| AESB Dedikasi Album Era Muzik Hits | ||
|
|
Tidak dinafikan lagu popular di radio masa kini banyak didominasi oleh mereka yang lahir daripada program realiti di Malaysia terutamanya bekas pelajar Akademi Fantasia (AF). Nampaknya kali ini bintang AF benar-benar menyengat dan berjaya menyerlahkan kehebatan dominasi dalam carta lagu popular seperti Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz) dan Menatap Matamu (Aril). Sebagai penghargaan kepada para peminat yang tidak pernah jemu menyokong perjalanan karier bintang-bintang kelahiran program realiti TV, Akademi Fantasia, Astro Entertainment Sdn Bhd (AESB) kini tampil dengan album kompilasi sepuluh buah lagu terhangat masa kini termasuk sebuah lagu daripada diva tersohor, Anita Sarawak. Album ini memuatkan lagu antaranya Menggegar Dunia (Adam dan Stacy), Jika Kau Ubah Fikiran (Mila), Menatap Matamu (Aril), Sujud (Mawi dan KRU), Bengang (Akim), Pakai Buang (Stacy), Masih Jelas (Hafiz), Berbicara (Isma), Sugul (Yazid) dan Maafkan (Anita Sarawak). Album edaran Warner Music ini turut memuatkan tujuh klip muzik video dan boleh didapati dengan hanya RM21.90. Beli satu album tapi boleh dengar banyak lagu best. Berbaloi kan?
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 823 Trackback(0)
Komen (4)
![]()
pekgnu
said:
|
|
... cam dah x laku je budak2 ni.kasihan...itu pon berduyun2 anak muda nak jadi penyanyi.buang karen je |
|
hafizaf7
said:
|
Your Online S.A.V.E Shopping Terimakasih kerana mengeluarkan album ini untuk kami, peminat artis realiti..hehehe |
|







