Kisah hitam dalam Lorong Blues
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 23 Julai 2009 13:22    E-mail
share

Fauziah Nawi memang tak pernah putus ada dalam mementaskan teater arahannya walaupun mengalami kesukaran mendapatkan tajaan.

Teater terbarunya, Lorong Blues bukanlah satu naskhah baru, malah sudah lama ditulis, tapi gagal dipentaskan kerana kekangan kewangan. Akhirnya pada 2007 ia berjaya dipentaskan.

Mulai 24 Julai hingga 7 Ogos ini sekali lagi teater itu menemui penonton di Stor Teater Dewan Bahasa Dan Pustaka, Kuala Lumpur. Tiket RM30 dan RM20 (untuk pelajar) dikenakan. Show bermula pukul 9.00 malam.


Teater itu mengisahkan pertembungan enam watak yang cuba melarikan diri daripada kenyataan pahit kehidupan yang mereka lalui. Akhirnya mereka terkepung di sebuah lorong semasa melarikan diri dari serbuan polis.

Dalam kekalutan itu mereka mula menuduh sesama sendiri. Mereka berkenalan dan daripada pertukaran pengalaman mereka mula mengenal wajah sendiri.

Kisahnya bermula waktu tengah malam dan berakhir pada waktu azan Subuh bergema. Dalam masa singkat itu pelbagai cerita terungkai.

Mereka melalui kisah hidup penuh tragedi. Ada pelakon wanita yang pernah menjadi mangsa seks bapa. Ada anak luar nikah yang mencari ibu kandung, lelaki lembut serta penagih dadah.

Lorong Blues menampilkan Ungku Hariz Faizal, Raja Emy Shahril, Raihan Jamil, Ard Omar, Mohd. Zaki Yahya, Mohd. Nor Hafiz, Adrina Badri, Farah Ahmad, Syalizawani Ramlan, Chie Azim, Sherry, Wan Yuzaini, Mohd. Hanafi dan lain-lain.

Untuk 15 tahun ke atas

Kalau filem ada kategori dan had umur, Lorong Blues juga hanya sesuai ditonton oleh penonton berusia 15 tahun ke atas. Mengapa ada had umur? Ada unsur seks ke?

"Saya sendiri tak mahu kanak-kanak menonton kerana ada dialog kasar dan bahasa yang digunakan tidak sesuai dengan mereka.

"Kita tidak mahu mereka terdedah dengan perkataan-perkataan kasar yang tidak baik. Kita mahu tonjolkan kehidupan gelap di lorong hitam yang penghuninya terdiri daripada orang yang melalui hidup yang kasar, jadi cara mereka juga kasar," kata pengarahnya Fauziah Nawi.

Kalau mahu menonton dan mahu mendapatkan butiran lanjut boleh hubungi Farah (012-6170697)  atau Chie (012-2429621)
 

Trackback(0)
Komen (12)add comment

smai1812 said:

9560
...
lorong itam?????????????
 
July 23, 2009
Undian: +0

cutecda said:

July 23, 2009
Undian: +0

smai1812 said:

9560
...
tjuk pn x mrik ati
 
July 23, 2009
Undian: +0

cutecda said:

15190
teater
rajin ibu berteater kansmilies/cheesy.gif
 
July 23, 2009
Undian: +0

cutecda said:

July 23, 2009
Undian: +0

cutecda said:

15190
adoiii
slow jugak ke nismilies/sad.gif
 
July 23, 2009
Undian: +0

aspaLeLaPek said:

16476
ibu ni klu buat teater mmg real...
berkesan betol lah!
lagi2 bab anak2 menderhaka pd ibunya..
perghh..sadis sunggoh!
 
July 24, 2009 | url
Undian: +0

aspaLeLaPek said:

16476
nak testing ape nye kak kiut?????
nak nyanyi kena pegi rmh Bang Jamal....jd kan Mentor
kat sini Ibu marah nnt.....huhuhu!
 
July 25, 2009 | url
Undian: +0

cun9929 said:

July 28, 2009
Undian: +0

cun9929 said:

19965
...
kisah putih xde ke
 
July 28, 2009
Undian: +0

cun9929 said:

19965
...
kalau ade jd
kisah hitam putihsmilies/grin.gif
 
July 28, 2009
Undian: +1

aspaLeLaPek said:

16476
kisah itam putih
dah jd taik cicak le cun wehhh!


smilies/cheesy.gifsmilies/cheesy.gifsmilies/cheesy.gifsmilies/cheesy.gif
 
July 28, 2009
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 23 Julai 2009 13:46 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)