Remy Ishak dipukul... angkara siapa?
Ditulis oleh ManggaMuda    Selasa, 08 Disember 2009 12:44    E-mail
share

Tiba-tiba heboh kes pelakon hot Remy Ishak dipukul oleh sekumpulan lelaki di Istana Budaya. Remy membuat laporan polis pasal insiden itu. Pihak lelaki tersebut juga membuat laporan polis mendakwa perbuatan mereka sebagai mengajar Remy yang dikatakan mengganggu dan memukul seorang gadis.

Remy IshakOpss... Ini dah jadi kes lain ni. Bila dengar macam tu Mangga Muda agak ni mesti kes pergaduhan pasangan kekasih ni. Tak sangka pula si Remy yang romantis itu baran jugak ya. Kalau benar dakwaan pihak lelaki itulah.

Apabila menerima kedua-dua aduan, pihak polis menyifatkannya sebagai masalah peribadi. Kalau macam itu cara nak menyelesaikannya pun kena buat cara peribadi jugaklah.

Angkara siapa ya? Itulah yang orang nak tahu sangat tu. Remy bagaimanapun menafikan dia mengasari dan memukul anak gadis kepada seorang ahli perniagaan.

"Tak sangka perselisihan faham dengan gadis yang dimaksudkan membawa kepada insiden tersebut. Saya tak melakukan apa-apa kesalahan... kalau ada pergaduhan pun ia cuma membabitkan masalah peribadi dan emosi dua individu," kata Remy kepada akhbar kompak Kosmo.

Ummi NazeeraLain macam bunyinya... macam pergaduhan pasangan kekasih pula dengarnya. Namun Remy enggan menyebut nama gadis yang dikaitkan itu. Mahu berahsia.

Remy IshakAgak-agaknya siapa yang rapat dengan Remy? Adalah pelakon Ummi Nazeera yang sama-sama berlakon dengannya dalam drama popular Nur Kasih?

Sebelum ini memang mereka dikatakan menjalin hubungan cinta, tetapi cinta mereka macam ada masalah. Mangga Muda pun tak mahulah nak mengiyakan sebab tidak tengok pula nama siapa yang tercatat dalam laporan polis oleh sekumpulan lelaki yang memukul Remy itu.

Nampaknya insiden itu memberi kesan positif kepada pementasan teater Natrah yang sedang dipentaskan di Istana Budaya. Remy pegang watak Mansor Adabi, lelaki yang terpaksa berpisah dengan isterinya, Natrah.

Mangga Muda dengar tiket menonton teater yang mencatatkan salah sebuah sejarah itu habis terjual. Makin hangat kisah pelakonnya makin laris jualan tiket.

Mangga Muda: Berhajat juga nak tonton teater Natrah.

 

 

 

Trackback(0)
Komen (10)add comment

pekgnu said:

30223
...
gaduh2 jgn x gaduh...aku sokong mana yg menang
 
December 08, 2009
Undian: +0

cecilia said:

December 08, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
publisiti pd natrah
 
December 08, 2009
Undian: +1

cecilia said:

3341
...
dh popular ada lak cite x gemor didgr
 
December 08, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
dl aku tgk si remy ni kurus kering jer skang dh mantap macho
 
December 08, 2009
Undian: -2

GlamGucci said:

18455
...
mmmmm macam drama celakarama lah pulak
 
December 15, 2009
Undian: -1

GlamGucci said:

18455
...
wahai artis berlakon lakonan jadi realiti
 
December 15, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

18455
...
bagaimana dalam lakonan di luar pun cam lakonan juga drama swasta jadi drama realiti kahkahkahkahsmilies/cheesy.gif
 
December 15, 2009
Undian: -2

GlamGucci said:

18455
...
Kesian Remy kacak dan macho pun kena belasah
 
December 15, 2009
Undian: +1

GlamGucci said:

18455
...
Siapa betul siapa salah
Hanya mereka berdua je yang tahu
 
December 15, 2009
Undian: +2

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 16 Disember 2009 17:38 )