Dangdut Kembali Menggegar
Ditulis oleh Nonie    Isnin, 01 Februari 2010 17:20    E-mail
share

Biarpun pendengar kini telah beralih ke genre muzik yang lebih global, namun muzik dangdut masih mempunyai pengikutnya sendiri. Atas sebab itulah Sony Music Entertainment (M) Sdn Bhd mengambil ikhtiar menerbitkan kompilasi hebat yang menggabungkan lagu-lagu popular dangdut.

Best Of Dangdut menampilkan 17 buah lagu untuk mengubat kerinduan peminat kepada muzik yang kian lama menyepi daripada industri ini. Gabungan mantap raja dan ratu dangdut yang cukup popular seperti Amelina, Mas Idayu, Iwan, Datuk M. Daud Kilau, Sheeda, Ifa Raziah, Ramlah Ram, Haiza dan Zaleha Hamid. Manakala artis Indonesia yang terlibat adalah Bill & Brod, Merry Andani, Helvy Maryand dan Luna Maya.

Album ini mempertaruhkan lagu seperti Asyik (Amelina), Selamat Jalan Romeo (Ramlah Ram), Mas Joko (Helvy Maryand), Memori Daun Pisang (Amelina & Iwan), Singkong dan Keju (Bill & Brod), Kerna Pengalaman (Zaleha Hamid), Senada Cinta (Iwan & Mehnaz), Suara (Ku Berharap) (Luna Maya feat Didie (Hijau Daun), dan lain-lain.

Album ini juga memuatkan sebuah lagu baru dendangan Ifa Raziah & Ameng berjudul Sama Saja. Dapatkan kompilasi ini dengan harga RM26.90 untuk CD dan RM19.90 untuk VCD.

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10852 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)