Kak Pah-Utusan berdamai
Ditulis oleh ManggaMuda    Selasa, 08 Disember 2009 15:27    E-mail
share

Mangga Muda tumpang gembira bila dengar biduanita Datuk Sharifah Aini dan Kumpulan Utusan sudah berdamai. Yalah sudah lima tahun biduanita bersuara lunak itu menyaman Utusan dan dua pegawainya. Kini segala-galanya sudah terurai.

Sharifah AiniSebenarnya sudah lama Sharifah Aini atau Kak Pah ni menyuarakan hasrat untuk menarik balik, tapi baru sekarang segala-galanya selesai. Yalah apabila sudah jadi kes mahkamah, penyelesaiannya juga kenalah dibuat di mahkamah.

Kak Pah dah tarik balik saman yang dikemukakan lima tahun lalu secara baik. Beliau menarik balik saman itu tanpa kos tanpa kebebasan untuk memfailkan tindakan semula.

Bermakna segala-galanya sudah selesai. Eloklah tahun 2010 dah nak masuk. Kira macam memulakan lembaran baru lah.

Bila dengar orang berdamai ni sejuklah rasa hati. Yalah dulu zaman-zaman era 70-an wajah Kak Pah kerap jadi pelaris majalah dan akhbar terbitan Kumpulan Utusan.

Cuma bila menghadapi masalah ni, jarang pula Mangga Muda dapat baca perkembangan Kak Pah.

Mangga Muda: Suka dengar lagu Tiba Tiba Rindu sebab Mangga Muda ni pun tiba-tiba aje boleh rindu kat seseorang yang selalu melekat di dalam hati.

 

 

 

Trackback(0)
Komen (9)add comment

pekgnu said:

30223
...
baguz2. lagi pon malaysia ni kecik je. pusing2 nanti jumpa gak.
 
December 08, 2009
Undian: +2

cecilia said:

December 08, 2009
Undian: +1

cecilia said:

3341
...
x baik gaduh2 ni..
 
December 08, 2009
Undian: +1

cecilia said:

3341
...
dua2 puhak pun saling perlu antara satu sama lain
 
December 08, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

18455
...
Betul3 cecilia dunia artis di malaysia ni memang kecik sesangat pusing pi pusing mai tup2 berjumpa akhirnya. Biasalah tu gaduh. Kira baik hati Kak Pah kita. Azwan Ali pun dah banyak berubah. Semakin tahun semakin tua. Dah rumah kata pergi kubur kata mari. Insaflah wahai manusia. Kembali ke Jalan Allah. Amin/
 
December 15, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
Kak Pah ni orangnya very soft spoken.
 
December 15, 2009
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
Cantik baju Kak Pah
 
December 15, 2009
Undian: +0

zulfika said:

30589
...
sendiri yang timbulkan masalah... sendiri juga selesaikan masalah... sahaja nak cari publisiti... kesian, tak ada orang nak bagi publisiti...sedar juga rupanya diri dah tak sepopular dulu...
 
January 01, 2010
Undian: +2

GlamGucci said:

18455
...
Biasa ler zulfika kak pah tu dah tua mesti la dah x fofular lagi. kira ok la tu dia fofular masa muda. penyanyi evergreen.
 
January 05, 2010
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10852 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)