|
Did You Hear About The Morgans?
|
|
Ditulis oleh Nonie
Selasa, 29 Disember 2009 11:32 |
|
|
|

Filem komedi yang menampilkan Meryl Morgan (Sarah Jessica Parker) dan Paul Morgan (Hugh Grant), yang memutuskan untuk berpisah setelah mengetahui kecurangan Paul terhadap ikatan perkahwinan mereka.
Hubungan yang hampir musnah, kerjaya dan kehidupan mewah di Manhattan bagaimanapun terbantut gara-gara menjadi saksi kepada pembunuhan yang menyebabkan mereka menjadi sasaran penjenayah.
Atas dasar keselamatan, pasangan Morgans kemudiannya dipindahkan ke pekan kecil di Wyoming yang jauh berbeza daripada gaya hidup di New York. Di sini menguji kesabaran dan perhubungan mereka sehingga mewujudkan kembali bibit-bibit cinta dalam perkahwinan yang semakin suram.

Walaupun terdengar suara-suara nakal yang mengatakan pasangan ini tiada keserasian bersama namun filem ini keseluruhannya tidak menghampakan. Banyak babak menarik dan pengajaran untuk melalui hari-hari indah bersama pasangan anda.
Filem arahan Marc Lawrence ini turut dibintangi Sam Elliot, Mary Steenburgen, Elisabeth Moss, Michael Kelly dan Wilford Brimley. Saksikan Did You Hear About The Morgans di pawagam berhampiran pada 31 Disember 2009.




Trackback(0)
 |