True Legend Hebat Dengan Aksi
Ditulis oleh Nonie    Selasa, 09 Februari 2010 15:59    E-mail
share

Teruja dan hebat. Itulah yang dapat saya luahkan selepas menonton filem True Legend arahan Yuen Woo Ping. Padat dengan aksi sehinggakan tidak senang duduk akibat terlampau menghayati setiap babak menarik. Aksi wushu yang dipertontonkan mengembalikan saya kepada detik terujanya menonton filem Jet Li.


Setiap babak digarap dengan baik dan berkesinambungan sehingga ke penghujung jalan cerita. Walaupun penuh dengan aksi ganas dan mendebarkan dan mungkin kurang sesuai dipertontonkan untuk kanak-kanak, namun harus diakui filem ini antara filem aksi terbaik yang pernah ditonton jika dibandingkan dengan filem dari Barat.

 

Tidak perlu teknik atau peralatan yang canggih, hanya pergerakan seni mempertahankan diri yang asli, mampu membuka mata bahawa True Legend antara terbaik pernah dihasilkan pengarah Yuen Woo Ping.

Filem ini berlatar belakangkan Dinasti Qing yang mengisahkan pahlawan perang, Su Can (Vincent Zhao) yang terpaksa meninggalkan medan perang untuk menghabiskan masa bersama keluarga tercinta. Namun segalanya tidak semudah yang disangka apabila abang angkatnya, Yuang kembali menuntut bela atas kematian ayahnya.

Sejak itu, kehidupan aman bertukar menjadi bencana selepas kematian ayah dan terpisah dengan anaknya. Kecederaan akibat racun Yuan telah membawa Su dan isterinya ke suatu tempat terpencil dan di situ Su berguru dengan Tuhan Wushu (Jay Chou) dan seorang lelaki misteri. Perjalanan kisahnya bermula sehinggalah lagenda ini digelar King of Beggars atas sifat perwira yang ada padanya.

Jangan lupa saksikan filem hebat lagi menyengat ini di pawagam berhampiran bermula 11 Februari 2010. Mesti tonton ya.

 

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Selasa, 09 Februari 2010 16:31 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16373 comments)
smai1812
(10845 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)