| Hafiz Juara AF7 | |
|
|
Hafiz menjadi juara edisi ketujuh pertandingan realiti itu dalam pertandingan akhir yang berlangsung di Stadium Putra Bukit Jalil pada 16 Mei 2009.
Tamatlah AF untuk tahun ini. Lepaslah bebanan penghantar SMS yang tidak boleh duduk diam kalau tak mengundi peserta pilihan mereka. Tempat kedua pula jadi milik Aril yang dibawa masuk setelah meraih undian tertinggi AFMASUK minggu lalu. Akim pula menduduki tempat ketiga. Hafiz membawa pulang RM20,000 sebuah kereta Honda Accord dan hadiah iringan lain. Pemenang tempat kedua mendapat RM10,000 dan pemenang tempat ketiga pula mendapat wang tunai RM8,000 serta hadiah iringan lain. Yazid menduduki tempat keempat manakala satu-satunya finalis wanita, Isma hanya dapat tempat kelima. AF7 nampaknya banyak dapat kritikan dalam banyak perkara. Agaknya konsep program itu yang sudah difahami oleh penonton. Peminat setia sudah dapat mengagak apa yang bakal berlaku kerana gimik yang kononnya menjadi kejutan yang dibuat sebenarnya siaran ulangan. Rata-ratanya pernah dilakukan dalam enam musim yang lalu. Kualiti peserta yang tidak mencapai tahap promosi pra AF7 juga menjadi satu punca.
Namun apabila pertandingan dan diari mula dipancarkan, ada yang tak dapat mencari di manakah transformasi yang diuar-uarkan itu. Ke mana mereka? Walaupun pasaran album sering dikatakan lembap, pertandingan mencari bakat baru masih diteruskan. Soalannya ke mana destinasi peserta AF7 selepas ini? Adakah semuanya akan diuruskan oleh Astro Entertainment yang menguruskan puluhan bekas peserta dan juara musim-musim lalu? Atau mereka hanya memilih peserta yang berjaya ke konsert akhir sahaja untuk diuruskan perjalanan seni mereka? Tunggulah apakah nasib mereka selepas ini. Apatah lagi setelah Maestro Records dan Maestro Talents yang menguruskan artis AF sebelum ini sudah menutup operasi. Mereka belum tahu lagi sebab perkembangan di luar tidak sampai ke pengetahuan mereka yang dikourantin di dalam akademi sejak minggu pertama AF7 bermula.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 1664 Trackback(0)
Komen (51)
![]()
GlamGucci
said:
|
|
semua ada bakat bukan la aku minat sgt ngan AF ni tp korang masing2 ada bakat tersendiri so pandai2 la mengharungi hidup sebagai artis lepas ni |
|
cutecda
said:
|
HAFIZ mulakan langkah dunia glamer ni dengan semangat jangan poyo sangat okay dari pemerhatian dgn menggunakan akuni engkau ni lom ckp ilmu lagi |
|
azieazlie
said:
|
... tahniah hafiz... suka tengok aril dan akim... budak 2 orang nie memang menghiburkan dipentas..... tapi, kenapa konsert akhir af7 nie lemau semacam...... lagu tah apa2.. |
|
jelatang
said:
|
... nilah final af yg paling trok dlm sejarah af bukan budak2nyer trok.TAPI LAGU2 nyer HAMPES......esp lagu2 baru...ntah pa-pa....betoi tak???? saperlah yg tulis lirik lagu2 br elokla aril komplain.......bkn pakai tima jer pe jenis lagu....ada hak bersuara....lagu2 final dulu2 suma bes2 dan malatop!!!! |
|
jelatang
said:
|
... student okey....... tgk jalah adaka apis kasek lg anuar jain yg tak femeslak tu yazid lagu br pa pa mama percaya ......heheheh niece aku punbleh nyanyik.... isma lak adam n hawa....dierlak bw lagu tu tak best hahhahhahah lagipun lg isma laki dier yg buat lantaklah kan......laki dier..hahhahha takla ms mila lg persis mutiara kan bes stacy aku stacy ritz , nubhan pun bes...malatop zahidpun bes mawi pun bes bob pun bes.......af7 jer hampeh..... juara yg paling corot ialah faizal ganu hahhahaha |
|
jelatang
said:
|
... tgk pd pentas mmg GAH dgn kaler MERAH...ni mesti best ni dari apis ingga abis..........TAK BEST LANSUNG.....edry hashim pun da pakai smart2 ngat mestila gempak....... hehehhehe terpaksalah merka cover.......mmg takpnahlah aku tgk AF final setrok ini......PARAH22 stuju tak..... |
|
jelatang
said:
|
... plg kesian ISMA lah hy dpt MR bola2... perlah astro ni kaseklah rm1ribu ker......dah tahu 5 ke final APARA........ sbnr nyer dr lagu hot n cold la bw isma ke bwh......oppps terlebih seksi udah..... |
|
cun9929
said:
|
Masih Jelas ~ Hafiz Beralih musim ke musim Hati tetap serupa Tiada yang berubah Dari hari dikau pergi Dikau pergi |
|
cun9929
said:
|
... Penjara.. hidup ini penjara Tanpa ada simpati Kepada sang kekasih Yang dilanda, yang dilanda Kehilangan.. |
|
cun9929
said:
|
... Masih jelas setiap garisan halus Bila senyuman kau ukirkan untukku Masih jelas setiap lekuk penjuru Menghiasi wajahmu Waktu kau renung aku |
|
cun9929
said:
|
... Ratib sendu.. Ratib sendu bergetar dalam kalbu Hingga menitis linang Dari kelopak mata Keranaku keranamu dipisahkan |
|
cun9929
said:
|
... Sudah suratan takdir begini Segalanya sementara Selagi hayat masih ada Kau bertakhta di hatiku |
|
Setelah melalui episod suka duka akhirnya seorang lagi juara Akademi Fantasia terbitan Astro ditemui.
Semasa mengadakan sidang akhbar awal, pihak penerbit menguar-uarkan transformasi dalam diri peserta AF musim ini.

akuni 












