Kini anda bakal menyaksikan 64 perlawanan secara langsung berdefinisi tinggi HD selama sebulan bermula 11 Jun ini menerusi pakej sukan Astro B.yond.

 
Cara Dayang beramal
Ditulis oleh Rosli Manah    Jumaat, 20 Ogos 2010 15:31    E-mail
share

Bila masuk bulan puasa, anak-anak yatim dan orang kurang upaya mendapat perhatian daripada banyak pihak yang mengundang mereka ke majlis berbuka puasa.

Selain badan korporat, artis tanah air juga ada cara tersendiri untuk sama-sama menumpahkan kasih kepada mereka. Penyanyi Dayang Nurfaizah juga turut meraikan anak-anak yatim dan anak-anak kurang upaya dalam satu majlis berbuka puasa di pusat Membeli-belah One Bangsar, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 20 Ogos 2010 16:15 )
 


JPAGE_CURRENT_OF_TOTAL