BS21 Brainscan
Ditulis oleh Site Administrator    Selasa, 28 Oktober 2008 18:17    E-mail
share

Kisah bermula apabila Dr.Suzana (Sharifah Shaheera) di bawah seliaan Prof. Dr. Taib Siron (M. Rajoli) berjaya mencipta sebuah mesin BS21 yang boleh membaca fikiran manusia. Walaupun BS21 amat penting dalam bidang perisikian ketenteraan namun, ia amat berbahaya jika terjatuh ke tangan orang yang tidak bertanggungjawab. Hal itu benar-benar terjadi apabila Cat (Cat Farish) dan orang kanannya Kupan (Bob Kuman) telah mencuri BS21 dari makmal Dr. Suzana. Satu-satunya saksi yang melihat kejadian tersebut adalah Hashim (Zul Yahya), pengawal keselamatan makmal tersebut. Bermulalah pelbagai aksi dan perkara melucukan kerana BS21 sebenarnya boleh merealisasikan apa yang dihajati oleh pemakainya.

Semasa dalam usaha melarikan diri, Cat dan Kupan bertembung dengan sekatan jalanraya oleh pihak polis. Kupan yang bersifat bodoh-bodoh alang telah mencampakkan BS21 ke dalam semak apabila dimarahi Cat. Semasa Adruce (Nik Adruce), anak kepada Hashim dalam perjalanan balik dari sekolah, dia telah menemuinya dan membawa pulang BS21.

Di sekolah, Adruce adalah seorang budak yang kuat berangan dan sering tidur di dalam kelas. Adruce sangat menyukai Erin (Nur Arina), rakan sekelasnya dan mendapat tentangan daripada Eric (Eric), musuh ketat Adruce. Di rumah, Adruce sering tertekan dengan sikap ibunya(Nik Sayyidah) yang kuat membebel.

Sambil membelek-belek BS21 di dalam biliknya, macam-macam perkara difikirkannya tanpa mengetahui kebolehan mesin tersebut. Ibunya tidak berhenti-henti membebel dari luar bilik. Erin yang cantik sentiasa dikenang-kenang dan wajah Eric sentiasa didendaminya.

Keesokan harinya, segala-galanya berubah. Ayahnya telah mengambil sifat-sifat dan kerja-kerja ibunya dan begitulah sebaliknya yang terjadi kepada si ibu. Di sekolah, seperti di alam fantasi, Adruce dilayan seperti raja oleh semua termasuklah oleh Cikgu Bedah (Khatijah Tan); guru yang selalu memarahinya kerana suka tidur di dalam kelas, Eric yang menjadi orang suruhannya dan Erin menjadi seolah-olah puteri yang sentiasa bersama dengan puteranya./p>

Walaupun Adruce bahagia dilayan sedemikian tetapi dia terpaksa pulihkan keadaan kerana ibu dan ayahnya yang sudah bertukar karakter. Pelbagai usaha dilakukan oleh Adruce dan adiknya Fatin (Fatin Nur Afifah), Erin dan Eric untuk memulihkan keadaan. Tetapi, usaha tersebut bukanlah mudah kerana Cat dan Kupan sentiasa memikirkan cara untuk mendapatkan semula mesin tersebut. Begitu juga Dr. Suzana dan Prof. Taib.

Apakah kesudahannya dan siapakah dalang sebenar-benarnya disebalik huru hara yang berlaku? Segalanya akan disingkap menerusi filem ke 23 Metrowealth (MIG),

Trackback(0)
Komen (22)add comment

COCONDONG said:

October 28, 2008
Undian: +0

IQAH said:

October 28, 2008
Undian: +0

PutRiKRistaL said:

October 30, 2008
Undian: +0

maniqkayangan said:

20932
...
KOMEN : NO KOMEN.....
 
November 05, 2008
Undian: +0

EnchaiSakura said:

12027
...
ku xpahammm......huhuhu..korang komen lee hehhe mcm x best langsung!!!!
 
November 10, 2008
Undian: +0

ungkep said:

17577
...
cam na nak komen. x faham apa2 pon abg mangga oiiiiiiiiiii
 
November 18, 2008
Undian: +0

ungkep said:

17577
...
naper sunyi je blog ni aghhhh
 
November 18, 2008
Undian: +0

ungkep said:

17577
...
jom le kita meriahkan blog ni
 
November 18, 2008
Undian: +0

Dsweets said:

25419
...
elo..salams semua
owh, filem baru ker? wat suspen jer, ingat tul lah dh ade org leh cipta mesin yg leh baca fikiran @ mind reader ni. smilies/cheesy.gif

 
November 19, 2008
Undian: +0

a guest said:

19965
ni cite ape plak nihhh
cam tak best jerk..
 
January 09, 2009
Undian: +0

a guest said:

19965
macam..macam
drp tgk cite cam ni
lebih baik aku tido...kui3
 
January 09, 2009
Undian: +0

cecilia said:

3341
...
Storyline biasa jer... tp kn tgk gerapan director la y menvisualkan filem ni camana...
 
January 16, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
tgk iklan ok la..
 
May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
cite mlyu sume dia xsuka...
 
May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
cita pa yg dia suka den pn xtau
 
May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
PONING DEN HEHEHEHE
 
May 18, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
jgn mrh na cun..gurau2 ja
 
May 18, 2009
Undian: +0

AyUsLeEpInG said:

24669
...
apekemenda nyer ni abg maman....xpaham laaa....
 
May 24, 2009 | url
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 28 Oktober 2008 18:17 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)