| Boleh laris ke Duhai Si Pari Pari? | ||
|
|
Menampilkan barisan pelakon hebat seperti Liyana Jasmay, Que Haidar, Remy Ishak, Harun Salim Bachik dan Nabila Huda, rupa-rupanya masih tidak cukup kuat untuk menonjolkan DSPP sebagai filem yang menarik. Agaknya kerana harapan yang lebih tinggi diberikan. Menontonnya dapat disimpulkan DSPP hanyalah sebuah filem Melayu tipikal dengan elemen komedi seperti memek muka pelakon yang berlebih-lebihan untuk memaksa penonton ketawa. Masih sesuai lagikah sekarang?
DSPP bukanlah filem yang gagal, namun kurang berjaya untuk menaikkan martabat filem Melayu yang kita lihat semakin maju dengan adanya pengarah hebat yang pernah mencipta nama di luar negara. Bukanlah berniat menjatuhkan, namun pengarah baru haruslah muncul dengan idea kreatif yang mampu membuatkan penonton berfikir secara produktif. Bukannya merasakan tidak berbaloi mengeluarkan duit semata-mata untuk menyokong filem tempatan. Filem ini mengisahkan Si Pari (Liyana Jasmay) turun ke bumi untuk mencari cinta sejatinya biarpun dilarang oleh bapanya. Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang dicintai Si Pari bagaimanapun telah terpaut kepada wanita lain, Mala (Nabila Huda) yang mempunyai niat jahat bersama teman lelakinya, Budi (Remy Ishak). Berjayakah Pari mendapatkan cinta Syadon dan dapatkah Syadon menerima cinta Pari setelah mengetahui siapa Pari yang sebenarnya? "Tak gagallah..." - Que Que yang ditemui sejurus selepas tayangan perdana filem ini mengakui susah untuk membawakan watak komedi kerana filem sebelumnya lebih banyak menjurus kepada emosi yang disifatkannya mudah untuk dibawa. “Saya rasa filem ini oklah. Lakonan saya pun tak adalah gagal sangat kan? Saya cuba gabungkan semua karakter untuk jadi Syadon. Seminggu pertama agak pecah kepala sebab sukar bawa watak begini,” ujar Que mengakui menerima tawaran tersebut kerana bayaran yang diterimanya. Walau apapun alasannya, marilah kita sama-sama menyokong filem tempatan. Kalau bukan kita, siapa lagi yang ingin menontonnya. Mari meriahkan pawagam bermula 31 Disember 2009 menonton Duhai Si Pari-Pari. Saksikan sedikit foto filem DSPP.
Tanda sebagai kegemaran
Bookmark
eMail ini
Hits: 3129 Trackback(0)
Komen (5)
![]()
pekgnu
said:
|
|
... kekadang diaorang buat filem bukan untuk tontonan masyarakat. tetapi untuk syok sendiri. eiiiiiiiiiii geram gak aku. |
|

Filem terbaru yang sempat saya tonton, Duhai Si Pari Pari (DSPP). Filem sulung arahan pengarah tak ternama, Azmi Md. Hatta. Dalam hati sudah mengharapkan ia sebuah filem yang bisa memuaskan hati,. Maklum saja filem itu dibarisi nama popular yang pernah menang anugerah pelakon terbaik.









