| Aksi solo tokoh makyung di Melaka | ||
|
|
Malah dalam pementasan tetaer Patung Kertas, Rosnan berjaya mencuri tumpuan dengan watak promadona Mak Yong yang dipinggirkan. Peminat teater di Melaka boleh menonton aksi Rosnan dalam sebuah pementasan solo, Monodrama Rebab Berbisik yang diadakan di Jabatan Kebudayaaan Kesenian Negeri Melaka
Monodrama itu mengisahkan seorang tokoh makyung yang bernama Pak Su yang telah dilupakan dan menghabiskan sisa-sisa hidupnya dengan penuh kesunyian, kesedihan dan kekecewaan. Masih teringat zaman kegemilangannya dahulu yang menjadi pujaan ramai peminat bersama isterinya yang merupakan primadona makyung yang tersohor. Dia menghadapi dilema untuk mencari penyambung dan penerus seni warisan makyung selepas ketiadaannya. Kedua-dua orang anaknya tidak berminat langsung dengan seni warisan ini dan telah memilih jalan hidup masing-masing. Malah mereka tidak mahu terus dibayangi dengan sejarah hidup sebagai anak kepada seorang pemain makyung. Persembahan ini merupakan arahan dan skrip Rahimidin Zahari. Rosnan akan membawa empat watak dalam satu persembahan yang akan mengambil masa selama sejam.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 1337 Trackback(0)
Komen (9)
![]()
la DolcE
said:
|
|
eeermmmm Rosnan Rahman seorang pelakon teater yang sinonim dengan pementasan makyung....k r 2..kalo pndai menghayati wtk 2... |
|
la DolcE
said:
|
smue org dew minat msing2.. Kedua-dua orang anaknya tidak berminat langsung dengan seni warisan ini dan telah memilih jalan hidup masing-masing... |
|

Rosnan Rahman seorang pelakon teater yang sinonim dengan pementasan makyung. Sudah banyak persembahannya dengan membawakan watak Pak Yung.
Pementasan secara percuma itu anjuran Dewan Bahasa & Pustaka dengan Kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negeri Melaka yang diadakan sempena Bulan Bahasa & Sastera Negara.


