Percy Jackson & The Lightning Thief Papar Mitos Greek
Ditulis oleh Nonie    Rabu, 10 Februari 2010 11:25    E-mail
share

 

Filem fantasi ini berjaya menarik minat menontonnya kerana ia berkisarkan kepada mitos Greek yang pastinya penuh dengan pelbagai elemen kejutan dan magik, namun berlatar belakangkan suasana moden New York. Diangkat daripada sebuah novel, Percy Jackson & The Lightning Thief mengisahkan Percy Jackson (Logan Lerman) yang tidak mengetahui dirinya adalah anak kepada Poseidon (Dewa Laut). Percy telah dituduh mencuri kuasa terhebat kepunyaan Zeus iaitu Kilat yang menyebabkannya diburu oleh makhluk jahat yang ingin turut ingin menguasainya.



Pengembaraan Percy mencari kebenaran telah menemukannya dengan pelbagai musuh menakutkan seperti Medusa (Uma Thurman) yang berambut ular, Hades (Steve Coogan) Dewa Api, dan makhluk berkepala tiga. Disinilah Percy dan dua sahabatnya Satyr Grover (Brandon T. Jackson ) yang berkaki kambing dan Annabeth (Alexandra Daddario), anak kepada Dewa Athena.

Dalam usaha mencari pencuri sebenar Kilat Zeus, Percy telah menyelami kekuatan sebenarnya sebagai anak kepada Dewa Laut. Filem arahan Chris Columbus ini turut dibintangi oleh Sean Bean, Pierce Brosnan, Steve Coogan, Rosario Dawson, Catherine Keener, Kevin McKidd, Joe Pantoliano, dan Ray Winstone.

Saksikan filem hebat ini di pawagam berdekatan bermula 11 Februari 2010 ini.

 

Trackback(0)
Komen (0)add comment

Tulis komen.
Anda perlu daftar masuk untuk menulis komen. Sila daftar jika anda tiada akaun lagi.

busy
Terakhir dikemaskini ( Jumaat, 19 Februari 2010 18:15 )
 

Pengkomen Paling Banyak

okliz
(18723 comments)
aspaLeLaPek
(16378 comments)
smai1812
(10847 comments)
cun9929
(10386 comments)
matabulat
(8631 comments)