|
Tooth Fairy Kembalikan Impian Kanak-Kanak
|
|
Ditulis oleh Nonie
Selasa, 19 Januari 2010 10:29 |
|
|
|
Ingin lihat The Rock memakai tutu merah jambu? Saksikan Tooth Fairy yang mengisahkan pemain hoki ais, Derek Thompson (Dwayne Johnson) yang diberi gelaran The Tooth Fairy atas kelakuannya memukul lawan sehingga menyebabkan giginya patah.
Tindakan Derek memusnahkan impian kanak-kanak terutama anak kekasihnya, Carly (Ashley Judd) menyebabkannya disaman Ketua Fairy Land, Lily (Julie Andrews) diatas kesalahannya menyebarkan ketidakpercayaan ke atas kanak-kanak.
Bersayap dan berbaju biru, Derek dihukum menjadi Tooth Fairy selama dua minggu sambil dibantu Tracy (Stephen Merchant) yang mempunyai angan-angan menjadi pari-pari suatu hari nanti. Pelbagai kekecohan berlaku sepanjang menjalankan tugas tersebut ditambah pula dengan kerjaya sebagai pemain liga profesional. Anda akan dapat saksikan bagaimana seorang lelaki yang gagah menjalankan tugas pari-pari dan disinilah pelbagai aksi lucu ditonjolkan pengarah Micheal Lembeck.
Bukan hanya aspek fantasi yang ditekankan dalam filem ini, tetapi bagaimana pentingnya ibu bapa menanam harapan dalam diri anak-anak mereka untuk mengejar impian. Saksikan filem menarik ini di pawagam bermula 21 Januari 2010.

Saksikan sedikit foto daripada filem ini.






Trackback(0)
 |
|
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 19 Januari 2010 12:44 )
|