Luahan Hati Wardina Safiyyah
Ditulis oleh Norman Ismail    Sabtu, 19 Disember 2009 14:20    E-mail
share

Di petik dari laman Facebook:

(Kredit kepada: Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot)

Ikan lumba-lumba adalah binatang yang amat digemari oleh semua lapisan masyarakat. Mereka bijak dan mampu menceriakan sesiapa sahaja. Ikan lumba-lumba adalah mamalia seperti juga kita manusia. Di kebanyakkan Negara, ikan lumba-lumba dilindungi daripada dieksploitasi dan penyiksaan. Data menunjukkan bahawa sekurang-kurangnya 2’700 ikan lumba-lumba ditangkap dari habitat asal mereka. 53% yang hidup, akan mati dalam masa 90 hari dan setengah dari mereka mati dalam dua tahun pertama akibat terseksa di ‘tempat’ baru, kerana mereka tidak boleh menyusuaikan diri. Kajian menunjukkan bahawa ikan lumba-lumba adalah antara haiwan yang tidak mungkin dapat menyesuaikan diri dalam ‘kurungan’ walau selama mana pun mereka dilatih. NAluri semulajadi mereka adalah di lautan, melompat dan bebas bergerak.



The Dolphins and Sea Lion Show” yang dibawakan oleh LD Sports Sdn Bhd, menampilkan dua ekor ikan lumba-lumba bernama Rio and Karon dan sepasang singa laut bernama Gendon and Brad menunjukkan bagaimana Malaysia dan rakyatnya tidak sentsitif langsung mengenai hak dan isu eksploitasi binatang. Saya merasa dukacita mereka dibenarkan dibawa masuk ke Negara ini. Binatang-binatang ini akan diusung dari Kuala Lumpur kemudian ke Penang dan Johor selama tiga bulan berturut-turut. Cubalah bayangkan bagaimana siksanya mereka terpaksa diangkat kesana kemari hanya kerana ingin memberi “hiburan” kepada manusia.

Rio and Karon dipaksa melakukan tiga pertunjukkan satu hari pada hari biasa dan sehingga lima pertunjukkan sehari pada hari Sabtu dan Ahad! Bayangkanlah betapa penatnya mereka. Sudahlah mereka dikurung dalam penjara buatan manusia. Jika kita pun disuruh bekerja melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya, pasti ada perasaan derita di hati bukan? Sekurang-kurangnya kita dibayar gaji dan tidak dikurung dalam ‘penjara’. Mamalia ini Cuma diberi makan ikan mati, yang tidak pun mereka gemari! Diet ikan lumba-lumba, adalah ikan hidup yang segar!

Binatang ini juga punyai perasaan. Sayangnya perasaan ikan lumba-lumab tidak mampu dizahirkan di wajah mereka. Hakikatnya otot di muka ikan lumba-lumba tidak boleh bergerak, oleh sebab itu, sedih atau takut, sakit atau sihat, mereka akan kelihatan sepert ‘tersenyum’ sentiasa.

Persembahan singa laut dan ikan lumba-lumba ini tidak member secebis pun maklumat atau pengajaran berguna kepada penonton yang hadir, yang rata-ratanya terdiri dari golongan anak-anak. Tidak ada sedikit pun cerita mengenai binatang ini, dari mana asalnya, bagaimana habitatnya, apa yang mereka gemari? Mesej yang diberikan kepada penonton adalah – “Tidak mengapa kita bersuka ria, dan bertepuk tangan. Tidak salah kita menangkap ikan lumba-lumba ini dan memaksa mereka menghiburkan kita. Melayan binatang seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima”. Music yang kuat dan pengacara yang menjengkelkan membuatkan saya merasa begitu simpati sekali kepada haiwan-haiwan ini.

Di akhir pertunjukkan, puluhan manusia akan beratur panjang untuk mengambil gambar dengan ikan lumba-lumba ini dan dikenakan caj tambahan RM15. Ikan lumba-lumba tidak suka disentuh oleh begitu ramai orang! memegang ikan lumba-lumba dengan sesuka hati, menyebabkan mereka merasa tekanan yang amat dahsyat. Tekanan ini menebabkan usus dalaman mereka rosak dan ini boleh membawa kepada kematian.

