| Peluang berlakon Muzikal Tun Mahathir
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Khamis, 29 April 2010 13:10 |
 |
|
| Istana Budaya dan CTRA Production akan mementaskan Teater Muzikal Tun Mahathir. Oleh itu, uji bakat untuk mencari pelakon teater ini akan diadakan. Kepada yang berminat untuk melibatkan diri dalam teater tersebut diminta datang sesi uji bakat.
Teater tersebut pasti menarik perhatian sebab perjuangan bekas Perdana Menteri Malaysia itu sangat banyak kepada negara serta bermacam cabaran dilalui untuk memastikan kemakmuran dan kekukuhan ekonomi negara.
|
|
|
| Air mata tumpah tonton Sri Mersing
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Selasa, 16 Mac 2010 18:04 |
 |
|
| Semasa mahu masuk ke Panggung Sari, Istana Budaya, petugas di pintu masuk bertanya, sudah bawa tisu atau belum? Dalam hati hanya berkata mereka bergurau sahaja tu.
Bila pementasan bermula khusyuk sungguh menonton... maklumlah filem Sri Mersing sangat popular dan pernah ditayangkan di kaca TV berkali-kali. Tunpahkah air mata?
|
| Terakhir dikemaskini ( Selasa, 16 Mac 2010 18:27 ) |
|
| Natrah: Lakonan hebat, cerita mantap... apa lagi!
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Khamis, 10 Disember 2009 15:32 |
 |
|
| 
Kisah hidup Natrah atau Maria Hertogh memang dekat dengan orang Melayu. Siapa tak ingat sejarah rusuhan di Singapura zaman sebelum merdeka yang mencetuskan rusuhan kaum. Orang Melayu begitu semangat mempertahankan Natrah kerana tidak mahu anak Belanda yang dipelihara wanita Islam itu di Kristiankan.
Bukan perjuangan bangsa di situ sebaliknya perjuangan agama. Masing-masing mahu mempertahankan kedaulatan agama mereka. Kalau Che Aminah bimbang Natrah kembali kepada Kristian, keluarga Natrah juga mahukan anak mereka kembali kepada asalnya yang dilahirkan sebagai seorang Kristian.
|
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 Disember 2009 17:31 ) |
|
| Warna-warni budaya Xinjiang mengasyikkan
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Isnin, 09 November 2009 12:39 |
 |
|
| 
Berwarna-warni dan menceriakan. Itulah antara gambaran semasa menonton persembahan Splendour of Xinjiang yang dibawakan oleh Xinjiang Song And Dance Essemble di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.
Kalau pihak yang mengusahakan membawa persembahan itu mahu menarik orang di sini melancong ke wilayah mereka, mereka dianggap sudah berjaya sebab semasa menonton persembahan, hati memang terdetik untuk melihat sendiri keindahan budaya mereka.
|
| Terakhir dikemaskini ( Isnin, 09 November 2009 16:10 ) |
|
| Saksikan keindahan show dari Xinjiang
|
|
Ditulis oleh Rosli Manah
Khamis, 05 November 2009 14:24 |
 |
|
| Pernahkah anda menonton keindahan tarian dari Xinjiang, wilayah majoriti Islam di China? Kalau belum pernah inilah masanya. Mereka datang ke Kuala Lumpur mempromosikan keunikan budaya mereka.
The Splendour of Xinjiang Charity Show akan dipersembahkan di Kuala Lumpur pada 7 dan 8 November 2009 ini di KL Live, Life Centre, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur dengan menampilkan 40 ahli kumpulan Xinjiang Song & Dance Esemble.
Pada 7 November dua persembahan akan diadakan pada pukul 2.30 petang dan 8.30 malam manakala pada 8 Novemebr satu persembahan pada pukul 2.30 petang.
|
| Terakhir dikemaskini ( Khamis, 05 November 2009 15:06 ) |
|
|
|
|
|
|
|
Muka 1 daripada 4 |