| Budak Kelantan Filem Jujur | ||
|
|
Oleh ROSLI MANAH Semasa menulis rencana ini saya sebenarnya belum lagi menonton filem Budak Kelantan. Namun apabila mendengar komen rakan-rakan yang menonton pratonton dan juga membayar tiket menontonnya di pawagam, semuanya menyarankan saya ke panggung. Tergerak juga hati. "Pergilah... rugi kalau tak sempat tonton Budak Kelantan," kata wartawan Rudy Imran dari akhbar Harian Metro. Ramai lagi yang berpandangan serupa. Memang saya nak tonton selepas ini. Kebetulan saya pun berasal dari Tanah Merah, Kelantan. Kebetulan satu lagi, si pengarahnya Wan Azli Wan Jusoh juga pelajar junior di sekolah lama saya, Sekolah Menengah Datuk Mahmud Paduka Raja, Tanah Merah. Lalu saya menghubungi pengarahnya untuk mengulas serba sedikit pasal Budak Kelantan. Judul asal filem tersebut daripada ilham Wan Azli ialah Koya Best (Berangan Bagus). Tapi menukar tajuk demi pemasaran mengikut kehendak penerbit, Grand Brilliance. "Saya mengarah filem ini mengikut apa yang saya fikirkan sesuai. Saya memang mahu menggunakan pelakon yang berasal dari Kelantan sendiri melakonkan watak orang Kelantan kerana saya tak mahu pelakon luar akan salah menyebut dialog loghat Kelantan yang digunakan. "Sebenarnya apa yang dipaparkan dalam watak-watak hitam dalama filem ini memang kejadian yang benar. Malah saya membawa kisah yang sememangnya berlaku ke atas kawan saya sendiri. "Saya tak nampak watak itu sebagai menggambarkan keseluruhan orang Kelantan macam itu," jelas Wan Azli. Budak Kelantan sebuah filem yang unik dan berani kerana menjadikan fenomena penghijrahan anak Kelantan ke ibu negara Kuala Lumpur sebagai latar belakang ceritanya.
Budak Kelantan mengisahkan bagaimana pertemuan dua sahabat sekampung, Buchek (Danny X-Factor) dan Jaha (Asrulfaizal Kamarulzaman) yang berlainan corak hidup memberi kesan terhadap perjalanan itu. Buchek yang cuba membantu Jaha kembali ke jalan lurus, sedia melepaskan teman wanitanya, Che Nor (Bienda). Mampukah cinta mengubah kehidupan manusia seperti tanggapan Buchek? Buchek dan Jaha... dua watak berbeza. Wan Azli berkata berharap filem Budak Kelantan bukan sahaja menarik minat orang Kelantan untuk menonton tetapi kepada semua masyarakat. "Saya mahu tonjolkan cerita dalam filem ini dengan harapan cerita hitam yang diallui oleh watah Jaha akan dapat memberi panduan kepada orang lain. Sebenarnya kawan saya yang saya ambil kisahnya ini masih hidup, tapi dalam filem ini saya matikan watak itu. Saya tak tahu sama ada dia sudah tonton atau tidak kerana di Kelantan tak ada panggung wayang," kata Wan Azli lagi. Adegan merogol anak dara. Ada juga orang mengatakan kemungkinan orang Kelantan tidak akan suka apabila sisi jahat pemuda Kelantan menjadi paparan utama. Namun Wan Azli sudah membawa anak-anak kelantan dalam Pesatuan Anak-anak Kelantan Di Perantauan menonton dan mereka tidak berasa sisi filem itu sebagai mengaibkan. Danny dan Bienda serikan Budak Kelantan. Menurut Wan Azli, dia sudah didatangi tawaran mengarahkan sebuah filem baru yang bertema remaja. Tetapi dia belum memberi kata putus kerana mahu teliti sama ada dia bebas berkarya mengikut cara dan kecenderungannya atau sebaliknya. "Saya tak boleh mengarahkan filem yang tidak selari dengan jiwa saya... saya kena buat benda yang saya rasa selesa. Bukanlah bermakna hanya filem bercorak dan berkonsep seperti filem Budak Kelantan sahaja yang akan saya arahkan," katanya.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 7444 Trackback(0)
Komen (25)
![]()
adamsaffwan
said:
|
|
... Mesti syok gilerrrrr filem ni. Aku pun nak tgk juga hari Ahad ni. Sebab aku pun org kelantan. |
|
mariaclara
said:
|
... mmg best citer ni...aku da tgk da...bleh insaf jgkla...tp ada gak yg x logik cite ni...lyn jelah............ |
|
EnchaiSakura
said:
|
... BEST KE X BEST,...KAT INTERNET LEH TGK X WEI?..KU KAT OVERSEA LA....MCMNE NK TGK...KOMEN MCM BEST JEE....... |
|
ijaellyza
said:
|
... untuk enchai kalau diorang dah baawak masuk kat u tube nanti tengok je sebab ija pon sama macam enchai |
|
EnchaiSakura
said:
|
... looo yo ko..same le kite...emmmmm cite ni mcm best je...dah lame x tgk cite melayu,selalu nye buat ngantok jee..hehhehe.Ija pun oversea ke ...kat mane..enchai kat Shanghai..hehhehe. |
|
cecilia
said:
|
... Aku bangga la sorg demi sorg rakan seperjuangan junior or senior aku skang mencipta nama.. Bila lak giliran aku agaknye.. Gd luck 4 wan azli.. Walaupun xsempat nk tgk filem ni, naratif n lakon layarnye camana, drp triller aku rasa citer ni macam 'gedebe'. Xtau la klu ia difilemkan oleh wan azli.. |
|
cecilia
said:
|
... kmarin aku ada tbaca psl filem ni.. kata shamsul cairel filem ni bukan hanya tuk org kelantan tp tuk semua negeri, dia umapama ada roh n jiwa didalamnye.. |
|
cecilia
said:
|
... wahh,, caya la wan azli.. walaupun x glamor x meletup filemnye tp karya ok..ni y buat aku semakin nk tgk.. |
|


cerita gapo pulok nih wei
GAPO PULOK DAH LIAN PULOK MANGGO


