Album Pilihan
Nostalgia dangdut dulu-dulu
Ditulis oleh Rosli Manah    Selasa, 06 Julai 2010 12:10    E-mail
share

Irama dangdut sememangnya dekat dengan orang Malaysia kerana telah lama dipengaruhi muzik dari India dan Indonesia.

Malah artis era 1970-an banyak merakam lagu pop yang ada sentuhan dangdut. Tapi lagu-lagu mereka tetap dikategori sebagai lagu pop.

Datuk Sharifah Aini, Azlina Aziz, Fauziah Ahmad Daud, Jay Jay, Datuk D. J. Dave, Datuk Khadijah Ibrahim, Datuk Sudirman tidak diklasifikasikan sebagai penyanyi dangdut, namun ada lagu rakaman terdahulu mereka yang memiliki sentuhan dangdut.

Tak percaya? Kalau tak percaya, anda harus dengar himpunan lagu-lagu mereka dalam album kompilasi Ala Ala Dangdut terbitan Warner Music.

Terakhir dikemaskini ( Selasa, 06 Julai 2010 13:28 )
 
Nostalgia wanita pujaan
Ditulis oleh Rosli Manah    Isnin, 05 Julai 2010 17:50    E-mail
share

Sekarang ini pasaran album lagu-lagu baru memang susah nak jual. Sebab itulah banyak lagu single sahaja dipasarkan dan apabila lagu menjadi popular pencipta, penulis lirik dan syarikat rakaman akan dapat kutip hasil melalui jualan digital.

Tapi lain pula halnya dengan album lagu-lagu nostalgia yang masih ada sambutan. Agaknya peminat tak mahu gunakan lagu nostalgia dalam ringback tone sebaliknya lagu-lagu itu diputarkan di rumah atau di dalam kenderaan.

 
My Name Is Khan - Irama Sebuah Tragedi
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 22 Februari 2010 17:20    E-mail
share

Filem arahan Karan Johar, pengarah tersohor ini amat dinanti-nantikan peminat Datuk Shah Rukh Khan setelah sekian lama menyepi.  Filem epik romantis ini pastinya akan mengembalikan nostalgia lama apabila Shah Rukh akan bergandingan dengan Kajol, salah satu heroin yang kerap digandingkannya semasa zaman kegemilangan filem Bollywood.

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 22 Februari 2010 17:40 )
 
BEST OF RINGTONES
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 22 Februari 2010 15:54    E-mail
share

Menampilkan kompilasi hebat yang menggabungkan 18 lagu popular yang mendapat jumlah muat turun terbanyak sekitar 2008 dan 2009.

Antara lagu popular yang turut dimuatkan dalam album ini adalah Hanya Kau Yang Mampu (Aizat), Sayang Sayang (Alif Aziz), Suara Ku Berharap (Hijau Daun), Tak Mungkin Kerna Sayang (Alyah), Kalis Rindu (Elyana), Tanpa (Sixth Sense), Cinta Adam dan Hawa (Misha Omar) dan banyak lagi lagu menarik.

Hanya perlu membeli album ini dan kesemua lagu popular ini akan menjadi milik anda. Dapatkan segera di pasaran dengan hanya berharga RM26.90 (CD) dan RM19.90 (VCD).

Terakhir dikemaskini ( Isnin, 22 Februari 2010 16:00 )
 
Dangdut Kembali Menggegar
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 01 Februari 2010 17:20    E-mail
share

Biarpun pendengar kini telah beralih ke genre muzik yang lebih global, namun muzik dangdut masih mempunyai pengikutnya sendiri. Atas sebab itulah Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd mengambil ikhtiar menerbitkan kompilasi hebat yang menggabungkan lagu-lagu popular dangdut.

 


Muka 1 daripada 3

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10852 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)