Tempat ‘tinggal’ Ria dan Karon terlalu kecil pada pandangan saya. Ikan lumba-lumba di lautan menyelam sehingga 150 kaki dan melompat serta berenang beratus-ratus kilometer jauhnya. ‘Penjara’ ini cuma 2.5 meter dalam, saya seperti mahu mengalirkan air mata. Menurut pekerja yan bertugas “sangkar” singa laut lebh kecil lagi. Cara binatang ini dieksploitasi, menunjukkan bahawa manusia sememangnya sangat tamak dan tidak berperikemanusiaan. Haiwan ini dikerah bekerja bagi segelintir untuk mendapat pulangan. Jika Malaysia mahu mencapai status Negara maju, pertunjukkan sebegini sepatututnya tidak dibenarkan dan diharamkan di Negara ini. Saya pasti negara-negara maju tidak akan membenarkan pertunjukkan yang jelas menyeksa binatang-binatang ini masuk ke dalam Negara mereka. Saya lebih terkejut lagi apabila melihat logo Tourism Malaysia tertera di kain rentang pertunjukkan ini, walhal hakikatnya Tourism Malaysia tidak pernah pun bekerjasama dengan penganjur. Bagaimana mereka dengan sesuka hati boleh meletakkan logo Tourism Malaysia tanpa kebenaran. Dan siapakah yang membenarkan pertunujkkan ini masuk ke Malaysia?

Bukalah mata anda semua, bersuaralah dan hentikanlah kekejaman ini! Ikan lumba-lumba ini sepatutnya bebas berenang di lautan bersama keluarga mereka! Saya pasti Malaysia, kerajaan, wakil rakyat, NGO dan rakyatnya peka kepada nasib malang binatang-binatang ini.

 

Trackback(0)
Komen (5)add comment

mamakorang said:

23076
...
terima kasih wardina...kalau tk de info ni...haram den tk tau....
 
December 21, 2009
Undian: +4

iffarafi said:

30610
sokong 100%
ini semua akibat kerakusan manusia utk mencari keuntungan serta taraf hidup yg makin meninggi
 
December 22, 2009
Undian: +5
..., Komen undian rendah [Papar]

wanjutawan said:

30646
Kesian
Haiwan juga adalah makhluk Allah yang patut dipulihara, dilayan dan dijaga dengan baik... smilies/angry.gif
 
December 29, 2009 | url
Undian: +2

raslin_ajibah said:

30874
mengarut??
Saudari wardina, saya rasa komen anda langsung tidak menggambarkan situasi sebenar di acara tersebut. Kita sepatutnya berterima kasih kepada pihak penganjur iaitu LD SPORTS yg telah bersusah payah membawa msk haiwan2 ini.Bknnya senang utk rakyat Malaysia (khususnya kanak - kanak ) melihat & memegang haiwan2 ini secara live di Malaysia kerana jika pihak penganjur tidak membawa haiwan2 ini,rakyat malaysia terpaksa ke luar negara untuk melihatnya.Bknnya seperti cik wardina yg amat "berkemampuan" utk terbang ke luar negara melihat persembahan2 seperti ini.

Jikalau mengikut petikan ayat saudari wardina,
"Haiwan ini dikerah bekerja bagi segelintir untuk mendapat pulangan." - apakah mksd sebenar saudari?tidakkah ini sama seperti buruh warga asing yg bertungkus lumus kerja tanpa henti membina pencakar langit di negara ini?adakah apa - apa tindakan yg diambil?

Ayat Saudari = Mesej yang diberikan kepada penonton adalah – “Tidak mengapa kita bersuka ria, dan bertepuk tangan. Tidak salah kita menangkap ikan lumba-lumba ini dan memaksa mereka menghiburkan kita. Melayan binatang seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima”.
Situasi sama sahaja dengan saudari yg pergi menonton persembahan konsert.Saudari juga btepuk tangan bersuka ria didalam konsert atau persembahan bkn begitu?Jadi mksd saudari melayan manusia/homo sapien seperti objek hiburan adalah perbuatan yang boleh diterima?

Hentikanlah tohmahan2 saudari yang tidak ini.sokonglah industri hiburan/pelancongan.mcm mana negara nk maju kalau nak cucuk kiri kanan.

Sekian saudari.
 
January 31, 2010
Undian: -1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Sabtu, 19 Disember 2009 14:55 )