Warna-warni budaya Xinjiang mengasyikkan
Ditulis oleh Rosli Manah    Isnin, 09 November 2009 12:39    E-mail
share

Berwarna-warni dan menceriakan. Itulah antara gambaran semasa menonton persembahan Splendour of Xinjiang yang dibawakan oleh Xinjiang Song And Dance Essemble di KL Live, Life Centre, Kuala Lumpur baru-baru ini.

Kalau pihak yang mengusahakan membawa persembahan itu mahu menarik orang di sini melancong ke wilayah mereka, mereka dianggap sudah berjaya sebab semasa menonton persembahan, hati memang terdetik untuk melihat sendiri keindahan budaya mereka.

 

Tarian bangsa KazakAgaknya mungkin sebab apa yang dipersembahkan itu tidak pernah ditonton sebelum ini. Kita pernah mendengar pasal wilayah Xinjiang dan kemelut yang melanda mereka sekarang, tapi budaya mereka pastinya asing.

Xinjiang juga memiliki beberapa bangsa dan percantuman itu membuatkan persembahan mereka menjadi lebih variasi.

Selain bangsa utama Uighur, ada juga bangsa Kazak, Mongol, Kirgiz, Tajik, Tatar, Hui, Sala dan beberapa bangsa lagi.

Pakaian tradisional mereka yang berbeza mengikut bangsa juga menambah lagi variasi keindahan yang mempesona.

Kumpulan kesenian ini telah lama ditubuhkan dan pernah menjelajah banyak negara untuk mempromosikan budaya mereka.

Sebab itu pemilihan penari cukup sepadan. Penari wanita mempunyai saiz badan yanag sama semasa mempersembahkan sesebuah tarian.

Show Skil Kecil

Tarian XinjiangWalaupun sering mengadakan persembahan di luar negara, namun persembahan mereka pada skil yang kecil sahaja tanpa mengunakan kecanggihan teknologi pentas untuk menambah perisa pada persembahan.

Bagi yang sering menonton persembahana berskala besar di Istana Budaya misalnya, pasti terasa ia sebuah persembahan biasa sahaja.

Sepanjang bersembahan hanyalah diata sebuah pentas kosong yang berlatarbelakangkan kain rentang gambaran keindahan pergunungan di Xinjiang.

Tarian orang UighurMereka hanya mempamerkan dan mahu menonjolkan busana dan muzik mereka sahaja.

Kenali Xinjiang

Xinjiang mempunyai 47 kumpulan etnik dengan Uighur sebagai etnik terbesar. bangsa lain anaranya Han, kazak, Hui, Kirgiz, Mongol, Tajik, tatar, Manchu dan lain-lain.

Setiap etnik juga mempunyai bahasa pertuturan dan penulisan tersendiri. Imej utama Uighur ialah kopiah yang dikenali sebagai doppa.

Penari Uighur, XinjiangPakaian tradisional lelaki Uighur ialah jubah melepasi lutut yang dikenali sebagai qiapan dipadankan dengan seluar longgar. Bahagian leher pula bersulam indah.

Wanitanya pula baju berwarna terang dan berwarna warni. Inilah antara yang dipersembahkan dalam tarian mereka.

Setiap etnik mempunyai budaya seni yang tersendiri. Tarian Uighur lebih menjurus kepada pergerakan macam tarian Arab. Muziknya juga ada sentuhan alat muzik Arab.

Orang Kazak pula lebih kepada nyanyian lagu-lagu puisi manakala tarian etnik Tajik menggambarkan keindahan kehidupan di kawasan pergunungan.

 

 

 

 

 

 

Muzik tradisional Xinjiang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Trackback(0)
Komen (3)add comment

la DolcE said:

29600
...
helo..helo..myra in d home..smilies/smiley.gifsmilies/smiley.gif
 
November 10, 2009 | url
Undian: +0

la DolcE said:

29600
...
warna warni...menarik budaya nie...smilies/smiley.gif
 
November 10, 2009 | url
Undian: +0

la DolcE said:

29600
...
budaya nie penting gk...
 
November 10, 2009 | url
Undian: +0

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Isnin, 09 November 2009 16:10 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)