Empat Bintang Untuk Ne-Yo
Ditulis oleh Nonie    Jumaat, 08 Januari 2010 16:49    E-mail
share

Sejak mendapat berita Ne-Yo akan dibawa ke Kuala Lumpur oleh Phuture Phlow Sdn. Bhd. untuk menjayakan konsert yang akan berlangsung di Sunway Lagoon Surf Beach, hati memang teruja menanti detik tersebut. Manalah tahu dapat jumpa in person dengan Ne-Yo (hehe). Tapi dalam hati takut juga apa yang diharapkan tak menjadi seperti yang berlaku kepada Konsert Beyonce. Patah hati masa dapat tahu konsert ditunda.

Akhirnya 7 Januari 2010 datang juga, dan Mangga Online (MO) tengok ramai warga kota membanjiri konsert pertama yang berlangsung pada awal tahun baru ini. Kebanyakan yang hadir memang sempoi dan sporting. MO pula lebih senang untuk duduk di area Phlow Zone, lebih feel tengok konsert kononnya. Macam tak percaya Ne-Yo ada di Kuala Lumpur.


MO tiba sekitar jam 8.30 malam akibat kesesakan di pintu masuk Sunway dan sempat juga window shopping di Sunway Pyramid. Bukan tak mahu masuk awal, tapi kebiasaannya akan ada artis undangan yang akan membuat opening. MO datang semata-mata kerana ingin melihat penyanyi berkulit hitam manis itu lebih dekat, bukan penyanyi lain (betul tak?) Penyanyi jazz tempatan, Najwa Mahiadin diberi penghargaan untuk membuka tirai persembahan pada malam itu tapi sayangnya MO tak sempat tengok.

Sekitar jam 9.00 malam, MO terus bergegas ke tapak konsert apabila diberitahu Ne-Yo akan muncul tidak kurang daripada lima minit. Dan daripada tangga eskelator, MO dapat dengar dentuman muzik yang buatkan hati semakin melonjak-lonjak kegirangan tak sabar melihat persembahan Ne-Yo secara langsung buat pertama kalinya. Masa tu Ne-Yo nyanyikan lagu Because Of You, MO memang tabik dengan Ne-Yo sebab vokalnya memang mantap dan lemak merdu. Tak rugi rasanya habiskan masa di konsert ni.

Dalam jelajah ini juga, Ne-Yo atau nama sebenarnya Shaffer Chimere Smith turut memperkenalkan protegenya, Jadyn Maria, artis pertama mengikat kontrak di bawah label syarikatnya, Compound Entertainment.

Sepanjang konsert berlangsung, Ne-Yo dilihat banyak berkata-kata sehingga MO rasa agak membazirkan masa singkat yang ada. Suara merdu menyanyikan lagu popular seperti Never Knew I Needed, So Sick, Mad, Knock You Down dan lain-lain tidak dapat dinafikan kehebatannya sebagai penghibur antarabangsa yang pernah merangkul banyak anugerah, namun secara keseluruhannya MO mampu bagi empat daripada lima bintang.

Ne-Yo juga dendangkan lagu Go On Girl, Part Of The List, Single, Why Does She Stay, Fade into Background, Lie To Me, Miss Independent, Sexy Love dan lagu medley seperti Take A Bow, Spotlight, Let Me Love You dan Irreplaceble.

Jam hampir ke detik 10.30 malam namun lagu kegemaran MO, lagu tema Princess and The Frog belum lagi kedengaran dan MO agak terkilan kerana lampu di pentas sudah pun dipadamkan. Ramai yang tak berganjak mengharapkan sesuatu yang lebih. Dan hajat kami termakbul bila muzik Never Knew I Needed berkumandang dan Ne-Yo kembali ke pentas. Mendendangkan lagu terakhir sebelum mengakhiri konsert Ne-Yo Live in KL.

Ne-Yo lebih banyak ketengahkan lagu daripada album terbaru Year Of The Gentleman, namun konsert santai ini sebenarnya mengajak penonton yang hadir untuk lebih menghayati melodi indah dan kelunakan suara Ne-Yo. Tidak banyak lagu rancak yang dapat memukau penonton berdansa bersama. Mungkin itu kekurangan yang MO lihat dan tidak hairanlah hampir keseluruhan penonton yang hadir tidak aktif dan lebih banyak proses mendengar lagu yang disampaikan.

Yelah, macam tak logik pula kalau lagu romantik, tiba-tiba kita nak terkinja-kinja pula. Macam tak sesuai kan? Memang sesuailah konsep dan persembahan yang dipertontonkan semalam.

Namun MO masih berasa ada yang kurang dengan konsert ini. Apa pula kata mereka yang lain yang turut sama menyaksikan konsert ini? Apa-apapun MO memang salute dengan komposer muda ini.

 

Trackback(0)
Komen (1)add comment

zackaey569 said:

29438
...
pegi xajak pon....
 
January 19, 2010
Undian: -1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 08 Januari 2010 18:12 )