|
Natrah Bakal Dipentaskan
|
|
Ditulis oleh Nonie
Khamis, 17 September 2009 15:43 |
|
|
|

Kisah Natrah sememangnya hebat diperkatakan ketika tercetus pada tahun 1950. Nadra Maarof, atau nama Belanda Bertha Hertogh (1937 - 2009) adalah wanita berketurunan Belanda yang pernah mencetuskan Rusuhan Natrah di Singapura.
Bertha menjadi isu di Singapura akibat perebutan terhadapnya antara ibu angkatnya, Che Aminah dengan keluarga asal beliau yang berketurunan Belanda.
Bertha ketika itu berumur 13 tahun dan telah memeluk Islam serta bernikah gantung dengan seorang guru berusia 22 tahun bernama Mansor Adabi.
Namun begitu, undang-undang British/Belanda tidak membenarkan wanita di bawah umur 18 tahun daripada berkahwin dan dia diperintahkan supaya dipulangkan kepada ibu bapa kandungnya di Belanda.
Watak Natrah akan dijelmakan oleh aktress Diana Danielle dan akan dibantu oleh lakonan hebat Umie Aida dan Remy Ishak.
Kisah Natrah kini akan diteaterkan di Istana Budaya atas arahan Eirma Fatima. Susur galur Natrah ini akan dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 17 hingga 25 November 2009.
Trackback(0)
 |
|
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 17 September 2009 16:16 )
|