Natrah: Lakonan hebat, cerita mantap... apa lagi!
Ditulis oleh Rosli Manah    Khamis, 10 Disember 2009 15:32    E-mail
share

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kisah hidup Natrah atau Maria Hertogh memang dekat dengan orang Melayu. Siapa tak ingat sejarah rusuhan di Singapura zaman sebelum merdeka yang mencetuskan rusuhan kaum. Orang Melayu begitu semangat mempertahankan Natrah kerana tidak mahu anak Belanda yang dipelihara wanita Islam itu di Kristiankan.

Bukan perjuangan bangsa di situ sebaliknya perjuangan agama. Masing-masing mahu mempertahankan kedaulatan agama mereka. Kalau Che Aminah bimbang Natrah kembali kepada Kristian, keluarga Natrah juga mahukan anak mereka kembali kepada asalnya yang dilahirkan sebagai seorang Kristian.

NatrahSebab itu agaknya teater Natrah yang sedang dipentaskan di Istana Budaya, Kuala Lumpur sehingga 13 Disember ini dipenuhi penonton. Isu cinta, perjuangan dan Air mata menjadi tema teater arahan Erma Fatima itu.

Erma melontarkan banyak persoalan kepada penonton untuk mencari sendiri jawapannya. Masih Islamkah Natrah ketika mati? Salahkah Che Aminah yang mengislamkan Maria? Salahkah ibu Maria yang mahukan anaknya kembali setelah terpisah selama lapan tahun? Salahkan undang-undang ciptaan manusia? Salahkah kolonialisme? dan banyak lagi.

Kalau mahu sama-sama masuk dalam diri Natrah, Che Aminah dan ibu Maria, kenalah menonton teater hebat ini. Masih ada masa untuk anda menontonnya.

Lakonan hebat

NatrahTeater ini menjadi lebih hebat dengan gandingan pelakon yang tak perlu dipertikaikan mutu lakonan mereka. Maya Karin (Natrah zaman remaja), Sofia Jane (roh Natrah), Umie Aida (Che Aminah) dan Samantha Schubert (ibu kandung Natrah) membawakan watak dengan berkesan sekali.

Sofia Jane hanya muncul secara monolog dalam babak pembukaan dan penutup sahaja.

NatrahNamun kemunculannya memberi impak besar kepada keseluruhan cerita ini.

Roh Natrah yang disampaikan oleh Sofia sangat berkesan. Kalau tidak masakan saya boleh menitiskan air mata semasa teater itu baru bermula dua minit.

Mendengar suara Sofia sudah meresap ke jiwa saya. Penonton lain juga serupa sebab itu masing-masing khusyuk menyaksikan monolog itu. Saya menonton bersama rakan berbangsa Iran yang kurang fasih bahasa Melayu.

NatrahApabila ditanya lakonan siapakah yang membuatkan dia rasa terkesan, jawapannya kesemua watak pelakon wanita. Apabila diminta menyebut satu watak, katanya watak wanita berbaju putih.

Itulah watak lakonan Sofia Jane. Nyata kemunculan dua kali di pentas sangat memberi kesan. Ditambah lagi gandingan watak-watah lain yang sama hebat.

Watak Sofia nampak besar kerana muncul sebagai Natrah tua atau roh Natrah.

NatrahMaya Karin mungkin dilihat agak tua untuk berlakon sebagai gadis berusia 16 tahun. Itulah tanggapan awal saya pun sebelum menonton.

NatrahTetapi dalam jiwa Natrah, Maya kelihatan seperti budak-budak remaja yang hanya tahu bermain dan manja dengan ibunya, Che Aminah. watak gadis 16 tahun terpancar padanya.

Umie Aida juga tidak boleh dinafikan kekuatan watak bagi memperlihatkan Che Aminah seorang wanita kampung yang bukan bodoh dan kuat semangat perjuangannya menyelamatkan Natrahakidah Natrah dan mempertahankan maruahnya sebagai penganut Islam.

Samantha juga hebat sehingga mampu membuatkan kita terfikir dan kasihankannya yang terpisah dengan anak selama lapan tahun. Rasa kasihan dan perikemanusiaan timbul apabila wanita itu bermonolog meluahkan apa yang terbuku di dalam hatinya.

Baginya dia tidak pernah menyerahkan Maria sebagai anak angkat sebaliknya hanya meminta Che Aminah menjaganya selama beberapa hari dan menuduh Che Aminah melarikan Maria semasa dia berada dalam kesusahan.

Sememangnya lakonan hebat pelakonnya terserlah kerana cerita Natrah itu sendiri sebuah naskhah yang hebat. Cerita yang diisi dengan kisah cinta, perjuangan dan air mata. Macam cerita Hindustan. Sebab itu agaknya Erma menggunakan muzik yang menjurus kepada muzik Hindustan.

Natrah yang meninggal dunia sebelum teater ini dipentaskan akan dikenang sampai bila-bila kerana kisah laranya meruntun hati sesiapa yang tahu.

Walaupun dia orang Belanda, negara yang banyak kali mencetuskan kontroversi dengan orang Islam, namun kesengsaraan dan sifat keperikemanusiaan terhadap nasib Natrah tidak akan pudar.

Syabas kepada semua yang terlibat dalam menjayakan pepentasan Natrah.

 

 

 

 

 

 

 

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Khamis, 10 Disember 2009 17:31 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16373 comments)
smai1812
(10845 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)