Noh Ada Teman Baru?
Ditulis oleh ManggaMuda    Khamis, 07 Januari 2010 12:55    E-mail
share

Baru saja Mangga Muda keluarkan cerita Noh tengah berbahagia dengan Emma selepas putus cinta dengan pelajar di luar negara tu. Tup tup terdengar suara halus yang melayang-layang di udara yang Noh sekarang ni ada kekasih baru pula. Bila dah jadi rockstar ni, makin menjadi-jadi pula saham vokalis Hujan ni.


Siapa pula gerangan bertuah yang berjaya memikat jejaka dari Sarawak ini? Sebab yang Mangga Muda dengar bukan sedikit artis wanita yang mendamba kasih Noh. Hebat betul penangan dia kan? Seorang pergi, berduyun pula yang datang sampai tak cukup tangan melayan agaknya. Jangan marah ya Noh. Mangga Muda bergurau manja di tahun baru.

Tapi hati Noh tetap setia kepada kekasih barunya yang juga anak kepada orang kenamaan. Dan jangan tak tahu girlfriend barunya juga merupakan artis berkumpulan hip hop yang dulu cukup terkenal dan kerap bergandingan dengan Too Phat.

Dan dengar cerita juga Noh ada buatkan lagu untuk kekasih barunya. Lagu cinta ke Noh?

Mesti ada yang dapat teka siapa lepas tengok gambar dia kan? Apa-apa pun harap Noh bahagia.

Mangga Muda
- Dah mula panggil buah hati dia Sayang. Romantik juga Noh ni.

 

Trackback(0)
Komen (2)add comment

GlamGucci said:

18455
...
OK la tu...buat apa si Nora Danish tu Janda anak 1. Tak sesuai pun dgn Noh.
 
January 11, 2010
Undian: +0

GlamGucci said:

18455
...
x suka Nora Danish singa betina tu gerang orangnya
 
January 11, 2010
Undian: -1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 07 Januari 2010 15:25 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)