|
Nampaknya kali ni Mangga Online tertarik dengan program travelogue Xpresi Kembara terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM). Bukan apa, jarang sekali kita dapat lihat aktiviti artis-artis indie tanah air, sebabnya mereka ni low profile. Lebih senang kalau hanya memperjuangkan muzik berbanding kehidupan katanya sampai timbullah cerita mereka ni kekwat dan susah untuk bekerjasama.
Bila menjadi public figure, sudah tentulah peminat nak kenal dengan lebih rapat asal usul penyanyi yang diminati. Dengan Xpresi Kembara, peminat berpeluang mengenali artis kegemaran mereka seperti 6ixth Sense, Bunkface, Yuna, Couple dan Awanband sepanjang Januari ini. Bukan hanya setakat itu, malah peminat dapat melihat penglibatan artis dengan elemen semulajadi alam.
Sepanjang Januari 2010, Xpresi Kembara akan membariskan lima artis indie terkenal iaitu 6ixth Sense (2 Januari) di Genting Highland, Yuna (9 Januari) di Ipoh Perak, Bunkface (16 Januari) di A’Famosa Resort Melaka, Awanband (23 Januari) di Pulau Pinang dan Couple (30 Januari) di Cameron Highland. Saksikan Xpresi Kembara setiap Sabtu jam 12.31 tengah hari hanya di TV1. 6ixth Sense - 2 Januari 2010
Program ini bermula dengan pengembaraan lima anak muda 6ixth Sense berkongsi percutian menarik di Taman Tema Genting. Band yang dianggotai Adi Priyo, Wan, Gjie, Athan dan Ayoy ini juga sempat menyanyikan lagu Cinta Sempurna secara basking.

Yuna - 9 Januari 2010
Yuna pula akan dibawa mengunjungi destinasi menarik di Ipoh Perak antaranya Gerbang Malam, Lost World of Tambun dan Pasar Pagi Memory Lane. Apa yang menarik Yuna akan melawat datuk dan neneknya di Batu Gajah. Bukan senang artis nak berkongsi kisah family dengan peminat. Jangan lepaskan peluang ini ok?

Bunkface - 16 Januari 2010
Episod seterusnya akan menampilkan band indie popular, Bunkface dengan aksi sempoi mereka di A' Famosa Resort, Melaka. Lihat sendiri keberanian mereka berhadapan dengan binatang buas termasuk buaya dan anak harimau di World Safari A' Famosa.
Awanband - 23 Januari 2010
Percutian di Pulau Pinang pastinya lebih menarik untuk diterokai bersama Awanband. Band ini akan menikmati permainan sukan lasak di Batu Feringgi dan pelbagai aktiviti nenarik untuk dikongsi bersama.

Couple - 30 Januari 2010
Saksikan gelagat empat sahabat di Cameron Highland berkunjung ke Kaktus Valley, Ladang Teh Bharat dan Taman Agro MARDI. Lebih menarik apabila masing-masing menunjukkan kemahiran membuat demontrasi yang dinamakan Strawberry Coklat Couple. Kalau nak tahu bagaimana, jangan lupa saksikan di Xpresi Kembara.

Untuk maklumat lanjut, foto dan info-info terkini tentang program Xpresi Kembara, sila layari facebook.com dan carian xpresi kembara.
Trackback(0)
 |