Anang luah perasaan untuk KD
Ditulis oleh Rosli Manah    Rabu, 28 Oktober 2009 12:26    E-mail
share

Anang.Anang Hermanshah meluahkan apa yang terbuku di dalam dirinya selepas menghadapi masalah rumah tangga dengan Krisdayanti dalam album baru berjudul Separuh Jiwaku Pergi.

Orang kata kalau pencipta lagu melalui saat-saat getir dalam jiwa dan diluahkan dalam lagu, nyanyiannya pasti penuh penghayatan.

Anang juga mencipta lagu dengan sepenuh jiwa. Dengarkan saja lagu Separuh Jiwaku Pergi yang berkisar pasal seorang wanita yang menghianati cinta si lelaki.

Benarku mencintaimu, Tapi tak begini, Kau khianati hati ini, Kau curangi aku, Kau bilang tak pernah bahagia, Selama dengan aku, Itu ucap bibirmu, Kau dustakan semua, Yang kita bina, Kau hancurkan semua...

Itulah antara luahannya. Lagu-lagu lain yang dimuatkan, Belajarlah Untuk Cinta, Hujan Pun Menangis, Sakit, Bila Cinta Tak Dosa dan Hidup Ini Rahasia juga menceritakan luahan hati lelaki yang dikecewakan oleh wanita yang dicintai.

Lagu-lagu dalam album edaran SRC ini seolah-olah satu cerita panjang pasal kekecewaan hati Anang. Belajarlah Untuk Cinta menceritakan hati lelaki yang meminta si wanita belajar cara untuk mencintai kerana cinta sejati itu ibarat satu anugerah.

Hujan Pun Menangis pula satu perlambangan hujan yang menangis dan cinta ditelan dunia untuk menunjukkan betapa luka dan tergurisnya hati si lelaki apabila cinta yang diberikan sepenuh jiwa dan raga akhirnya hilang kerana semakin lama semakin tidak faham apakah kehendak si wanita.

Anang menulis, samudra... takkan cukup menulis inginmu, kau liarkan nafsu duniamu dalam lagu ini.

AnangSakit pula menceritakan kehancuran hati si lelaki apabila dihancurkan oleh wanita yang disifatkanya sebagai sakit dan payah dimengertikan.

Baitnya antara lain berbunyi: Kau bilang tak pernah bahagia selama ini, kau hidup denganku dan kau bilang tak akan bahagia hidup terus denganku, kamu sakit, aku lebih baik pergi, tak bisa lagi aku hidup dengan caramu.

Di sinilah kreatifnya pencipta lagu yang boleh membawa kedukaan yang dirasai di dalam bentuk lagu yang dijadikan hiburan namun sebenarnya dia ingin luahkan apa yang terbuku di dalam hati sekali gus menyampaikan apa yang dirasainya kepada insan tertentu.

 

 

 

 

Trackback(0)
Komen (10)add comment

smai1812 said:

October 28, 2009
Undian: -2

smai1812 said:

9560
...
smai in d house!!!!!!
 
October 28, 2009
Undian: -2

smai1812 said:

October 28, 2009
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
helo..helo..helo..myra in d home..smilies/grin.gif
 
October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
lo ctew anang....eeerrm,xtau r aq bab2 umah tangga nie..mcm2 lo..
 
October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
kalo dh b'cerai 2 sudh la..bwk haluan msing2 ja....
 
October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
msing2 cr r pengganti....yg lg lok ka...
 
October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
dh lepaskn n luahkn kt lagu 2 dh lo...lupekn jew r...
 
October 29, 2009 | url
Undian: -2

la DolcE said:

29600
...
ok la....2 jew komen...bye3smilies/smiley.gif
 
October 29, 2009 | url
Undian: -1

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Rabu, 28 Oktober 2009 12:57 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)